Ujian Saringan Peluh Covid 19 Pertama Dunia Di Thailand


Pasukan penyelidik dari Universiti Chulalongkorn telah menghasilkan ujian saringan Covid-19 menggunakan sampel peluh yang pertama di dunia, lapor akhbar The Nation Thailand, semalam.
Kit saringan mudah alih itu digunakan untuk mengesan bau di dalam titisan peluh yang mempunyai tanda jangkitan virus tersebut.
Setiap sampel mengambil masa hanya 15 minit untuk dikumpulkan dan memberikan keputusan dalam tempoh 30 saat.
Ujian saringan menggunakan peluh ini juga sudah digunakan dalam pemeriksaan masyarakat di Thailand, baru-baru ini.
Menurut kenyataan dari Universiti Chulalongkorn, ujian baharu ini dibangunkan berdasarkan kejayaan projek ‘Ujian Anjing Pengesan Covid-19’, kerjasama dengan syarikat Chevron.
Universiti itu juga mengatakan bahawa kit ujian peluh mudah alih Covid-19 itu akan menambahkan kecekapan anjing pengesan Covid-19 sekali gus meluaskan saringan besar-besaran penduduk Thailand.
“Kami mengambil sampel pesakit positif Covid-19 yang dikesan oleh anjing dan menyaring kandungan kimia berkaitan virus di dalamnya.
“Berdasarkan sampel yang diperoleh, kami mendapati bahawa individu yang dijangkiti Covid-19 menghasilkan bahan kimia dalam peluh yang berbeza.
“Oleh itu, kami menggunakan penemuan ini untuk menghasilkan alat bagi mengesan bau khusus yang dihasilkan oleh bakteria tertentu dalam peluh pesakit Covid-19,”kata Pembantu Profesor, Chadin Kulsing dari Jabatan Kimia Universiti Chulalongkorn.
Chadin menambah, kaedah ini adalah kali pertama di dunia di mana Covid-19 dikesan melalui kewujudan bahan kimia ini.
Peluh manusia mempunyai lebih daripada 100 bau unik yang terhasil daripada penggunaan deodoran, bakteria pemakan peluh dan rembesan kulit yang lain.
“Bagi mereka yang dijangkiti Covid-19, bakteria bertindak balas terhadap virus dan menghasilkan bau khusus,” jelas Chadin.
Untuk mengembangkan alat ujian peluh mudah alih, beliau menggunakan alat analisis kimia toksik mudah alih dengan tambahan penapis untuk mengesan virus.
Kit ujian ini hanya terdiri daripada kapas dan botol kaca.
Pelapik kapas diletakkan di bawah ketiak kira-kira 15 minit, kemudian diletakkan di dalam kaca yang disterilkan dengan sinar ultra ungu.
“Juruteknik akan mengambil sejumlah sampel yang sesuai dengan menggunakan penyedut khas dan menekan keluar titisan peluh pada penganalisis untuk mendapatkan keputusan,” jelas Chadin.
Kelebihan kaedah ini adalah bahawa ia dapat disesuaikan untuk mengesan varian virus melalui tanda peluh yang unik bagi setiap orang.
Dalam ujian lapangan yang melibatkan 2,000 peserta, ujian peluh dilakukan setanding dengan ujian tindak balas rantai polimerase transkripsi balikan (PCR) dengan tahap kepekaan sebanyak 95 peratus dan ketepatan sehingga 98 peratus.
Walau bagaimanapun, Chadin tetap menasihatkan bahawa individu yang positif dalam ujian peluh perlu mendapatkan ujian PCR untuk pengesahan kedua.
sumber: Kosmo Online
The post Ujian saringan peluh Covid-19 pertama dunia di Thailand appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/ujian-saringan-peluh-covid-19-pertama-dunia-di-thailand/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
As Laporkan Rusa Pertama Di Dunia Yang Terinfeksi Covid 19

As Laporkan Rusa Pertama Di Dunia Yang Terinfeksi Covid 19

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 138 hits
Departemen Pertanian AS melaporkan penularan virus SARS CoV 2 penyebab penyakit Covid 19 terhadap hewan itu terjadi di Negara Bagian Ohio Sejauh ini belum ada laporan rusa itu memperlihatkan gejala
Lajim Ukin Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Lajim Ukin Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 283 hits
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Lajim Ukin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Sabah pada pukul 6 23 pagi tadi akibat jangkitan Covid 19 Perkara itu disahkan oleh isterinya Datin Seri ...
Satgas Sebut Kasus Aktif Covid 19 Menurun Lebih Baik Dari Dunia

Satgas Sebut Kasus Aktif Covid 19 Menurun Lebih Baik Dari Dunia

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 231 hits
Juru bicara Satuan Tugas Penanganan Covid 19 Wiku Bakti Bawono Adisasmito menyebut persentase kasus aktif di Indonesia berada pada angka 7 3 persen Posisi Indonesia di bawah rata rata kasus aktif dunia yang mencapai 8 43 persen
Mantan Wagub Sumbar Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Mantan Wagub Sumbar Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 304 hits
Nasrul Abit sendiri meninggal dunia karena terjangkit Covid 19 yang membuat dirinya harus dirawat intensif di ICU khusus pasien Covid 19 pada RSUP M Djamil Padang sejak Minggu malam lalu
Covid 19 2 522 Kes Baharu Kanak Kanak 8 Tahun Antara Dua Meninggal Dunia

Covid 19 2 522 Kes Baharu Kanak Kanak 8 Tahun Antara Dua Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 192 hits
kanak kanak 8 tahun antara 2 meninggal dunia KUCHING Kanak kanak perempuan berumur lapan tahun dari Serian antara dua korban COVID 19 di Sarawak hari ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata kanak kanak ter...
Bekas Tyt Sabah Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Bekas Tyt Sabah Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 561 hits
Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin KOTA KINABALU Bekas Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin Perkara itu disahk...
Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Kakitangan Kkm Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 212 hits
Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia meninggal dunia selepas hampir sebulan bertarung dengan Covid 19 Kakitangan itu Shakiera Zulkifli dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta KKM KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluar...
Bapa Saya Meninggal Dunia Kerana Covid 19 Setelah Menghabiskan 4 Hari Di Kerusi Roda Kerana Katil Kecemasan Penuh

Bapa Saya Meninggal Dunia Kerana Covid 19 Setelah Menghabiskan 4 Hari Di Kerusi Roda Kerana Katil Kecemasan Penuh

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 364 hits
Foto hanya Ilustrasi untuk gambaran umum Kota Kinabalu Seorang lelaki telah berkongsi di Instagram bagaimana bapanya meninggal dunia akibat Covid 19 setelah menghabiskan 4 hari di kerusi roda disebabkan Katil di bilik kecemasan hospital Sel...
Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid 19

Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 251 hits
Thailand Lepasi Angka Satu Juta Kes Covid 19 BANGKOK Jumlah kes COVID 19 di Thailand sudah melepasi angka satu juta pada Jumaat ketika negara ini berusaha meningkatkan kadar vaksinasi untuk membendung peningkatan kes baharu akibat penularan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp