Deco Room Ubahsuai Ruang Tidur Ala Bohomian


Sebenarnya lama dah nak deco bilik tapi banyak kali tertangguh sampailah hari tu bilik zaza diserang sejenis makhluk perosak Kamitetep. Tak sure berpunca dari apa dan serangga tu pun pertama kali zaza tengok. Jadi zaza buatlah pembersihan bilik. Dua tiga hari juga nak bersihkan bilik seorang diri.Dah alang-alang bersihkan bilik, terus lah zaza nak ubahsuai dan deco mengikut konsep yang zaza nak, ala bohomian tapi bajet punya.
Memandangkan bilik zaza dah memang warna putih, so zaza just ubah bahagian katil dan ruang tepi tingkap. 
Sebenarnya ubahsuai bilik ni tak siap sepenuhnya lagi sebab ada lagi sudut lain yang masih zaza tercari-cari nak deco macam mana. Susah betul nak pilih hiasan yang berkenan.
Untuk kali ni zaza just share ruang tidur dengan bahagian tepi tingkap dulu.
Sumber Foto Idea : Pinterest
Ini gambar semasa zaza buat pembersihan bilik. Tilam, almari, rak pakaian semua zaza keluarkan dulu dari bilik. Asalnya lantai tu zaza letak tikar kayu dengan carpet. so zaza buka dan tinggallah tikar asal yang berkopak-kopak tu.
Memang jenuhlah kemas dan punggah barang semua. Mana yang tak elok zaza buang dan bakar. Setiap penjuru lantai zaza sembur dengan penyembur racun. Dah lama sikit baru zaza sembur pula dengan penyembur Natucare Fabrik sebab nak elak dari hama dan serangga kamitetep tu

Lepas dah punggah semua, zaza sapu lantai. Sedut segala habuk dan mop. Memang penat gila..

Gambar kerja-kerja pembersihan
Selepas dah selesai mop semua tu, zaza buat pemasangan tikar getah baru. Beli kat Shopee je..untuk bilik zaza ni sebenarnya memerlukan 11 meter panjang tikar getah. Tapi zaza tak ukur..main bedal je beli 10 meter ( agak-agak je masa tu ). So sudut last dekat dengan pintu tak cukup..lagi setengah meter je.. tapi nasib ada wallpaper so zaza alas dengan wallpaper je la sementara ( tak tunjuk sudut ni sebab penuh dengan pakaian yang berserabut, belum kemas hehe )
Selepas siap pasang tikar getah
So next, sampai pula selimut baldu ( flannel velve plush throw blanket ). Memang lembut gilaaaa. Mulanya zaza nak cari warna yang seakan warna mustard yellow macam isi durian tu tapi dah berhari-hari zaza cuba cari tak jumpa..akhirnya zaza decide beli selimut baldu warna dekat gambar bawah ni. Selimut baldu ni RM23 je

Cadar putih tu pula yang IKEA juga zaza beli dekat Shopee dalam RM70+ sekali dua sarung bantal

Selimut baldu
Dah siap cantikkan katil, Drawer ala IKEA pun sampai. Ramai kan suka dengan drawer putih ni. Serius zaza cakap memang cantik sangat. Berkualiti. Drawer 4 tingkat ni zaza beli kat Shopee juga

Harga zaza beli RM 156.60 termasuk kos penghantaran dan tolak coin. Drawer ni memang kena pasang sendiri okay.. 



Mulanya memang pening. Oh ya, selepas beli drawer ni, memang kena chat seller untuk minta video tutorial cara pasang. Mula-mula rasa macam payah dan tak faham, tapi dah step 2 dan seterusnya barulah faham dan mudah nak pasang

5 jam jugalah zaza nak sudahkan pasang drawer ni..sebabnya zaza ada juga stop kejap-kejap berehat dan sempat lagi pergi makan haha

Tangan memang sakit jugalah pulas-pulas skru driver masa nak pasang skru tu. Untuk pemasangan drawer ni, zaza guna skru driver dan tukul je. Tak guna drill sebab tak ada. kalau ada lagi cepat kot siap

Budak sekor ni pun sibuk je mengacau hehe.

Dah siap pasang drawer, so zaza pun buatlah susunan dan hasilnyaaa.


Ruang dinding masih lagi kosong. Cadangnya zaza nak letak frame dan sedikit deco-deco daun atau pokok yang gantung-gantung tu..masih mencari dekat shopee mana yang berkenan

Oh ya, kalau tengok gambar ilham dari pinterest tu, ada nampak kayu hiasan macam tangga tu kan? So zaza pun cari kat shopee dan terjumpa yang murah gilaaaa

Ladder wood

Zaza beli RM28.50 je. Kenapa murah? Biasa kayu Ladder Wood saiz besar macam ni harga RM70-RM100+ kan

Okay sebab kayu ni dia guna kayu recycle. Tapi walaupun recycle, kayu dia memang lawaaa..Sampai pun dalam keadaan pembungkusan yang baik dan kayu ok

Untuk Ladder Wood check out dekat seller :  https://shp.ee/8ck3xjpUntuk Drawer 4 Tier check out dekat seller : https://shp.ee/y775fnj
Ada 3 lagi sudut yang belum zaza deco. Sudut pakaian, sudut meja komputer dan sudut yang ada cermin ootd dekat gambar atas tadi tu..Insyaallah kalau dah siap yang tu nanti zaza share ok. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2021/02/deco-room-ubahsuai-ruang-tidur-ala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Udon Goreng Ala Hokkien

Udon Goreng Ala Hokkien

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 497 hits
Sejak dua menjak ni Kjee macam allergik dengan Mi Kuning Kalau makan mesti sakit perut Apatah lagi kalau tak dapat beli Mi Kuning buatan orang kita Mi Kuning lain terlalu banyak boric acid Sampai kuat bau ammonia Dek kerana tekak teringin s...
Buka Puasa Makan Ayam Goreng Ala Kfc

Buka Puasa Makan Ayam Goreng Ala Kfc

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 317 hits
Bismillahhirrahmannirrahim Berhenti kereta tepi jalan untuk ambil gambar Bestari Crispy Fried Chicken Coating Mix untuk confirm beli tepung salut ayam goreng yang betul untuk goreng ayam ala KFC buat buka puasa petang tadi Gambar tu send ke...
Rayakan Ultah Pernikahan Ke 2 Tampilan Syahrini Bikin Pangling Dengan Dandanan Ala Geisha

Rayakan Ultah Pernikahan Ke 2 Tampilan Syahrini Bikin Pangling Dengan Dandanan Ala Geisha

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 323 hits
Dari photoshoot unik hingga dinner mewah bersama aktor ternama Jepang begini cara Syahrini dan Reino Barack merayakan hari jadi pernikahan mereka
Hiburan Bakal Jadi Usahawan Biskut Da I Syed Kongsi Gambar Ala Ala Chef Buat Peminat Tak Keruan

Hiburan Bakal Jadi Usahawan Biskut Da I Syed Kongsi Gambar Ala Ala Chef Buat Peminat Tak Keruan

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 269 hits
Belum selesai kes perbicaraan membabitkan salah laku seksual membabitkan beberapa orang wanita pendakwah selebriti Da i Syed khabarnya bakal menceburkan diri dalam perniagaan menjual biskut View this post on InstagramAdvertisementPerkara it...
Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap Hanya Tuang Sup Siam Adabi Je

Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap Hanya Tuang Sup Siam Adabi Je

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 499 hits
hai assalammualaikum Sup Ayam Ala Thai Mudah Dan Sedap Hanya Tuang Sup Siam Adabi Sahaja Selalunya buat sup nad guna sup bunjut atau kiub ayam Tapi haritu nampakla dekat twitter dia pakai sup siam untuk buat sup Selalu nampak je sup siam ni...
10 Trik Ootd Agar Terlihat Jenjang Ala Kpop Idol

10 Trik Ootd Agar Terlihat Jenjang Ala Kpop Idol

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 288 hits
Semua orang mendambakan hasil foto yang bagus untuk dibagikan ke dunia maya Kan sebal ketika ingin berfoto terlihat bagus ternyata badan kita terlihat bantet dan kecil Berikut 10 tips OOTD agar This is a content summary only Visit my websit...
Lelaki Ini Cuak Bangun Tidur Ada Perempuan Dalam Bilik First Day Jadi Suami Sampai Lupa Dah Kahwin

Lelaki Ini Cuak Bangun Tidur Ada Perempuan Dalam Bilik First Day Jadi Suami Sampai Lupa Dah Kahwin

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 257 hits
Tiada kata yang diucap untuk menggambarkan kegembiraan apabila sudah sah menjadi suami isteri Manakan tidak hubungan cinta yang selama ini terjalin telah disatukan dalam satu akad yang suci Pastinya ini merupakan saat yang paling bermakna u...
Dia Hanya Ada Rm12 Saja Wanita Diusir Dari Bilik Sewa Tidur Di Koridor Flat

Dia Hanya Ada Rm12 Saja Wanita Diusir Dari Bilik Sewa Tidur Di Koridor Flat

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 416 hits
Dia hanya ada RM12 saja Wanita diusir dari bilik sewa tidur di koridor flatKuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang berkongsi mengenai seorang wanita yang mengalami masalah di mana dia diusir keluar dari bilik sewa ...
Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

Jangan Rimas Anak Nak Tidur Suka Cari Jari Telinga Rambut Ibu Itu Ibarat Penenangnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 449 hits
Semestinya ibu ibu ada pengalaman ni kan Anak nak tidur mesti nak kita ada sebelahnya Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk kain hisap jari gentel baju gosok telinga dan macam macam lagi Istimewanya juga anak kita ni bukan itu saja yan...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap

Tabung Emosi Aku Penuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord