Ulam Ulaman Cekur Selasih Dan Bebuas Penambah Selera Makan




Bila selera makan berkurangan, tidak lain dan tidak bukan, terus pergi jenguk kebun mini tepi rumah cari ulam Cekur, daun Selasih pucuk Bebuas. Biasanya, dengan daun Selasih ni saja dah cukup untuk jadikan penambah selera makan, tetapi bila tengok ranting Bebuas dah panjang, lama tak di pangkas, terus kutip daun Bebuas ni sekali. Lepas tu, nampak pula Cekur dah gemuk-gemuk dan dah berhimpit dalam bekas air lama, terus jugak kutis dalam 20 helai. Tahu-tahu tengok dah penuh semangkuk nasi dah pulak ulam-ulaman yang dikutip tengahari tadi. 
Tapi bila ingat dalam peti ais ada lagi buah Kuinin yang saya kupas simpan hari tu, terbayang sambal belacan gaul buah kuinin. Hmmm,.. nanti habis la tu semangkuk tu... hahaha. 

Ketiga-tiga ulam-ulaman ni memang favourite saya. 


Selasih Yang paling saya suka, daun Selasih lah. Mula-mula saya boleh jadi hantu daun Selasih ni, lepas saya first time makan Laksa Siam 3 tahun lepas. Laksa Siam, memang disertakan dengan pelbagai jenis ulam, mahu ada lebih 10 jenis rasanya ulam-ulaman. Bila kali pertama merasa daun Selasih terus jatuh cinta. Saya pun cari benih dan tanam sendiri.

Ni pokok Selasih yang saya tanam dah umur 2 tahun lebih kurang. Pernah hampir mati pokok ni, lepas dia berbunga lebat. Namun, lepas saya cantas semua ranting-ranting sampai ke pangkal batang pokok, tunas baru naik. Lepas 4 -5 bulan dah besar balik. Sekarang pokok Selasih ni nak berbunga balik. Tapi kali ni, saya tak biarkan dia berbunga. 
Muncul saja bunga, terus saya pangkas ambil buat ulam. Dengan cara ni, pokok akan terus keluarkan tunas baru dan merimbun.

Bila keluar bunga macam dalam gambar tu, saya akan pangkas.
Daun Selasih ni wangi dan ada rasa tersendiri. Sedappp... hehe...


CekurSebenarnya, Cekur pun favourite jugak - saya rasa sama level. Cekur ni, pun ada aroma dan rasa tersendiri. Sebab tu, kalau ambil Cekur buat ulam, selera bertambah, mula lah nasi bertambah sampai 3 pinggan. 

Daun Cekur ni, ada yang panggil Kecur. Saya tak ingat orang belah mana panggil Kecur. Tetapi saya membesar dengan panggilan Cekur di Kelantan. 
Daun Cekur ni, saya makan dari zaman budak-budak, masa sekolah rendah lagi. Datuk dan nenek saya pemakan ulam tegar dan saya pula selalu bersama nenek saya masa saya kecil, jadi makan ulam cekur ni biasalah. 
Sebenarnya, ulam apa yang saya tak makan... masa kecik dah makan macam orang tua-tua...hahaha.
Cuma dalam banyak jenis cekur, Cekur yang hijau ni yang saya makan. Cekur Emas saya tak berapa suka.


BebuasBebuas ni, saya baru kenal. Awal tahun lepas, sebelum PKP/MCO pertama bulan Mac tahun lepas, adik saya kutip daun Bebuas untuk buat ulam cecah budu (sos bilis) di kampung Kelantan. Sejak tu, saya ambil batang dari kampung dan tanam pokok Bebuas ni sendiri kat Alor Setar. 

Daun Bebuas ni, juga ada aroma tersendiri dan sangat strong aroma dan rasanya. 
Pada pendapat saya, kalau orang puteh jumpa daun ni, mahu dia letak atas pasta, macam daun Italian Basil atau Oregano. Mungkin lah... 
Namun begitu, akhir-akhir ni, saya tak boleh makan banyak dah, sebab mudah rasa muak. Mungkin sebab pekena dengan sambal belacan saja. Kalau pekena dengan budu harus beranting-ranting habis kat saya.

Sebelum ni, apabila keluar shoot muda pucuk Bebuas ni, saya akan pangkas cepat-cepat supaya tak sempat panjang macam dalam gambar. 
Lama sungguh dah saya tak pangkas, semua dah jadi panjang-panjang macam tu. 
Kalau kerap dipangkas, pokok ni akan rendang dan nampak macam pokok pagar.


Ulam-ulaman Penambah Selera MakanBila saya dok perhati, orang tua-tua yang umur sampai mencecah 80 hingga 90 tahun lebih, kebanyakannya pemakan ulam tegar. Yang menarik, mereka ni, bukan saja umur panjang, tetapi tak ada penyakit jantung ke, kencing manis ke (diabetic) atau darah tinggi. Nenek saya meninggal ketika umur deakt 90 tahun - tak ada penyakit tu semua, cuma dia jadi tak larat sebab sakit sendi tulang, masa muda kerja terlalu kuat dan kerap jatuh atau tergelincir dalam rumah.
Kalau nak umur panjang dan tak ada penyakit, saya rasa, elok kerap atau amalkan makan ulam-ulaman. 
Cuma satu saja masalahnya. 
Bila makan ulam, nasi pun bertambah. Setakat satu dua pinggan, tak puas menikmati ulam-ulaman ni. Jadi terlajak hingga 3 pinggan, 4 pinggan pun harus. Dan saya kalau makan ulam, masakan gulai atau kari dah tak sentuh dah. Biasanya, kalau makan ada ulam, mesti kena ada sayur air atau sayur tumis. Baru terasa nikmat aroma dan perisa ulam-ulaman tadi. 
makan ulam-ulaman ni, memang penambah selera makan. 
Kalau orang tua-tua makan ulam, nasi bertambah pun tak apa, mereka kerja kuat kat bendang atau kebun. Macam yang kerja pejabat dan tak terlibat dengan kerja-kerja berat ni, kalau makan nasi berselera dan bertambah... mungkin kencing manis akan datang jugak hahahaha... Mula-mula berat badan semakin meningkat... 


Untuk Sihat, Jaga PemakananApa-apa pun, untuk jaga kesihatan, perkara paling penting, jagalah pemakanan. Jangan terlampau banyak makan. Kalau nak makan banyak, pastikan kena buat exercise.
Lepas ni, kena start berjalan atas treadmills balik dalam sejam untuk 3 ke 4 hari nak balance balik jumlah karbohidrat yang diambil...hahaha


--
P/s : Dulu-dulu, ulam paling favourite adalah Ulam Raja. Sekarng ni, dah turun tangga ke-3 dalam carta pilihan ulam saya hahahaha. Kat SINI cerita Ulam Raja merimbun, tanam depan rumah.
Pohon Ulam Raja Depan Rumah


--






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wafacw.blogspot.com/2021/03/ulam-ulaman-cekur-selasih-dan-bebuas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Sangat Makan Ekor Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Nak Sangat Makan Ekor Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 446 hits
Assalamualaikum BANYAK betul gambar makanan yang terakam dalam memori handphone kesayangan Sk ni Maknanya banyak yang perlu diceritakan dalam blog Alam Sari ni Harap jangan ada yang bosan la Sk ni asyik cerita pasal makan makan makan hahaha...
Makan Maggi Macam Korea

Makan Maggi Macam Korea

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 405 hits
Assalamualaikum MALAM semalam Pak Inche tak ada rumah sebab bertugas di Stadium Larkin perlawanan bola sepak antara JDT2 menentang Perak Jangan tanya Sk siapa yang menang memang Sk tak ambil port haha Kalau tetiba ada orang tanya barulah na...
Boleh Kan Rakaman Gadls Inl Makan Laksa Pakal Tangan Buatkan Ada Netlzen Rasa Pelikk Bila Teng0k

Boleh Kan Rakaman Gadls Inl Makan Laksa Pakal Tangan Buatkan Ada Netlzen Rasa Pelikk Bila Teng0k

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 386 hits
Makan menggunakan tangan bukan sahaja budaya orang Asia tetapi juga Timur Tengah Afrika dan Amerika Selatan sementara sudu dan garfu adalah peralatan asas dalam budaya makan Barat Di Malaysia sendiri makan menggunakan tangan adalah sesuatu ...
Sirloin Steak Untuk Makan Malam

Sirloin Steak Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 387 hits
Assalamualaikum SEMALAM petang Pak Inche whatsapp gambar di grup Gambar Iman dari belakang sedang berdiri mengadap rak minuman di pasaraya NSK dengan caption Takutnyaaa Hahahahaha Dua beranak tu semalam keluar membeli makanan tengahari di M...
Orang Tengah Makan Jangan Banyak Tanya Boleh Tak

Orang Tengah Makan Jangan Banyak Tanya Boleh Tak

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum TAPAU Soto dari Kafe Kak Sab pagi ini Dalam hati teringin nak makan Nasi Dagang sebenarnya tapi malas nak memandu ke arah sinun Jadi kita ke kantin sajo Nampak ada nasi impit dalam mangkuk terus pindahkan masuk polisterin Se...
Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

Makan Makan Di The J Seri Alam Johor

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 952 hits
Makan Makan di The J Seri Alam Johor Makan jangan tak makan katanyaaa Hihi Ini salah satu tempat makan baru 2021 yang berada di Seri Alam Masai Johor Bulan lepas adalah hari pembukaannya dan setakat ni kulihat sambutan masih memberangsangka...
Infaq Ramadhan Dengan Pakej Makan Dengan Lapo Wey

Infaq Ramadhan Dengan Pakej Makan Dengan Lapo Wey

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 414 hits
Bulan ramadhan dah tak lama kira kira tak sampai sebulan Pejam celik tidur bangun pergi kerja balik kerja lepas tu ulang perkara sama tan pa sedaq dah sampai ramadhan tahun ini Biasa kalau ramadhan ramai orang nak infaq Infaq ramadhan kali ...
Saya Akan Bayar Denda Najib Akui Tak Imbas Kod Mysejahtera Di Kedai Makan

Saya Akan Bayar Denda Najib Akui Tak Imbas Kod Mysejahtera Di Kedai Makan

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 280 hits
PETALING JAYA Najib Razak mengaku tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur dan meminta pihak berkuasa mengeluarkan kompaun kepadanya Dalam sebuah video viral bekas perdana menteri itu diliha...
Hanya Kerana Makan Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad

Hanya Kerana Makan Buah Pisang Anak Ini Masuk Wad

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 606 hits
Pada masa itu kami sebenarnya nak pergi bercuti ke Johor Dalam perjalanan ke sana Haziq berasa kurang selesa Makan tak nak minum pun kena paksa Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam ketika kami sampai di hotel nak check in Haziq menangis...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin