Ujian Asid Pertama Acyrl Sani




Tamrin Tun Ghafar


Sabtu - 08/05/2021
( 1 - 26 )


1.   Saya memohon maaf kerana TERPAKSA  membuat komen ini tambah pula 
ianya dilakukan dalam Bulan Ramadhan
Al  Mubarak ini.


2.  Tahniah diucapkan kepada Acyrl Sani, Ketua Polis Negara yang menggantikan Hamid Bador mulai 3hb Mei 2021.


3.  Ada yang memberi pandangan  mengapa Hamid  HANYA   BERANI  mendedahkan KEPINCANGAN  Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri di penghujung perkhidmatan beliau; 
tidak dilakukan sebelum ini.


4.  Ada pula suara  yang mengatakan Hamid  sepatutnya  menggunakan  saluran  tertentu.


5.  Sebagai Anggota Kerajaan  beliau  TERHALANG  dengan Akta Perkhidmatan Kerajaan yang TIDAK  MEMBOLEHKAN  beliau MENGKRITIK SECARA TERBUKA Menterinya sendiri.


6.  Hamid TELAH melakukan apa yang sepatut dilakukan oleh mana - mana kakitangan Kerajaan; beliau telah pun melaporkan  HASRAT  JAHAT  Hamzah kepada Mahiaddin sebanyak 2 kali dan juga dengan Ketua Setiausaha Kerajaan atau KSN - itu adalah langkah dan contoh  terbaik yang telah  diambilnya.


7.  Hamzah  ialah   salah seorang pencatur atau mastermind RAMPASAN  KUASA sehingga tertubuhnya KERAJAAN  PINTU  BELAKANG  atau KERAJAAN  TEBUK ATAP  yang diketuai Mahiaddin Md. Yasin.


8.  Sikap  Hamid  mendedahkan secara terbuka  KEPINCANGAN  DAN  SALAHLAKU  Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan salah seorang penasihat Mahiaddin   AMAT  DIALU - ALUKAN.


9.   Apakah tujuan sebenar Hamzah  beria - ia sangat  MAHUKAN  kuasa penuh atau
 'full control' Perkhidmatan Polis, Wallahulam !!


10.    Oleh kerana tidak ada sebarang  penjelasan maka  berbagai  cerita atau teori  sedang berlegar dikalangan  rakyat; ini semua dakwaan atay alegasi, justeru SIASATAN PENUH DAN RAPI PERLU DIADAKAN SEGERA.


i.  Kononnya Hamzah mahu menggunakan  polis  khususnya Cawangan Khas atau  Special Branch  untuk menyenangkan beliau jadi orang nombor 1 negara akhirnya.


ii.   Ada pula yang mengatakan  mungkin  beliau  mahu  menjadi  'orang terkaya' di Malaysia dengan MELINDUNGI  penjenayah.


iii.   Ada juga mengatakan  salah seorang anak Hamzah  terlibat  dengan MACAU SCAM yang heboh  diperkatakan, maka dengan kuasa yang dikehendaki itu bolehlah beliau MENUTUP  aktiviti - aktiviti  jahat itu.


11.   Sebenarnya Kabinet atau Pemerintah  adalah PEMBUAT  DASAR dan  Pegawai Kerajaan adalah PELAKSANA  sebarang dasar yang digubal oleh Pemerintah atau Kabinet; justeru  adalah  BERTENTANGAN  dengan Perlembagaan   jika ada campurtangan  Pembuat Dasar dalam Pentadbiran Negara.


12.   SPRM, Polis  dan Pejabat  Peguam  Negara atau AG Chambers   BOLEH  DAN  MESTI  bertindak  terhadap  segala penyelewengan kuasa dan amalan rasuah oleh sesiapa  TERMASUK  Perdana Menteri, apatah  lagi  Menteri dan Kakitangan  Kerajaan.


13.   Apakah Acyrl BERANI  bertindak tegas seperti Hamid   atau beliau  sanggup   merela atau 
meredhakan dirinya  dengan  apa yang dikatakan  Hamzah
" don't worry he is  'MY  BOY' "  dalam perbualan telefon yang diakuinya sendiri   baru - baru ini  ATAU  yang  lebih dashyat lagi menggambil kesempatan  melakukan sendiri   perkara - perkara  yang  bertentangan dengan undang - undang  seperti melindungi  penjenayah  dan penyangak dan melakukan rasuah?


14.  Saya teringat Anwar Ibrahim  dipenjarakan selama 5 tahun atas tuduhan  mencampuri hal ehwal polis; justeru  apakah bezanya tindakan  yang dilakukan Hamzah? 


15.   Ada 3 UJIAN  ASID  atau  3 ASID  TEST bagi Acyrl, Ketua Polis Negara  atau  IGP   yang baru ini iaitu  MENYIASAT  DAN  MENGAMBIL  TINDAKAN  TEGAS  terhadap:


i.   MAHIADDIN 


Selain dari dakwaan hubungan seks  beliau dengan Gee Siew Yee atau Nika Gee yang  KETIKA ITU  isteri  kepada Dato Stanley Clement Augustin ( difahamkan Clement SUDAH  PUN  membuat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration  berhubung perkara tersebut ), terdapat pula dakwaan 2 orang anak kandung beliau  TERLIBAT  dengan ratusan juta  wang  IMDB; jika benar, ia satu penipuan yang tak boleh dimaafkan.


ii.   AZMIN  ALI


Pengakuan sendiri oleh Haziq Aziz seorang lelaki bahawa beliau TELAH  melakukan  hubungan seks sejenis atau lebih dikenali dengan perkataan  SEMBURIT  dengan Azmin, maka WAJIB polis bertindak  membawa Azmin ke Mahkamah  dan dipenjarakan; tambah pula  telah disahkan kesahihan videonya oleh pakar - pakar penyelidikan di  Laboratory di Amerika Syarikat, Indonesia  dan beberapa buah negara maju yang lain.


Azmin  kini sedang melakukan apa saja TEMASUK  sanggup menyapu sebahagian ruang kecil Masjidil Haram di Mekah bagi MENUTUP  kes SEMBURITnya itu.


iii.  HAMZAH  ZAINIUDDIN


Beranikah  Acyrl mengambil tindakan undang - undang TERHADAP  BOSSnya sendiri yang sudah terang  MENCAMPURI  hal ehwal Polis seperti tuduhan terhadap Anwar dahulu, dan menyiasat, dan jika didapati  benar penglibatan salah seorang anak beliau dalam skandal MACAU  SCAM, menghadapkan beliau juga ke Mahkamah.


16.  Apa pun akhirnya terserah kepada Mahiaddin yang gila kuasa dan Peguam Negara ; pilihlah antara  Dunia dan Akhirat, antara Kuasa Dunia  dan Kuasa  ALLAH  SWT - semoga amalan yang kita sedang lakukan  MEMBERI  KEINSAHFAN  dan KEKUATAN  DIRI.


17.  Selain dari apa yang telah disebut diatas , 9 orang Raja - Raja Melayu  KHUSUSNYA  Agong, jika mereka  BERJIWA  rakyat atau masih  mempunyai belas kasih kepada rakyat BOLEH juga mengambil beberapa tindakan : 


i.  SERTA MERTA TARIK BALIK  Perintah Darurat dan mengarahkan Parlimen bersidang semula seperti biasa.


ii.   Jika tidak Tarik Balik Darurat, Majlis MAGERAN  diwujudkan  SERTA MERTA  dengan melantik  seorang Pentadbir atau Pengerusi bagi MEMULIHKAN  ekonomi negara yang sedang menanggung hutang kira - kira RM1.3 trillion  atau 89.2 peratus dari Keluaran Dalam  Negara Kasar  ( KDNK ) seperti yang diumumkan Zafrul baru - baru ini, juga bagi mengatasi rata - rata  kesusahan  rakyat yang  NAZAK  ini.


iii.   Mahiaddin , Hamzah dan Azmin  DIREHATKAN   sementara bagi segala siasatan  dijalankan dengan rapi  dan bebas hingga selesai TANPA  sebaang gangguan dan campur tangan mereka yang disiasat.


18.   Sudah sampai masanya Raja - Raja Melayu TIDAK  BOLEH  LAGI  berpeluk tubuh - inilh masanya mereka  menggunakan kuasa yang diamanahkan demi rakyat dan negara.


19.  Diharap cakap - cakap kononnya Agong terlibat dengan pelbagai projek raksaksa  hanya cakap - cakap kosong  tanpa bukti saja.


20.  Hanya yang saya tidak boleh pertahankan  ialah 2 persoalan :


i.   MENGAPA  sehingga kini Agong  yang diiktiraf  sebagai Lambang Negara dan Rakyat  sehingga kini sunyi dan TIDAK  BERANI  menganmbil  tindakan undang - undang sama ada di sini mahupun di London  terhadap  Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang MEMBONGKARKAN  pembelian oleh Tengku Mahkota Pahang sebuah rumah di Kota London dengan harga RM350 juta dengan kos penyelenggaran sebanyak RM2 juta  sebulan - tidak menjadi kesalahan membeli rumah atau apa - apa pun tetapi rakyat ingin tahu  apakah TUDUHAN  Clare itu benar dan jika benar dari mana punca pendapatan tersebut - adakah ianya juga dari Raja Arab?, dan jika hasil keuntungan syarikat, sudahkah  Cukai Pendapatan dibayar seperti rakyat biasa.


ii.  Apakah benar tuduhan mengatakan  Agong mencadangkan sahabat baiknya, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan?


21.  Rakyat memerlukan  PENJELASAN  agar segala keraguan dapat diredakan.


22.  Sebagai peringatan  bersama :


    TIADA  RAKYAT
    TIADA  RAJA
    TIADA  RAJA
    TIADA  AGONG


23.  Semoga Agong  yang diberi kesempatan tinggal di rumah besar dan indah yang digelar Istana Negara HASIL titik peluh rakyat selama mana beliau dilantik oleh 9 orang Raja - Raja Melayu  akan juga  MENDENGAR   RINTIHAN  DAN  KELUHAN  RAKYAT ,  bukan setakat mendengar atau menggunakan nasihat seorang yang BERKEPENTINGAN  yang TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITI  Ahli Parlimen.


24. Sabda Rasulullah SAW:  Barang Siapa Di Antara Kamu Melihat  Kemungkaran, Hendaklah Dia Mencegah Kemungkaran Itu  Dengan Tangannya. Jika Tidak Mampu, Hendaklah  Dengan Lisan  Dan Jika Tidak Mampu Juga,!Hendaklah Mencegah  Dengan Hati, Itulah  Selembut - Lembut Iman   ( Hadis Riwayat  Muslim ).


25.  SELAMAT  MENGERJAKAN IBADAH  PUASA   dan SELAMAT  MENYAMBUT  ADIL FITRI.


26. Diharap tulisan ini dibaca dengan hati terbuka oleh Agong, Raja - Raja Melayu dan Ketua Polis Negara.


Wassalam
Terima Kasih.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/ujian-asid-pertama-acyrl-sani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di Klia

Dr Adham Dakwa Kes Pertama Varian India Di Kesan Ikut Ujian Saringan Penumpang Di Klia

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan telah mengesan sejumlah 30 lagi varian yang membimbangkan berkaitan pandemik Covid 19 di Malaysia iaitu 27 kes bagi varian Afrika Selatan dan tiga kes bagi varian United Kingdom Menteri Kesihatan Datuk Seri D...
Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M I L

Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M I L

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 319 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Berbuka Puasa Di Jiboi Pertama Kali Tanpa M i l Last Saturday 24042021 adik beradik Mr A ajak berbuka beramai ramai di Jiboi antara faktor penyebabnya adalah s i l nak balik k...
Hiburan Genap Seminggu Tasha Shila Namakan Anak Pertama Raees Zander

Hiburan Genap Seminggu Tasha Shila Namakan Anak Pertama Raees Zander

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 230 hits
Setelah genap seminggu menimang cahaya mata pelakon Tasha Shila dan suami telah menamakan anak sulung mereka dengan nama Raees Zander Perkara tersebut diumumkan Tasha menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga peng...
Malaysia Kesan Kes Pertama Mutasi Berganda Dari India

Malaysia Kesan Kes Pertama Mutasi Berganda Dari India

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 262 hits
Mutasi berganda dikenali sebagai B 1 617 1 itu dikenal pasti hasil analisis keseluruhan jujukan genom yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu hasil saringan di pintu masuk utama negara https bit ly 3eb4elD Muzik https artlist io
Timang Anak Ke 2 Tak Sama Macam Anak Pertama Keadaan Lebih Mencabar Bersediakah Anda

Timang Anak Ke 2 Tak Sama Macam Anak Pertama Keadaan Lebih Mencabar Bersediakah Anda

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 315 hits
Kami ingin bertanya kepada anda adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak anak anda sahaja Berapakah jumlah pemain yang ingin anda hasilkan Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kel...
Pertama Kali Aku Setuju Dengan Tindakan Menteri Pendidikan Ini

Pertama Kali Aku Setuju Dengan Tindakan Menteri Pendidikan Ini

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 241 hits
Jenaka rogol Tiada toleransi Radzi JidinHasimi MuhamadApril 28 2021 Menurut Radzi Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan perkara itu masih dalam siasatan polis Foto Astro AWANI SHAHIR OMARKUALA LUMPUR Kementerian Pelajaran Malaysia mema...
Edi Kamtono Resmikan Kampung Digital Gradasi Kalbar Pertama Di Tepian Sungai Kapuas

Edi Kamtono Resmikan Kampung Digital Gradasi Kalbar Pertama Di Tepian Sungai Kapuas

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 229 hits
Di hari yang sama setelah proses pelantikan pengurus DPD Gerakan Digital Indonesia Kalimantan Barat dilaksanakan secara simbolis Wali Kota Pontianak Edi Kamtono langsung meresmikan Kampung Digital Gradasi Kalbar pertama di tepian Dalam kata...
Hiburan Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin Hannah Delisha Akui Teruja

Hiburan Pertama Kali Berlakon Dengan Suami Selepas Kahwin Hannah Delisha Akui Teruja

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 319 hits
Pelakon dan penyanyi jelita Hannah Delisha mengakui berasa sangat teruja apabila dapat bergandingan bersama suami tercinta dalam sebuah drama yang berjudul Kisah Rumah Tangga Rindu Salah Alamat Difahamkan ini merupakan projek lakonan pertam...
Sedih Tengok Ayah Termenung Siap Mengadu Restoran Sepi Tanpa Pelanggan Minggu Pertama Ramadan

Sedih Tengok Ayah Termenung Siap Mengadu Restoran Sepi Tanpa Pelanggan Minggu Pertama Ramadan

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 453 hits
Sedih tengok ayah termenung siap mengadu restoran sepi tanpa pelanggan minggu pertama Ramadan tak sangka apa dilakukan si anak meletup tiba tiba meriah Rabu 28 April 2021 5 00 AMOleh IWAN SHU ASWAD SHUAIBDari kedai makan kurang mendapat sam...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport