Uji Maruah Bukan Anjing Gemuk Dilehernya Ada Rantai Presiden Pas



Krisis ekonomi 1997 menguji maruahSAYA bukan ahli ekonomi, tetapi menjadi pemerhati, kerana seseorang manusia wajib bermasyarakat tidak boleh memisahkan diri terutamanya aspek politik dan ekonomi.Seperti penonton bola sepak memang mudah memberi komen kepada pasukan yang kalah, sedangkan pemainnya terhungap-hungap dan terjelir lidah berusaha untuk menang begitu payah.Pengurus yang berjaya sepatutnya tidak boleh berbangga dengan kejayaan melalui pemain import yang dibayar dengan harga yang mahal. Sepatutnya mengambil pengajaran daripada negara Amerika Latin yang miskin berjaya ke peringkat Piala Dunia dengan melatih anak watannya.Begitu juga dalam menghadapi krisis ekonomi 1997 yang lebih parah kerana melibatkan maruah negara dan umat, kejayaan Tun Mahathir menyelesaikan krisis tersebut dengan menggunakan sumber dalam negara dan kekuatan kepakaran sendiri adalah perlu dibanggakan. Bukan bergantung kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mengundang penjajahan ekonomi, belenggu hutang dan segala akibatnya yang boleh mengundang campur tangan asing dalam negara.Walaupun PAS parti pembangkang yang dibelasah sehingga berlawan dengan sekeras-kerasnya, tetapi menyedari bahawa kita berada dalam satu tanah air laksana satu bahtera yang tenggelam timbulnya tetap bersama, maka tetap mengakui apa yang sebenar dipikul bersama.PAS ketika itu turut memberikan pandangan untuk membaiki ekonomi negara, dengan menyeru peniaga dan rakyat untuk terus bertahan, berbelanja dengan cermat, mengurangkan hutang dan menyimpan untuk kecemasan.PAS tetap menjadi pembangkang yang menasihat dan turut memberi perhatian kepada calon bakal Perdana Menteri. Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman memerintah, pastinya sangat mengenali calon yang layak di kalangan muridnya yang telah dilatih. Maka hendaklah dipilih yang berjaya dalam ujian. Jangan memilih calon yang gagal, membawa ijazah palsu atau suka meniru untuk mendapatkan jawapan.Peristiwa krisis ekonomi tersebut menjadi salah satu ujian peperiksaan mempertahankan maruah negara dan umat. Oleh itu, PM sudah kenal siapa yang hendak dipilih terutamanya beliau adalah Melayu yang tidak lupa.Saya teringat kisah penglipur lara yang menjadi pengajaran.

Seekor anjing hutan yang keluar merayau mencari makan tersesat dalam kawasan perumahan, terserempak dengan seekor anjing peliharaan yang dirantai lehernya dalam keadaan badan yang gemuk dan sihat kerana sentiasa dilayan oleh tuan yang mengasihinya, lalu menggoda si anjing hutan supaya bersamanya kerana senang mendapat makanan percuma walaupun tengkuk di rantai.Tiba-tiba anjing hutan menolak dengan keras dan melarikan diri kerana menyedari bahawa hidup bebas merdeka itu lebih baik daripada dibelenggu walaupun kenyang dan gemuk.Begitulah mahalnya erti kemerdekaan dan maruah, bukannya menjadi barua kepada sesiapa sahaja. Mempertahankan maruah sangat besar maknanya.Pengalaman Malaysia menangani krisis kewangan 1997 adalah ujian untuk menilai siapa yang berani mempertahankan maruah negara dan umat, berbanding mereka yang mudah menyerah kalah kepada pihak luar.ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Rabiul Awwal 1441 / 8 November 2019 – HARAKAHDAILY 8/11/20

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/uji-maruah-bukan-anjing-gemuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

Prktgpiai Presiden Pas Setuju Dengan Calon Bn Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 425 hits
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan calon yang dikemukakan Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata sokongan yang diberi adalah sel...
Penerbitan Perppu Tunggu Uji Materi Di Mk Kpk Serahkan Ke Presiden Jokowi

Penerbitan Perppu Tunggu Uji Materi Di Mk Kpk Serahkan Ke Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 243 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi pasrah terkait keputusan Presiden Joko Widodo tak menerbitkan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang Undang atau Perppu untuk mementahkan UU KPK hasil revisi KPK menilai keputusan mengeluarkan Perppu merupakan ha...
Maruah Pas Sekarang Undi Cina Halal Pula

Maruah Pas Sekarang Undi Cina Halal Pula

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 386 hits
PAS Larangan undi calon bukan Islam tak mutlakPAS Pusat menyokong calon MCA Wee Jeck Seng di PRK Tanjung Piai buat gesaan kepada pengundi Tanjung Piai mengundi calon MCA Walaupun calon non Muslim ia bukanlah terlarang secara mutlakPAS meneg...
Prktgpiai Pas Janji Sokong Wee Jeck Seng Hadi Awang

Prktgpiai Pas Janji Sokong Wee Jeck Seng Hadi Awang

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 338 hits
PAS berjanji menyokong calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ujar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan mengapa PAS boleh menyatakan sokongan...
Pas To Seek Explanation From Berjasa On Its Candidacy In Tanjung Piai By Election

Pas To Seek Explanation From Berjasa On Its Candidacy In Tanjung Piai By Election

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 294 hits
TG PIAI POLLS PAS may seek an explanation from Barisan Jemaah Islamiah on the latter s decision to field a candidate in the coming Tanjung Piai parliamentary by election PAS vice president Mohd Amar Nik Abdullah said the statement by PAS pr...
Pas Jadi Tukang Cuci Bersihkan Nama Umno

Pas Jadi Tukang Cuci Bersihkan Nama Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 341 hits
AKMAL MANAF Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Pas sebagai tukang cuci untuk membersihkan tindakan Umno yang mengaku kalah dengan menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada MCA Katanya perkara itu sesuatu yang amat mala...
Hadi Pas Rethinking Gagasan Sejahtera Alliance With Berjasa After Tanjung Piai Candidacy

Hadi Pas Rethinking Gagasan Sejahtera Alliance With Berjasa After Tanjung Piai Candidacy

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 312 hits
PAS said it will reconsider its relationship with its Gagasan Sejahtera ally and former splinter party Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia following the latter s decision to contest the Tanjung Piai by election The Islamist party s presiden...
Pas Akui Hudud Mustahil Dilaksana

Pas Akui Hudud Mustahil Dilaksana

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 325 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON November 6 2019 4 15 pmPas mengakui undang undang hudud mustahil untuk dilaksanakan di negara ini Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Ahmad Awang berkata sekiranya Umno Pas berkuasa dalam Pilihan Raya Umum ke 15 hu...
Belajar Matang Dari Pas Tun M Menurut A Hadi

Belajar Matang Dari Pas Tun M Menurut A Hadi

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 315 hits
Belajarlah kematangan dari pengalaman PASSEMALAM Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa berlaku perselisihan faham dalam gabungan PH selepas mengambil alih kerajaan Katanya mereka masih boleh duduk bersama dan memutuskan sesuatu mengikut ko...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia