Ujian Bersasar Lebih Berkesan Berbanding Ujian Massa



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ujian bersasar Covid-19 terhadap kumpulan dan kawasan berisiko tinggi memberikan hasil yang lebih baik berbanding ujian secara besar-besaran.

Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan ujian besar-besaran di kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), kadar pengesanan yang terhasil hanyalah pada kadar 0.5 peratus.

Tegasnya, kadar itu jauh lebih rendah berbanding kadar 5.8 peratus kadar positif yang dapat dikesan melalui ujian bersasar yang dilakukan hanya ke atas kumpulan tertentu.

“Semasa (aktiviti pengesanan di kawasan yang dikenakan) PKPD, kami saring semua orang, sama ada mereka menunjukkan gejala atau tidak, sama ada mereka ini kumpulan berisiko tinggi atau tidak. Contohnya di Simpang Renggam dan Hulu Langat, kami lakukan macam ni.

“Apa yang kami dapati, bila kami saring semua orang di kawasan itu, kadar pengesanan bukan 5.8 peratus.

“Kami dapati hanya 0.5 peratus (daripada semua yang diuji). Maknanya kadar pengesanan adalah sangat rendah,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan Malaysia akan menyaksikan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 akibat amalan kini yang hanya menguji individu menunjukkan gejala.

Penggunaan PPE meningkat ketara

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, pihak berkuasa kesihatan mengambil 83,488 sampel untuk pengesanan Covid-19. Daripada jumlah itu, 4,817 didapati positif virus itu.

Ujian pengesanan Covid-19 di kawasan bukan PKPD hanya dibuat sekiranya seseorang itu menunjukkan gejala dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, terutama di lokasi berisiko tinggi, atau mempunyai kontak dengan pesakit positif.

Untuk rekod, setakat hari ini, KKM bergantung pada ujian tindak balas rantai polimerase-transkripsi balik (RT-PCR) bagi mengesan virus berkenaan.

KKM belum mengguna pakai kit ujian pantas (rapid test kits), memandangkan semua produk yang diuji mereka menunjukkan kadar sensitiviti yang rendah.

Kata Noor Hisham, berdasarkan data yang diperoleh, pendekatan ujian bersasar didapati lebih berkesan untuk KKM, terutamanya dengan situasi sumber terhad yang dialami mereka kini.



“Itu (hasil) didapati daripada pengalaman di kawasan PKPD. Kerana di kawasan PKPD kita saring semua orang.

“Data itu menunjukkan sama ada kita patut buat ujian terhadap semua orang, atau tumpukan kepada kumpulan yang berisiko tinggi,” tambahnya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kekurangan bekalan kelengkapan perlindugan peribadi (PPE) di hospital seluruh negara, Noor Hisham menjawab, kadar penggunaannya kini meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding kegunaan hari yang biasa.

“Setiap hari kita guna PPE. Kalau ventilator (alat bantuan pernafasan) berbeza, kita dah cukup (bekalan). Tak perlu pertambahan lagi. Tapi PPE ini cepat habis (consumable) sebab kita guna setiap hari.

“(Penggunaannya) Meningkat 10 kali ganda dari biasa. Apa yang penting adalah kena berterusan dapatkan PPE (untuk kegunaan) pusat dan negeri," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada NGO dan menggalakkan mereka menyumbang PPE kepada kementerian.

“Sekarang ada sekurang-kurangnya dua minggu boleh bertahan. Tapi masih buat perolehan dan akan aturkan perolehan setiap negeri dan hospital,” tambahnya lagi.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/ujian-bersasar-lebih-berkesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Rasakan Sofyank Lebih Sesuai Berbanding Influncer Pilihan Menteri

Netizen Rasakan Sofyank Lebih Sesuai Berbanding Influncer Pilihan Menteri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 265 hits
Adoi apa cerita ni Marah betul netizen nampaknya bila ada salah satu kementerian sebelum ini telah memilih aplikasi TikTok sebagai cara untuk menghilangkan kebosanan rakyat dengan melakukan contest BACA Selain itu tak ketinggalan juga yang ...
Terkini 54 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam

Terkini 54 Kes Baru Positif Covid 19 Dilaporkan Hari Ini Lebih Rendah Berbanding Semalam

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 288 hits
Putrajaya 18 April Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 54 kes baru dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID 19 di Malaysia sebanyak 5 305 kes Angka ini adalah lebih rendah berbanding semalam yang mencatat...
Ujian Antibodi Massa Boleh Tamatkan Pkp Dr Dzulkefly

Ujian Antibodi Massa Boleh Tamatkan Pkp Dr Dzulkefly

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 157 hits
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar rakyat Malaysia menjalani ujian antibodi Covid 19 secara besar besaran bagi menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan dan memulihkan ekonomi yang terhenti Katanya ujian ma...
Kematian Akibat Covid 19 Lebih 10 Kali Ganda Berbanding H1n1 Who

Kematian Akibat Covid 19 Lebih 10 Kali Ganda Berbanding H1n1 Who

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 199 hits
Jumlah kematian akibat wabak COVID 19 di seluruh dunia ketika ini adalah 10 kali ganda daripada H1N1 yang pernah menyebabkan pandemik global pada tahun 2009 Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pandemik H1N1 yang bermula di Mexico dan Ameri...
Redmi Telefon 5g Menggunakan Tenaga Lebih 20 Berbanding Telefon 4g

Redmi Telefon 5g Menggunakan Tenaga Lebih 20 Berbanding Telefon 4g

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 191 hits
Pada hari ini terdapat beberapa pengeluar telah hadir dengan telefon 5G masing masing Tidak ketinggalan adalah pihak Redmi sendiri telah hadir dengan Redmi K30 Pro yang menawarkan sokongan rangkaian 5G Berkongsi lanjut mengenai pembangunan ...
Usd Cad Melantun Pada Sokongan Pertama Lebih Banyak Kenaikan Harga Yang Dijangka

Usd Cad Melantun Pada Sokongan Pertama Lebih Banyak Kenaikan Harga Yang Dijangka

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 184 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 1 4071Sebab masuk Pertindihan sokongan mendatar 38 2 anjakan FibonacciAmbil Keuntungan 1 4254Sebab mengambil keuntungan Ayunan mendatar pada tahap rintangan tinggi anjakan fibonacci 76 4 Stop Loss 1 37321Sebab ...
Covid 19 As Catat Kes Positif Paling Tinggi Di Dunia Setakat Ini Lebih 400 Ribu Secara Keseluruhan

Covid 19 As Catat Kes Positif Paling Tinggi Di Dunia Setakat Ini Lebih 400 Ribu Secara Keseluruhan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 235 hits
Semakin hari semakin banyak kes kematian yang dilaporkan di seluruh dunia dengan catatan seramai 82 037 kes kematian daripada jumlah keseluruhan cecah 1 4 juta kes positif Covid 19 di dunia Terkini Amerika mencatat kes positif Covid 19 pali...
Pemerintah Telah Periksa 15 000 Lebih Spesimen Untuk Tes Pcr Covid 19

Pemerintah Telah Periksa 15 000 Lebih Spesimen Untuk Tes Pcr Covid 19

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 134 hits
Pemerintah tidak melakukan screening awal dengan metode PCR tapi dengan rapid test Untuk memperkuat hasil tes pemerintah juga melacak riwayat perjalanan dan analisis resiko kontak
Nyimak Gan Sambil Gelar Tikar Kampung Halaman Saya Lebih Horor Gan 10140

Nyimak Gan Sambil Gelar Tikar Kampung Halaman Saya Lebih Horor Gan 10140

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 443 hits
emoticon Ngakak kampung halaman saya lebih horor gan sundul abis liat peta jauh dari sintang gw aja paling jauh nyampe nanga silat Gelar tiker Selalu menyenangkan jika bercerita tentang Kalimantan Begitu banyak misteri nyimak gan sambil gel...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Persediaan Awal Haji



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Faja Skali Angga Dermawan Chord

Biodata Akhyar Rashid Penyerang Kebangsaan Malaysia

9 Makanan Yang Tidak Boleh Dipanaskan

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4

Majlis Pernikahan Persandingan Adik Ipar

Data Dari Jerman Tidak Menakutkan Mata Wang Euro