Udon Goreng Ala Hokkien



     Sejak dua menjak ni, Kjee macam allergik dengan Mi Kuning. Kalau makan mesti sakit perut. Apatah lagi kalau tak dapat beli Mi Kuning buatan orang kita. Mi Kuning lain terlalu banyak boric acid. Sampai kuat bau ammonia
     Dek kerana tekak teringin sangat nak makan Hokkien Mi, terpaksa lah cari Mi Kuning jenis tebal. Rasanya kandungan boric acid rendah sikit.     Tetapi susahnya nak dapat. So apabila fren FB, Yastmin syor guna Udon Japanese noodles sebagai ganti, punyalah Kjee excited
     Hokkien Mee ni actually Mi Kicap. Guna dua jenis kicap iaitu Kicap Cair dan Kicap pekat atau Kicap Karamel. Kicap ini tiada rasa. Cuma untuk hitamkan kuah. Banyak dijual di pasaraya. Dan selain kicap, juga perlu Sos Tiram
     Protein yang digunakan ikut suka. Boleh guna Ayam, Udang, Sotong atau fish cake. Sayurnya pula boleh letak Sawi ataupun kobis cina.      Kali ini Kjee guna ayam dan fish cake. Sepatutnya diguna ayam bahagian dada atau isi bahagian lain. Memudahkan ketika makan. Tulangnya pula diguna untuk air rebusan.  Dijadikan kuah. 

    Oleh kerana first time guna Udon, Kjee agak hati-hati kerana texturenya agak lembut. Kalau guna Mi Kuning tebal, masa memasak untuk melembutkannya dalam 20 minit. Untuk Udon, kita sediakan kuahnya dulu. Kemudian sebelum api dipadam cepat2 masuk Udon, kacau seketika dan hidang. Cara itu, hidangan kita tak menjadi mushy atau lembik.      Kalau ikut arahan pada peket, Udon harus dicelur selama 5 minit kemudian tos. Kjee hanya celup 1 minit dalam air panas dan toskan. Dalam satu bungkusan Udon yang UnclePali beli di Hero Market, ada tiga peket yang dipek berasingan. Satu peket untuk satu hidangan. 

     Untuk satu hidangan itu, Kjee ketuk 3 ulas bawang putih, hiris ayam dan juga fish cake dalam jumlah ikut suka. Kjee guna dua tangkai sawi yang dipotong-potong dua inci.      Panaskan dua sudu minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan Ayam.   Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan kira-kira satu cawan air rebusan tulang Ayam. Kemudian masukkan dua sudu makan sos tiram dan sau sudu besar kicap pekat karamel. Adjust ikut kehitaman yang disukai. Kjee suka letak lebih.      Kalau Ayam sudah cukup masak, masukkan sayur dan juga fish cake. Rasa kuahnya. Jika perlu diletak kicap cair. 

     Sudah puas hati dengan rasanya, sediakan campuran dua sudu teh tepung jagung bersama 4 sudu teh air. Kacau hingga tepung larut.      Masukkan Udon ke dalam kuah. Gaul rata. Curahkan air tepung jagung. Kacau pantas-pantas. Kalau ada minyak bihan boleh dititis. Apabila kuah sudah pekat, terus hidang dan makan. Sedap dinikmati dengan cili hijau jeruk atau cili api yang telah diletak fish sos.      Mudah kan! Pastikan sebelum mula memasak, semua bahan-bahan telah disiapkan terlebih dahulu.           





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2021/03/udon-goreng-ala-hokkien.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Puasa Makan Ayam Goreng Ala Kfc

Buka Puasa Makan Ayam Goreng Ala Kfc

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 383 hits
Bismillahhirrahmannirrahim Berhenti kereta tepi jalan untuk ambil gambar Bestari Crispy Fried Chicken Coating Mix untuk confirm beli tepung salut ayam goreng yang betul untuk goreng ayam ala KFC buat buka puasa petang tadi Gambar tu send ke...
Deco Room Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

Deco Room Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 528 hits
Sebenarnya lama dah nak deco bilik tapi banyak kali tertangguh sampailah hari tu bilik zaza diserang sejenis makhluk perosak Tak sure berpunca dari apa dan serangga tu pun pertama kali zaza tengok Jadi zaza buatlah pembersihan bilik Dua tig...
10 Trik Ootd Agar Terlihat Jenjang Ala Kpop Idol

10 Trik Ootd Agar Terlihat Jenjang Ala Kpop Idol

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 308 hits
Semua orang mendambakan hasil foto yang bagus untuk dibagikan ke dunia maya Kan sebal ketika ingin berfoto terlihat bagus ternyata badan kita terlihat bantet dan kecil Berikut 10 tips OOTD agar This is a content summary only Visit my websit...
Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap Hanya Tuang Sup Siam Adabi Je

Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap Hanya Tuang Sup Siam Adabi Je

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 533 hits
hai assalammualaikum Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap Hanya Tuang Sup Siam Adabi Sahaja Selalunya buat sup nad guna sup bunjut atau kiub ayam Tapi haritu nampakla dekat twitter dia pakai sup siam untuk buat sup Selalu nampak je sup siam ni...
Tak Larat Nak Beratur Wanita Kongsi Cara Buat Aiskrim Ala Bubble Bee Yang Sedap Amp Jimat Poket

Tak Larat Nak Beratur Wanita Kongsi Cara Buat Aiskrim Ala Bubble Bee Yang Sedap Amp Jimat Poket

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 474 hits
Mungkin ramai yang dah lama teringin nak makan aiskrim boba honeycomb yang popular di cawangan Bubble Bee yang dibuka oleh artis terkenal Shuib Sehingga hari ini difahamkan setiap cawangannya sering penuh dengan pelanggan yang setia beratur...
Hiburan Bakal Jadi Usahawan Biskut Da I Syed Kongsi Gambar Ala Ala Chef Buat Peminat Tak Keruan

Hiburan Bakal Jadi Usahawan Biskut Da I Syed Kongsi Gambar Ala Ala Chef Buat Peminat Tak Keruan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 291 hits
Belum selesai kes perbicaraan membabitkan salah laku seksual membabitkan beberapa orang wanita pendakwah selebriti Da i Syed khabarnya bakal menceburkan diri dalam perniagaan menjual biskut View this post on InstagramAdvertisementPerkara it...
Rayakan Ultah Pernikahan Ke 2 Tampilan Syahrini Bikin Pangling Dengan Dandanan Ala Geisha

Rayakan Ultah Pernikahan Ke 2 Tampilan Syahrini Bikin Pangling Dengan Dandanan Ala Geisha

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 345 hits
Dari photoshoot unik hingga dinner mewah bersama aktor ternama Jepang begini cara Syahrini dan Reino Barack merayakan hari jadi pernikahan mereka
Telur Goreng Kicap Pedas

Telur Goreng Kicap Pedas

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 499 hits
Telur Goreng Kicap Pedas Assalamualaikum Dah lama tak kongsi koleksi masakan daripada dapurcikash dekat blog ini Bab memasak dah rutin harian Cik Ash dekat dapur kadang tu kalau masak rajin mesti ambil gambar kalau malas tak adanya gambar h...
Hari Malaysia Sara One Off

Find Cure For Bersatu S Chronic Illness Muhyiddin S Ex Aide Says

Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Kulit Telur Baik Untuk Tanaman Berkesan Atau Tidak

Bersatu Ada Penyakit Kronik Dakwa Mantan Setiausaha Presiden

Kampung Sungai Baru Committee Chairman Claims Umbilical Cord Was Buried There Netizens Demand Prove Among Other Things


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Cinta Indah Antara Zulaikha Dan Nabi Yusuf As

Ayam Goreng Abah

Beli Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe By Grab Food Delivery

Soul Monologue Silent Time

11 Rekomendasi Tempat Wisata Di Taipei Yang Wajib Dikunjungi Turis

How To Make Tofu At Home Easy Homemade Tofu Recipe