Ulang Tahun Ke 95 Boh Bertemakan Bru Untuk Masa Hadapan Memupuk Sustainabilitea Dan Communitea


ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA | Assalammualaikum semua! Bermula 17 Julai 2024 sehingga 21 Julai 2024 sedang berlangsung Jerayawara Ulang Tahun Ke-95 BOH bertemakan ‘Bru Untuk Masa Hadapan’ di 1UTAMA Old Wings! Rabu hingga Ahad ini jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan ulang tahun BOH! Datang bersama seisi keluarga kerana ada pelbagai aktiviti menarik dan pastinya ada jualan promosi dari AEON!
2024, BOH menyambut ulang tahunnya yang ke-95. Meraikan legasi sebagai penanam teh Cameron Highlands yang dipercayai di Malaysia sejak sembilan dekad yang lalu, BOH terus mengembangkan visinya melalui ‘Bru Untuk Masa Hadapan’ berlandaskan nilai teras pemikiran jauh kehadapan, peka terhadap kelestarian dan hubungan sejagat ‘communiTEA’ setempat

Detik-detik menghirup secawan teh BOH bersama insan tersayang adalah saat istimewa dalam hidup kita. Hanya secawan teh BOH mampu membawa kita menyusuri detik-detik Ummph dengan penuh kenikmatan deria rasa dan ini dapat menghubungkan kita dengan diri sendiri, rakan dan keluarga, serta alam sekitar dengan lebih erat

ULANG TAHUN KE-95 BOH BERTEMAKAN BRU UNTUK MASA HADAPAN MEMUPUK SUSTAINABILITEA DAN COMMUNITEA 

Meraikan Ummph! BOH dengan janjinya untuk memupuk Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA). Suasana meriah bersama BOH, pengeluar teh terbesar di Malaysia dari Cameron Highlands meraikan Ulang Tahunnya yang ke-95. Sambutan yang meriah dianjurkan di 1Utama bertemakan ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan’

Perjalanan jenama BOH selama 95 tahun bermula pada tahun 1929 apabila pengasas BOH, J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands. Ia sewaktu Zaman Kemelesetan Besar di mana kemelesetan ekonomi telah bermula. Walaupun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat mahupun pandangan jauh Russell kerana beliau melihat wujudnya peluang besar dalam industri teh.

Nama BOH berasal daripada 'Bohea', bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh premium dalam perdagangan awal teh di China. Lantas, bermulalah sebuah legasi teh yang kukuh bertapak di Malaysia

BOH sentiasa fokus dan komited untuk menjana semula persekitaran ladang penanaman teh dengan menerapkan prinsip kemampanan melalui setiap aspek operasi merentasi amalan pertanian, pembungkusan produk dan penglibatan komuniti di BOH.

Kesejahteraan diri menjadi pendorong utama dalam usaha mengembangkan dan memperkayakan pengalaman pengguna BOH melalui rangkaian rasa teh yang luar biasa dan berkarakter unik. Aspirasi BOH adalah untuk menambah baik kesejahteraan generasi demi generasi agar terus menjalin ikatan dan berkongsi detik-detik bermakna dalam hidup mereka dengan secawan teh BOH.

Pusat Teh BOH di Sungei Palas terkenal dengan pemandangan panorama yang menawan di kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa. Nikmat menghirup secawan teh akan terasa melalui pengalaman penerokaan teh yang unik.

BOH, di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik dan infrastruktur inovatif yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH. Sebagai sebahagian daripada sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan's Reserve, telah dicipta khas sebagai penghormatan istimewa buat insan ini.

Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, BOH terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses pembuatan hingga ke pemasaran teh, BOH menghidangkan teh paling segar kepada pengguna, dari 'ladang teh ke cawan teh'.




Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang 9 dekad ini

"Tatkala kita maju melangkah ke hadapan, BOH sentiasa berpandangan jauh dan di samping terus prihatin untuk memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) kami. Malah kami terus memupuk hubungan kami bersama komuniti, dalam usaha kami untuk membina masa hadapan yang lebih baik berteraskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow). Ini membentuk sebahagian daripada jati diri BOH.

"Harapan kami yang tulus ialah komuniti kami, baik hari ini mahupun hari esok, dapat membina hubungan erat dan ikatan mesra ketika mereka berkongsi pengalaman, menambah baik kesejahteraan mereka dan menikmati pelbagai detik Ummph bersama. Secawan teh BOH dapat membantu menghubungkan kita dengan diri kita sendiri, rakan-rakan dan keluarga kita, dan juga Bumi," kata Caroline.

Menyelusuri tahun-tahun perjalanannya, BOH telah mengembangkan rangkaian tehnya untuk memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan di luar negara. Pilihan ini turut menampilkan teh hitam, teh dari satu ladang, teh hijau, teh ais, teh campuran segera, teh herba dan buah-buahan, serta teh berperisa.

Berfokuskan teh untuk masa hadapan dengan gaya hidup yang lebih sihat, BOH baru-baru ini telah mengeluarkan Imunitea, teh susu segera perisa Hazelnut pertama di Malaysia yang diperkaya dengan Wellmune®, beta glucan semulajadi terkemuka yang telah terbukti secara klinikal membantu menguatkan sistem imun.

Hari ini, BOH ditanam di atas tanah pertanian yang subur seluas 1,000 hektar di tiga ladang di Cameron Highlands iaitu Habu, Fairlie, dan Sungei Palas. BOH juga mempunyai ladang teh di Bukit Cheeding yang merupakan tempat memproses teh sahaja dan tidak dibuka untuk kunjungan orang awam. BOH menghasilkan 2.8 juta kilogram teh setiap tahun. Secara keseluruhannya, telah menghasilkan 5 juta cawan teh BOH setiap hari




Mengulas bagaimana BOH telah mengintegrasikan kelestarian ke dalam keseluruhan operasinya, Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, menjelaskan, “Sebagai penanam teh yang bertanggungjawab, kami sentiasa berusaha untuk memahirkan lagi kepakaran kami dalam seni pembuatan teh. Seiring dedikasi ini, kami juga nekad untuk beroperasi tanpa merosakkan alam sekitar dan yang lebih penting, untuk menjana semula alam sekitar. Oleh itu, kami telah memulakan pelbagai inisiatif di seluruh operasi kami di mana semua ini menyokong janji BOH untuk terus mencorak masa depan yang lebih baik, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA).

“Kira-kira 45% daripada tanah kita di Cameron Highlands terpelihara sebagai hutan. Ekosistem yang seimbang ini memelihara biodiversiti dan integriti tanah..

"Antara amalan pertanian bertanggungjawab kami ialah dengan memilih hanya teh yang terbaik untuk penanaman, menanam tumbuhan anti-perosak untuk mengurangkan kebergantungan kepada racun serangga dan menanam rumput untuk menguatkan lagi tanah bagi mencegah hakisan.

"Selain itu, di pusat-pusat teh kami yang juga merupakan destinasi pelancongan popular, kami menggunakan straw kertas biodegradasi dan beg oksodegradasi manakala sisa makanan dikomposkan menjadi baja.

"Kami secara beransur-ansur menukar semua pembungkusan kami kepada bahan yang boleh dikitar semula dan terbiodegradasi serta menggunakan kertas yang disahkan oleh Forest Stewardship Council Hutan (FSC) yang diperolehi dari hutan yang diurus dengan bertanggungjawab."

“Panel solar yang dipasang di kilang-kilang kami juga menyediakan tenaga solar untuk mengurangkan kebergantungan kami kepada bahan bakar fosil dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida,” katanya. 


Salah satu acara utama sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Komuniti dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk Bumi kita.

Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha Biodiversiti Bandar. BOH menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500 anak benih baru. Anak benih ini akan disemai oleh TRCRC untuk aktiviti menanam pokok di masa depan, demi meningkatkan biodiversiti bandar.

Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya. Ini akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia 2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.

Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH




Deskripsi Koleksi Teh merupakan minuman kegemaran masyarakat di seluruh dunia dari Asia, Timur Tengah, Afrika dan seterusnya ke Eropah. Budaya meminum teh yang bermula di Asia Timur sememangnya popular untuk menikmati pelbagai perisa unik dan khasiat kesihatan teh, tetapi ianya juga penting dalam amalan hidup bermasyarakat budaya tinggi.

Buat julung kalinya, BOH Tea Malaysia bekerjasama dengan FAZURA menampilkan koleksi istimewa, Mutia Unggul Tudung FAZURA. Koleksi unik ini menawarkan 10 rekaan individual corak berbunga dengan warna lembut dan kehalusan perincian yang menarik, untuk menterjemahkan secara visual setiap rasa unik teh BOH kepada jenama tudung Milik Semua. Setiap tudung FAZURA dipadankan dengan pelbagai rasa teh untuk menggamit pancaindera.







Palas FioraDamai SenjakalaCheeding BlossomJelita MarkissaKirana KamomillaCita BangsawanHana SegarayaMutia UnggulAnggun RosaChantik Bloom
Jangan lupa dapatkan koleksi Tudung “FAZURA X BOH” hanya bernilai RM 37 sehelai!

PENAMPILAN ISTIMEWA AZIRA SHAFINAZ PADA SABTU 20 JULAI 2024 2 PETANG
Sementara itu, Azira Shafinaz pula akan membuat penampilan pada 20 Julai dengan persembahan cukup istimewa.




AKTIVITI DAN PROMOSI DI JERAYAWARA ULANG TAHUN KE-95 BOH
Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti dan permainan menarik dianjurkan untuk penglibatan komuniti. Jadi, ayuh kunjungi beramai-ramai dan sertai keseronokan ini.









Ruby juga berpeluang berjumpa dengan Influencers Mekyunn. Terinspirasi dengan kandungan media sosial beliau yang memupuk kasih sayang dalam keluarga. 
"Selamat Ulang Tahun Ke-95 BOH! Teh BOH sentiasa di hati! "
Ketahui lanjut bagaimana BOH melanjutkan usaha supaya dapat bru untuk masa hadapan di www.bohtea.com, like Facebook BOH dan ikuti Instagram BOH dan TikTok BOH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/07/ulang-tahun-ke-95-boh-bertemakan-bru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sertai Cabaran Dashing Bump It Memupuk Juara Masa Hadapan Di Persada Sukan Dunia

Sertai Cabaran Dashing Bump It Memupuk Juara Masa Hadapan Di Persada Sukan Dunia

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSukan bukan sekadar aktiviti fizikal ia dapat memperkukuhkan kesepaduan sosial memperkukuhkan komuniti dan melahirkan juara masa hadapan Menyedari kepentingan yang mendalam ini DASHING jenama minyak wangi ...
Ketua Osis Di Klaten Meninggal Setelah Diceburkan Ke Kolam Saat Ulang Tahun

Ketua Osis Di Klaten Meninggal Setelah Diceburkan Ke Kolam Saat Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 127 hits
Seorang siswa SMAN 1 Cawas bernama Fajar Nugroho di Kabupaten Klaten Jawa Tengah meninggal dunia setelah diceburkan teman temannya ke kolam
Tiket Konsert Solo Pertama Taeyang Dalam 7 Tahun Habis Dijual Hanya Dalam Masa 5 Minit

Tiket Konsert Solo Pertama Taeyang Dalam 7 Tahun Habis Dijual Hanya Dalam Masa 5 Minit

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 133 hits
Taeyang BIGBANG sekali lagi telah membuktikan impak hebatnya sebagai seorang penyanyi Artikel Berkaitan Baru baru ini Taeyang telah mengumumkan konsert solo pertamanya dalam 7 tahun The Light Year di Seoul yang akan berlangsung pada Ogos na...
Sambut Ulang Tahun Pertama Pu Riz Doa Semoga Anak Jadi Hafiz Al Quran

Sambut Ulang Tahun Pertama Pu Riz Doa Semoga Anak Jadi Hafiz Al Quran

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 123 hits
Pendakwah dan juga usahawan selebriti PU Riz doa semoga anak jadi hafiz al Quran serta berharap supaya Allah S W T terus menjaganya Anak kedua genap usia setahun Perkara itu dikongsikan oleh PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd I...
Sambut Ulang Tahun Ke 8 Semua Ahli Blackpink Bakal Berkumpul Bersama

Sambut Ulang Tahun Ke 8 Semua Ahli Blackpink Bakal Berkumpul Bersama

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 120 hits
BLACKPINK akan menyambut ulang tahun ke 8 debut mereka dengan acara tandatangan peminat Artikel Berkaitan Menurut entri di Weverse 88 peminat bertuah akan menyatakan cinta mereka kepada BLACKPINK melalui surat peminat lukisan gambar atau ce...
Mamat Exist Di Denda Rm4 000 Atau Penjara Dua Tahun Selepas Mengaku Bersalah Masukkan Dadah

Mamat Exist Di Denda Rm4 000 Atau Penjara Dua Tahun Selepas Mengaku Bersalah Masukkan Dadah

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 210 hits
JOHOR BAHRU Bekas vokalis Exist Mamat didenda RM4 000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019 Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan Ma...
Foto Ragam Ekspresi Lucu Saat Murid Lulusan Taman Kanak Kanak Memulai Tahun Ajaran Baru Di Sekolah Dasar

Foto Ragam Ekspresi Lucu Saat Murid Lulusan Taman Kanak Kanak Memulai Tahun Ajaran Baru Di Sekolah Dasar

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 145 hits
Murid kelas 1 SD antusias mengikuti upacara bendera pada hari pertama sekolah di Sekolah Dasar Negeri 01 Grogol Selatan Kebayoran Lama
2 Tahun Lawan Rasa Malas Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma

2 Tahun Lawan Rasa Malas Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 120 hits
2 Tahun Lawan Rasa Malas Fauzi Nawawi Berjaya Tamat Pengajian Diploma AMANZING NARA Usia dan kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Me...
Lelaki 75 Tahun Kahwin Gadis 18 Tahun

Lelaki 75 Tahun Kahwin Gadis 18 Tahun

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 186 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan Mbah Sejuang bersama isterinya yang berusia 15 tahun aboutheticJAKARTA Seorang warga emas berusia 75 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis yang hanya berumur 18 tahun di wilayah Riau Indonesia l...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri