Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019
Kemasukan baru pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi akan berlansung tidak lama lagi. Kebiasaanya bagi Universiti Awam (UA), kemasukan akan bermula pada awal September. Jadi kepada semua calon yang berjaya mohon bagi kemasukan kepada mana-mana Insititus Pengajian Tinggi, bersiap lah apa sahaja keperluan yang perlu kelak
Salah satu keperluan yang rasa amat penting sudah pastinya dari segi kewangan. Jadi berita baik kepada pelajar baru kelak khususnya anak-anak Pahang di mana Yayasan Pahang (YP) telah membuka bagi Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Tahun 2019
YP mempelawa calon-calon yang berkelayakn untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang Diluluskan oleh YP
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan bagi Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang 2019 bermula dari 17 Mei 2019 (Jumaat) sehingga 10 Jun 2019 (Isnin)
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan Pahang www.yp.org.my di ruangan atas talian dengan memilih ikon SISPEN
Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke YP beserta dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum atau pada 10 Jun 2019
Syarat Kelayakan
1. Anak Negeri Pahang seperti takrif berikut:
Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang ATAU
Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik oleh YP/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim
Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon
2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
4. Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikut kategori yang diberitahu
Program Yang Ditawarkan
1. Diploma di Politeknik
Sepenuh Masa (RM4500 setahun)
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana-mana badan penaja
2. Ijazah Sarjana Muda di IPTA bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (Tahun Pertama)
Bidan tersebut:
Farmasi
Kejuruteraan & Teknologi
Ekonomi & Kewangan Islam
Perakauan/Pensijilan Profesional Perakaunan
TESL
Pertanian & Industri Halal
Pelancongan & Warisan
Bagi kategori ini pemohon perlu memiliki kelulusan diperingkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi/Asasi ATAU STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
Memiliki sekurang-kurangnya tahan Band 2 dalam MUET
Sepenuh Masa (RM3000 setahun)
Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)
3. Sarjana/Kedoktoran di IPTA (Tahun Pertama)
Memilik kelulusan Ijazah Sarjana Mudah/Sarjana Kelas Kedua Tinggi ATAU dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
Sepenuh Masa (RM3000 setahun)
Separuh Masa (Yuran Pengajian Sebenar ATAU maksimum RM10000 sepanjang tempoh pengajian)
Pelajar perlu mendapatkan penajaan dari PTPTN terlebih dahulu (tertakluk kepada syarat & kelayakan PTPTN)
Senarai IPTA Yang Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan YP
Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Pendidikan Untuk Semua
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pendidikan4all.net/permohonan-pinjaman-pendidikan-yayasan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=permohonan-pinjaman-pendidikan-yayasan