Ujian Allah Dengan Pelbagai Perkara Termasuk Melalui Makhluk Halus


Ada masa saya letih sebab seakan mahu berputus asa dan penat dengan ujian. Rasa macam nak lari daripada ujian yang Allah hadirkan kepada saya. Ujian ini bukanlah melibatkan mata kasar.

 Bermula daripada usia 5 tahun, mata saya dapat melihat makhluk halus. Tetapi bukan setiap masa, ada masa tertentu. Saya bersyukur, apabila menginjak dewasa mata saya sudah tidak melihat makhluk halus, namun deria seperti pendengaran sensitif dengan benda-benda begitu. 

Astagfirullahaladzim. sebelum tersasar jauh, baiklah perlu balik kepada Allah semula. 


Dalam saya seronok menikmati dengan pelbagai  ghostwriting job , saya dan keluarga tidak terlepas dengan ujian Allah. Saya kira, berat sebab ia menganggu kehidupan. 








Oleh kerana semasa kecil dan sehingga dewasa saya begini. Sebaiknya saya mendiamkan diri.  Dan, apabila saya meluahkan kepada mak, ayah, adik-beradik dan ibu saudara semuanya menyalahkan saya kerana berfikir saya terlalu banyak menonton cerita seram dan cerita saya adalah tahyul belaka. Sehinggakan sepupu sendiri pun gelakkan saya. 



Orang tua 

Paling kelakar, mak saya. Dalam tidak percaya tapi mak tetap tanyakan saya juga jika ada bermimpi apa-apa pelik. Berlainan pula dengan abah, jika saya ceritakan kepadanya hanya mendiamkan diri sahaja. Jika tidak diam, karang risau dimarahinya pula. Abah kadang-kala kelakar, ada masanya tegas. 


Mimpi 

Entah lah apa nak kata. Sebagai contoh, mimpi saya kadang membawa petunjuk. Pernah saya bermimpi berada di rumah yang mempunyai palang kayu di bumbung dengan dipenuhi ular-ular pelbagai saiz. Selepas sebulan bermimpi, adik saya berpindah rumah kampung. Nah! ternyata rumahnya mirip sekali dengan mimpi saya. Ini bermakna, roh saya keluar dulu kot pergi ke rumah adik. 

Kali pertama jejakkan kaki ke rumah tersebut, kepala saya seakan mahu meletup apabila memasuki ke ruangan dapur. Seakan ada sesuatu menekan. Lantas, saya bercerita kepada mak mengenai mimpi tersebut. 


"Ishh awak ni kaklang, ada pula cerita gini. Ngarut jer." Ujar mak. 

"Tak mak, memang macam ni lah sebiji. Dengan ada palang kayu, rumah batu bercampur papan separuh. Pastu ada ular bergayut-gayut kat palang ni ha." Saya menunjukkan isyarat dengan jari telunjuk ke arah tersebut.  



Dalam tidak percaya, ada riak risau pada raut wajah mak. 


"Ok lah mak. Jangan cerita kat Eti pula. Kang dia ketakutan. Kot ni mainan tidur kaklang je bulan lepas" Bisik aku kepada mak kali ini. 

"Nape?" Soal Eti, adik bongsuku. 


"Takde apa lah. Saja aku cakap kat mak, rumah ni sejuk." Aku menukar jalan cerita segera supaya tidak menakutkannya. 



Mimpi dibawa ke alam nyata

Kemudian, nak dijadikan ceritanya. Alangkah terkejutnya mak, apabila adik bongsuku Eti menceritakan kepada mak bahawa rumahnya dimasuki ular. Dan, diluar rumah juga ada ular. Paling mendebarkan, ada ular juga dalam lubang tandas cangkung. Dikatakan kerap rumahnya didatangi ular. 

Akhirnya, saya membuka cerita sebenar kepada adik. Mengatakan bahawa pernah bermimpi rumah ini dipenuhi ular yang bergayut di palang-palang kayu rumah. Gangguan demi gangguan berlaku di rumah adik. 

Paling menakutkan, di depan rumahnya mempunyai pokok besar dan tempat persinggahan pontianak. Pokok besar tersebut juga mempunyai pokok tumpangan langsuyar. Alhamdulillah, kini rumah adik telah pulih dengan izin Allah. 

Adakah kerana mempunyai kaitan dengan jiran sebelah, wallhualam. Selepas jirannya berpindah keluar dari kawasan tersebut gangguan hilang. Tiada lagi kejadian seram berlaku. 



Ujian lain 


Rumah kami, selepas 11 tahun tidak sangka ada makhluk yang menumpang. Apabila benda halus menumpang, tiada pula makanan di rumah saya basi. 
 Boleh dikatakan setiap hari kedengaran bunyi guli, paip tanda dibuka, bunyi ketukan seperti menukang, lesung bergolek, dan pintu grill sliding kami dilanggar sekuatnya semasa maghrib sehingga bergegar satu rumah. 

Jika sekadar bunyi sahaja, tidak mengapa. Tetapi sehingga makhluk tersebut sudah berani mencakar belakang badan, kadang-kala dada, begitu juga tangan anak nombor 2 dan bongsu di belakang badan. Suami pun pernah terkena, tetapi dia tidak percayakan. 



Gangguan ini datang, bukan bermakna saya suami dan anak-anak tidak solat dan membaca al-quran. Entah lah, mana datang semua ini. Ianya bermula dari selepas Asar. 


 
 

Bunyi-bunyian sering menganggu kami dan aktif tepat jam 1.00 pagi sehingga 3 pagi. Bunyi guli bertaburan di lantai, bunyi mengetuk dinding agak seram kerana jika ada antara ahli rumah takut, bunyi tersebut semakin kuat sehinggakan dinding bilik kami seakan mahu runtuh.

Saya pernah cabar benda tu, kemudian saya bacakan ayat-ayat suci al-quran. Semakin dialunkan bacaan, semakin kuat bunyi tersebut mengusik. 

Dan, akhirnya saya sudah dapat kawal makhluk yang mengusik itu dengan membaca :


“La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumit, wa huwa ‘ala syai’in qadir.”




Maksudnya: “Tidak ada Tuhan Selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.”




Syarat bacaannya perlu yakin setiap kali lantunkan bacaan ini. Semasa bacaan, meremang tengkuk juga ketika itu. Sementara mahu tunggu suami balik daripada outstation, maka saya perlu kuat untuk melindungi anak-anak dengan izin Allah. Nanti mahu panggilkan ustaz untuk adakan sedikit bacaan di rumah kami. 

















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/12/ujian-allah-dengan-pelbagai-perkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Sebenar Populasi Manusia Termasuk Yang Telah Meninggal Dunia Sejak Nabi Adam A S

Jumlah Sebenar Populasi Manusia Termasuk Yang Telah Meninggal Dunia Sejak Nabi Adam A S

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 296 hits
Satu percubaan yang dikenali untuk menganggarkan jumlah keseluruhan manusia yang pernah hidup dilakukan oleh demografer Carl Haub di Population Reference Bureau Pada awal abad ke 21 Haub mencadangkan bahawa pada tahun 2011 kira kira 108 hin...
3 Termasuk Datuk Dituduh Edar Dadah

3 Termasuk Datuk Dituduh Edar Dadah

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 216 hits
Omar Ahmadam hmetro com myLIMA lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majisteret Johor Bahru atas tuduhan mengedar dadah seberat 22 541 kg pada bulan lalu FOTO Omar AhmadJohor Bahru Tiga individu termasuk ahli perniag...
Gibran Minta Semua Pihak Tak Urusi Gosip Yang Menyangkut Keluarganya Termasuk Soal Ibu Iriana

Gibran Minta Semua Pihak Tak Urusi Gosip Yang Menyangkut Keluarganya Termasuk Soal Ibu Iriana

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 207 hits
Ucapan Gibran disampaikan menanggapi pernyataan Ketua DPC PDI Perjuangan Kota Solo FX Hadi Rudyatmo
Matan Taqrib Apa Saja Yang Termasuk Syarat Sah Shalat

Matan Taqrib Apa Saja Yang Termasuk Syarat Sah Shalat

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 223 hits
Apa saja syarat sah shalat yang mesti dilakukan sebelum shalat dilaksanakan Syarat sah shalat adalah bersuci menutup aurat dll
Kedah Kes Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang 6 Lelaki Termasuk Remaja Dituduh Merusuh

Kedah Kes Hubungan Sulit Dengan Isteri Orang 6 Lelaki Termasuk Remaja Dituduh Merusuh

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 218 hits
Noorazura Abdul Rahmanam hmetro com mySungai Petani Enam lelaki termasuk seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan merusuh di depan sebuah hotel pada Isnin lalu Kesemua tertuduh mengaku bersalah s...
Video Pecah Bintang Jadi Jenderal Polisi Sederet Prestasi Hengki Haryadi Termasuk Gulung Hercules

Video Pecah Bintang Jadi Jenderal Polisi Sederet Prestasi Hengki Haryadi Termasuk Gulung Hercules

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 168 hits
Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo melakukan mutasi sejumlah perwira tinggi hingga perwira menengah
Doa Selepas Azan Serta 7 Perkara Sunat

Doa Selepas Azan Serta 7 Perkara Sunat

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 208 hits
Membaca doa selepas azan merupakan satu amalan yang dianjurkan oleh nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam ia juga merupakan amalan sunat yang biasa akan dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam setelah selesainya azan berkuma...
Polisi Tetap Usut Perkara Rocky Gerung Meski Pdip Dan Sejumlah Pihak Cabut Laporan

Polisi Tetap Usut Perkara Rocky Gerung Meski Pdip Dan Sejumlah Pihak Cabut Laporan

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 162 hits
Sehingga dalam menghentikan proses penyidikan tidak semata mata pelapor mencabutnya
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco