Uitm Holding Buat Apa Sampai Rugi Rm157 Juta Ni



SHAH ALAM: Sayap pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UiTM Holdings Sdn. Bhd. yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu direkod mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut.
Berdasarkan laporan kewa­ngan pada 2017 hingga 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewa­ngannya bagi tahun 2020, jus­teru kerugian terkumpul dica­tatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.
Difahamkan, kerugian tersebut melibatkan pelaburan dalam pelbagai perniagaan termasuk projek menerbitkan filem sehingga hangus puluhan juta ringgit, selain resort penginapannya, Intekma Resort & Convention Centre di Seksyen 7 di sini yang tidak efisien sehingga terpaksa dihentikan operasi.
Berdasarkan laporan Suru­han­jaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperoleh Utusan Ma­laysia, anak syarikat UiTM yang ditubuhkan pada 2007 itu pernah mencatat keuntungan ke­se­luru­han sebanyak RM26 juta pada 2011, 2014, 2015 dan 2016.
Namun sehingga 2021,UiTM Holdings menanggung hutang sebanyak RM293 juta iaitu pada kadar 64 peratus berbanding jumlah aset RM456 juta, sementara liabiliti semasanya berjumlah RM74.92 juta.
Laporan tersebut merekodkan, UiTM Holdings menerima modal saham terkumpul seba­nyak RM502.7 juta dari 2011 hingga 2021, bagaimanapun syarikat tersebut dilihat ha­nya membayar dividen kepada pemegang saham empat kali dalam tempoh tersebut yang semuanya berjumlah RM6.1 juta.
PERBELANJAAN
Sementara itu, satu sumber mendedahkan, laporan perban­dingan kewangan tersebut me­nunjukkan masalah ketidak­ce­kapan dalam pengurusan per­belanjaan menyebabkan ke­rugian dan menjadi antara faktor kebajikan sebahagian besar mahasiswanya terabai.


Malah, akibat masalah tersebut,sumber berkata, UiTM pernah dilabel sebagai ‘1MDB kecil’ selepas dikesan berlaku ketidak­cekapan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan termasuk anak syarikatnya itu.
“Modal kepada UiTM Hol­dings adalah daripada UiTM. Perlu dibetulkan pengurusannya (termasuk UiTM), sebab akhir­nya yang akan menerima kesusahan adalah kakitangan, mahasiswa termasuk yang tinggal di luar kampus.
“Duit ini adalah simpanan di bawah Bendahari UiTM, jadi apabila kerajaan meminta mencari dana 30 peratus sendiri, jadi semua universiti termasuk UiTM mula membuat pelaburan. Pelaburan tak salah. Tetapi biarlah dijaga dengan betul dan tidak ada yang oportunis,” kata sumber itu.
Terdahulu, Utusan mela­porkan pengurusan kewangan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lemah didakwa menjadi punca kebajikan pelajar di UiTM terus terabai.
Malah laporan tersebut yang memetik sumber dalaman universiti itu mendedahkan banyak kesilapan dikesan berlaku sejak 10 tahun kebelakangan ini dalam menjana pendapatan terutamanya membabitkan bentuk pelaburan melalui UiTM Hol­dings yang dilaksanakan tanpa integriti dan tadbir urus baik.
Ini termasuk dakwaan pelaburan dalam pembikinan filem yang menyebabkan anak syarikat universiti itu mengalami ke­rugian ratusan juta ringgit.
SPRM
Susulan dakwaan itu, Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat jika berlaku ketirisan dalam pengurusan UiTM termasuk anak syarikatnya.
Menurut Roziah, UiTM memiliki rekod 23 audit kewangan bersih daripada Jabatan Audit Negara.
Dalam pada itu, pemberita turut diberitahu kerugian UiTM serta anak syarikatnya menyebabkan banyak kemudahan serta aset miliknya seperti Intekma Resort gagal diuruskan.
“Ketika negara dilanda Covid- 19, ramai mahasiswa meluahkan kesukaran untuk mendapat­kan liputan internet, komputer riba, kekurangan wang membeli makanan, kampus cawangan pun mohon (peruntukan) kerana untuk pasang Wifi pun tak ada duit.
“Sejak itu, perbelanjaan demi perbelanjaan didedahkan seperti pelaburan dalam pembikinan filem, baik pulih Intekma Resort berjuta-juta, tetapi akhirnya di­tinggalkan,” jelasnya.
Oleh demikian, sumber ber­ke­naan menyokong SPRM me­nyiasat ketirisan dan ketidakce­kapan dalam UiTM supaya uni­versiti itu kembali bermaruah.
“Takkanlah alumni atau orang yang ada ‘DNA UiTM’ hendak biarkan. Kita hendak membetulkan. Pergi UiTM suruh mereka buka fail, jangan ditutup. Kalau tutup patut ambil tindakan,” tegasnya.- UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/uitm-holding-buat-apa-sampai-rugi-rm157.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkhidmatan Kereta Api China Laos Kendali Lebih 10 Juta Penumpang Setakat 31 Januari

Perkhidmatan Kereta Api China Laos Kendali Lebih 10 Juta Penumpang Setakat 31 Januari

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 303 hits
SETAKAT 31 Januari perkhidmatan kereta api China Laos mengendalikan 20 000 unit kereta api dengan menghantar 10 3 juta penumpang sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada Disember 2021 menurut kenyataan China Railway Kunming Group Co Ltd ...
Tergiur Rp10 Juta Tiga Pemuda Pengangguran Mendadak Jadi Kurir Ganja

Tergiur Rp10 Juta Tiga Pemuda Pengangguran Mendadak Jadi Kurir Ganja

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 267 hits
Badan Narkotika Nasional Sumatera Barat menyita 35 paket ganja kering dari tiga pemuda asal Payakumbuh Ketika pelaku tergiur upah Rp10 juta dari seseorang yang menyuruhnya
Lisa Blackpink Beli Rumah Bernilai Rm26 Juta Di Seoul

Lisa Blackpink Beli Rumah Bernilai Rm26 Juta Di Seoul

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 346 hits
Sepertinya Lisa BLACKPINK benar benar mahu menghabiskan masa yang lama di Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru idola berasal dari Thailand itu dilaporkan telah membeli rumah bersambung di Seongbuk dong Seoul Dibina pada April 2016 dengan...
Kena Ada Lebih Rm347 Juta Peminat Perasan Lisa Bp Guna Kad Kredit Eksklusif Untuk Orang Kaya

Kena Ada Lebih Rm347 Juta Peminat Perasan Lisa Bp Guna Kad Kredit Eksklusif Untuk Orang Kaya

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 148 hits
Lisa BLACKPINK memang tidak dinafikan merupakan antara idola K Pop yang paling popular di seluruh dunia kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Ji soo BLACKPINK telah memuat naik baru di laman YouTube peribadinya di mana dia bersama Lisa pergi bersi...
Benarkan Pengeluaran Kwsp 2 0 Untuk 3 Juta Pencarum

Benarkan Pengeluaran Kwsp 2 0 Untuk 3 Juta Pencarum

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 167 hits
Benarkan Pengeluaran Kwsp 2 0 Untuk 3 Juta Pencarum KWSP adalah singkatan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ia adalah sebuah sistem pembangunan simpanan berteraskan kumpulan di Malaysia yang membolehkan pekerja menyimpan wang untuk ma...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula

Cara Buat Mi Hailam Padu Sukatan Masak Sekuali Terus

Titik Tanpa Kembali Pasaran Merosot Ketika As Memasuki Fasa Menurun