Ujian Suami Isteri Membesarkan Tujuh Anak


Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM WAKIL Jejak Asnaf MAINJ, Nasir Ishak (kiri) menyampaikan sumbangan bantuan kepada Mohd. Sayeed Haron dan keluarganya ketika mengadakan lawatan ke rumah mereka di PPR Melana, Tampoi, Johor. -UTUSAN/ BAAZLAN IBRAHIMJOHOR BAHRU: Impian pasangan suami isteri untuk menjalankan perniagaan menjahit serta menjual makanan sebagai sumber pendapatan utama bagi membesarkan tujuh anak bagaikan tidak kesampaian apabila apabila kedua-dua mereka diuji masalah kesihatan yang menyebabkan hasrat itu tergendala.
Mohd. Sayeed Haron, 56, mengalami sakit jantung dan darah tinggi manakala isterinya, Rahimah Sabtu, 46, menghidap kanser payudara tahap tiga sejak November tahun lalu.
Mohd. Sayeed yang sudah tiga bulan tidak bekerja bertambah runsing kerana memerlukan kira-kira RM1,200 sebulan bagi menampung perbelanjaan anak-anak berusia 1 hingga 18 tahun, bil utiliti serta komitmen lain yang perlu dijelaskan.
Katanya, buat masa ini, perbelanjaan harian mereka sekeluarga hanya bergantung kepada duit simpanan peribadi serta simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala isterinya adalah suri rumah sepenuh masa.
Jelasnya, dia tidak ada sumber pendapatan lain setelah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pemandu lori selama lima tahun pada September tahun lalu atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
“Saya terpaksa berhenti kerja kerana faktor kesihatan yang mendesak dan tidak lagi boleh menjalankan kerja berat. Pernah sekali, saya hampir pitam ketika sedang memandu lori membuat penghantaran, atas sebab itu saya buat keputusan berhenti kerja.
“Selepas berhenti kerja, saya dan isteri bercadang untuk buka bisnes mengambil upah menjahit serta menjual menu sarapan sebagai mata pencarian. Namun, nak dijadikan cerita, isteri saya disahkan menghidap kanser payudara tidak lama selepas itu dan menjalani pembedahan pada bulan November lalu.
“Dalam masa sama, masalah jantung bengkak saya pula menjadi-jadi sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital. Pernah juga saya dan isteri masuk wad serentak dan terpaksa meminta tolong adik ipar untuk menjaga anak-anak di rumah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana, Tampoi di sini hari ini.
Mohd. Sayeed yang merupakan bekas pekerja Utusan Melayu itu belum pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak termasuk agensi kerajaan melainkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) baru-baru ini.
Katanya, dia dalam proses memohon bantuan pembiayaan hospital dan perubatan di bawah skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (MySalam) buat isterinya yang perlu menjalani kimoterapi pada bulan Mac depan.
“Kalau hendak diikutkan, buat masa sekarang perniagaan kami sudah mula beroperasi mengikut perancangan kerana barangan kelengkapan dan peralatan mesin jahit, tempat menjahit dan lain-lain sudah disediakan namun kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang tentukan dan kami reda dengan ketentuan ini,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Mohd. Sayeed di talian 010-7983536 atau terus membuat sumbangan ke akaun Public Bank miliknya bernombor 6813222015. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/ujian-suami-isteri-membesarkan-tujuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Jumpa Cinta Di Web Cari Jodoh Setiap Nama Anak Ada Dot Com

Suami Isteri Jumpa Cinta Di Web Cari Jodoh Setiap Nama Anak Ada Dot Com

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 426 hits
Memberi nama untuk anak yang baru lahir antara momen yang cukup indah buat semua ibu bapa Mana taknya masing masing ada pilihan nama sendiri untuk anak lelaki atau perempuan Bukan itu saja pasangan suami isteri pasti akan memilih nama yang ...
Sedih Tengok Anak Anak Suami Hilang Pendapatan Selepas Kemalangan Isteri Pula Baru Bersalin

Sedih Tengok Anak Anak Suami Hilang Pendapatan Selepas Kemalangan Isteri Pula Baru Bersalin

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 351 hits
Kisah keluarga ini sungguh meruntun hati Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga Impian sebelum ini untuk memberikan yang terbaik pada anak anak tak kesampaian apabila diuji dengan ujian yang tak terduga Pasangan suami isteri ini mulanya mencu...
Video Setelah 3 Tahun Penantian Suami Baru Habis Kuarantin Sebak Dapat Tahu Isteri Hamil

Video Setelah 3 Tahun Penantian Suami Baru Habis Kuarantin Sebak Dapat Tahu Isteri Hamil

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 252 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi mahligai yang dibina Namun begitu tidak semua pasangan diberikan rezeki menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga Ada pa...
Kenali Perangkap Iblis Yang Tidak Suka Melihat Suami Isteri Bahagia Dan Cara Mengelaknya

Kenali Perangkap Iblis Yang Tidak Suka Melihat Suami Isteri Bahagia Dan Cara Mengelaknya

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 577 hits
Kenali perangkap iblis yang tidak suka melihat suami isteri bahagia dan cara mengelaknya Assalamualaikum dan salam sejahtera Seringkali dalam kebahagian rumah tangga pasti aka nada masanya berlaku pergolakan Suami isteri bertengkar bermasam...
Video Suami Habis Kuarantin Covid 19 Dapat Khabar Gembira Isteri Hamil Selepas 3 Tahun Penantian

Video Suami Habis Kuarantin Covid 19 Dapat Khabar Gembira Isteri Hamil Selepas 3 Tahun Penantian

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 370 hits
68 total views 68 views today Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan berkeluarga Kadang kala ada pasangan yang diuji apabila rezeki tersebut sedikit dilewatkan dan pastinya menghadir...
Niat Baik Isteri Sediakan Breakfast Atas Katil Suami Tergamak Simbah Air Panas Kerana Ganggu Tidur

Niat Baik Isteri Sediakan Breakfast Atas Katil Suami Tergamak Simbah Air Panas Kerana Ganggu Tidur

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 497 hits
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pastinya mahu menyediakan yang terbaik buat pasangan mereka Tambahan pula si isteri pastinya mahu menyediakan makanan dan keperluan harian suami dengan sebaik mungkin Niat baik isteri sediakan sar...
Berang Kedai Makan Isteri Disaman Suami Cuba Simbah Air Panas Pada Penguatkuasa

Berang Kedai Makan Isteri Disaman Suami Cuba Simbah Air Panas Pada Penguatkuasa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 581 hits
Yang Dipertua MPM Mustaffa Kamal Shamsudin berkata anggota penguat kuasa mendapati pemilik kedai makan terbabit melanggar peraturan ditetapkan MUAR Suami kepada seorang pemilik kedai makan dilaporkan cuba menyimbah air panas bercampur minya...
Pukul Isteri Kerana Mesej Whatsapp Lelaki Lain Suami Didenda Mahkamah

Pukul Isteri Kerana Mesej Whatsapp Lelaki Lain Suami Didenda Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 325 hits
PETALING JAYA Tindakan seorang penjual ikan memukul isterinya selepas melihat perbualan wanita itu dengan lelaki lain menerusi aplikasi WhatsApp mengundang padah apabila dia didenda RM1 000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Majis...
Hiburan Akhirnya Bersatu Dayah Bakar Dan Anak Berhijrah Ke Australia Untuk Bersama Suami Setelah Setahun Terpisah

Hiburan Akhirnya Bersatu Dayah Bakar Dan Anak Berhijrah Ke Australia Untuk Bersama Suami Setelah Setahun Terpisah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 347 hits
Pengacara program sembang Borak Kopitiam Dayah Bakar khabarnya telah selamat tiba di Australia bersama anaknya Achbar Muhammad Fahri untuk kembali bersama suaminya Muhammad Hanif Hamidi Sumber Instagram Dayah Bakar Dia yang baru saja selesa...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas