Ujian Berat Buat Ibu Qhayla Hidap Hydrocephalus Enam Kali Jalani Pembedahan Buang Air Dalam Kepala


Kisahnya pernah mendapat perhatian media suatu ketika dahulu, namun penderitaan Nur Qhayla Rania, 3 tahun masih belum berkesudahan. Menghidap penyakit Hydrocephalus atau masalah lebihan air dalam kepala sejak dilahirkan, semakin hari kepala Qhayla semakin membesar.
Nur Qhayla biasanya akan dibawa oleh ibunya, Che Siti Noor Azreen Che Ishak, 24 ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan untuk rawatan susulan meskipun jarak dari kediaman mereka lebih 40 kilometer. Ada ketikanya dia dan anaknya yang sakit itu perlu menaiki kereta sewa kerana suami perlu menjaga anak sulung yang masih di pra sekolah.
Doktor Maklumkan Anak Dalam Kandungan Ada MasalahAzreen berkata sejak kandungannya berusia tujuh bulan, doktor sudah memaklumkan kepala anaknya besar namun dia tidak menjangkakan masalah itu serius.
“Memang pada awal kelahiran sukar kami sekeluarga menerima dugaan ini, namun saya positif dan mesti kuat bagi membesarkan Nur Qhayla Rania.
“Memang sedih melihat Nur Qhayla Rania hanya mampu terbaring dalam kereta sorong bagi memudahkan pergerakan di rumah,” katanya yang tinggal di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah.
Menurutnya juga sejak lahir, sudah banyak kali Qhayla melakukan pembedahan untuk membuang air lebihan dalam kepalanya dan setiap kali itulah hatinya cukup sedih melihat keadaan anaknya yang masih kecil itu.
Qhayla sudah lakukan 6 pembedahan membuang lebihan air dalam kepalaDalam satu perkongsian yang disiarkan oleh Kitafund, Azreen dan suami yang hanya bekerja kampung redha dengan ketentuan yang Maha Pencipta tentukan buat mereka. Namun tidak pernah sekalipun mereka berputus harap, doa sentiasa menjadi pendamping. Apa yang diharapkan bakal ada keajaiban untuk anaknya Qhayla agar dapat sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
Perkongsian yang dibuat menerusi laman web tersebut:
“Saya Che Siti Nor Azreen, ibu kepada Nur Qhayla Rania ingin meminta jasa baik anda semua untuk membantu anak saya,yang hanya mampu terlantar sejak lahir lagi. Qhayla kini berusia 3 tahun.
Ujian ini amat berat buat saya dan keluarga Tapi kami redho dengan kehendak Ilahi.Kami tidak pernah berputus asa dan sentiasa berdoa semoga ada keajaiban untuk anak saya sihat seperti kanak-kanak lain.
Kami kini menetap di Kelantan. Suami saya kerja kampung sahaja dan saya berniaga kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan dan keperluan anak. Jika Qhayla sakit dan perlu dirawat di hospital, kami tidak boleh menjalankan perniagaan. Kedai kami lebih banyak tutup daripada buka kerana kesihatan Qhayla yang tidak mengizinkan.
Saya sendiri juga tidak berapa sihat kesan daripada masalah yang saya hidap semasa mengandungkan Qhayla. Ketika itu, saya disahkan lumpuh separuh badan. Namun setelah melahirkan Qhayla secara Caesarean, dengan Kuasa Allah saya boleh berjalan.
Qhayla menjadi keutamaan kami kerana kesihatannya yang semakin merosot. Qhayla juga sering dimasukkan ke wad akibat sawan dan masalah VP Shunt. Hospital sudah seperti rumah kedua Qhayla. Setiap bulan anak saya perlu ke hospital untuk rawatan fisioterapi.
Alhamdulillah, Qhayla menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan tetapi masih belum cukup untuk menampung semua perbelanjaan yang diperlukan. Qhayla memerlukan 5 tin susu khas (Pediasure) dan 5 tin Glucose Carborie sebulan atas nasihat doktor beserta keperluan-keperluan lain.”
Dalam perkongsian tersebut juga ada menyebut tentang kebutuhan yang diperlukan oleh keluarga ini bagi merawat si kecil Qhayla selama enam bulan. Bantuan ini pastinya diperlukan secara berterusan untuk merawat anaknya yang masih kecil dengan penyakit serius yang dihidapi oleh anaknya itu.
Bagi yang ingin membantu, boleh berbuat demikian menerusi laman web tersebut atau terus menyalurkan bantuan ke nombor akaun Maybank Che Siti Noor Azreen Che Ishak 153056463889.
Sumber: Kitafund.com, Sinar Harian & Kosmo


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/ujian-berat-buat-ibu-qhayla-hidap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Menitik Air Mata Tiap Kali Anak Kena Kemo Tapi Ibu Ibu Ini Tetap Kuat Positif

Boleh Menitik Air Mata Tiap Kali Anak Kena Kemo Tapi Ibu Ibu Ini Tetap Kuat Positif

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 411 hits
Hati mana yang tegar apabila mendengar perkhabaran cahaya mata yang disayangi sepenuh jiwa dan raga tiba tiba disahkan menghidap penyakit serius yang sering menjadi igauan ngeri setiap orang Tambah pilu ia adalah penyakit yang boleh membawa...
Enam Kali Gugur Baru Dapat Anak Sebab Kecuaian Pengasuh Sikecil Maut Ditinggal Dalam Kereta

Enam Kali Gugur Baru Dapat Anak Sebab Kecuaian Pengasuh Sikecil Maut Ditinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 405 hits
Setelah enam kali keguguran seorang ibu yang dikenali sebagai Demi Pertowski dari New Mexico barulah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel Zariah Hasheme 2 tahun Tapi hayat anak perempuannya itu tidak lama apabila pengasuhnya Tammie...
Dua Kanak Kanak Dibelasah Sampai Mati Kerana Buang Air Besar Di Tempat Terbuka

Dua Kanak Kanak Dibelasah Sampai Mati Kerana Buang Air Besar Di Tempat Terbuka

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 447 hits
Dua kanak kanak dibelasah sehingga meninggal dunia kerana membuang air besar di tempat terbuka semalam dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi di Shivpuri Madhya Pradesh Ketua Polis Raja Babu Singh berkata mangsa ketika itu dalam perjala...
Penggunaan Smartphone Ketika Buang Air Bisa Tingkatkan Risiko Ambeien

Penggunaan Smartphone Ketika Buang Air Bisa Tingkatkan Risiko Ambeien

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 237 hits
Kebiasaan bermain HP di toilet tentu sangat berbahaya ketika dialami oleh mereka yang memiliki ambeien Seperti telah diketahui posisi ketika duduk atau jongkok dalam waktu lama di kloset meningkatkan tekanan pembuluh darah di anus pada rekt...
Adik Beradik 21 Orang Bapa Hidap Kanser Remaja Bersila Jual Kuih Bantu Ibu

Adik Beradik 21 Orang Bapa Hidap Kanser Remaja Bersila Jual Kuih Bantu Ibu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 605 hits
Tidak semua manusia diberikan kehidupan yang serba mudah dan mewah Kadang kala ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk bagi menguatkan rasa sabar serta berusaha lebih gigih untuk melayari kehidupan Menerusi satu perkongsian daripada laman Fac...
Hukuman Lebih Berat Bagi Yang Terlibat Dengan Pencemaran Air Sedang Dikaji

Hukuman Lebih Berat Bagi Yang Terlibat Dengan Pencemaran Air Sedang Dikaji

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR 1 Okt Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli hari ini merancang untuk melihat semula Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi mengkaji kemungkinan mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang melakukan pencemaran alam sek...
Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 257 hits
Nama Salmafina kerap menjadi pembicaraan publik Mulai dari isu perceraiannya hingga pindah agama Terakhir Salmafina menjadi perbincangan lantaran berseteru dengan ayahnya Sunan Kalijaga
Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej Resting Bitch Face

Wanita Sekarang Sanggup Buat Pembedahan Plastik Buang Imej Resting Bitch Face

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 323 hits
Resting Bitch Face atau RBF adalah ekspresi wajah yang tidak sengaja muncul seolah olah marah jengkel atau seakan akan menghina terutama ketika individu itu sedang bersantai berehat mendengar rakan bercerita atau langsung tidak berbuat apa ...
Najiskah Cipratan Air Kencing Saat Buang Seni Di Urinoir

Najiskah Cipratan Air Kencing Saat Buang Seni Di Urinoir

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 350 hits
Kencing sambil berdiri di tempat seperti urinoir tidak dapat dihindarkan Ini terlebih lagi bila kita berada di mal atau tempat tempat umum Walaupun demikian memang sebaiknya kencing itu sambil jongkok sebagaimana imam al Ghazali dalam Biday...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana