Udang Sambal Petai Yang Banyak Petai
Assalamualaikum..
HERO yang digandingkan dengan Kacang Buncis Goreng Bersama Hati semalam, Udang Sambal Petai yang banyak petai, hahaha. Puas makan petai. Alkisahnya merata Pak Inche cari petai dari kedai runcit hingga ke pasar malam. Kedai runcit yang dia pergi tu, berjanji stok petai akan sampai petang. Jadi, petang tu, Pak Inche pergi lagi kedai setelah gagal mencari di pasar malam. Nampak aje muka Pak Inche, terus tauke kedai tersengih dan menunjukkan petai siap berkopek berbungkus-bungkus dalam peti sejuk. Geram punya pasal, terus Pak Inche ambil dua bungkus, lepas tu dia pesan yang sebungkus tu masukkan aje semua.
Sk pulak memang dah siap menumis sambalnya, tinggal menunggu petai. Sk cadang, cuma akan masukkan udang, asam, garam dan gula bila petainya sampai. Tengok petainya masih segar, terus cuci, tak dan dah nak belah dua.. sebenarnya malas, dah remaja purba ni penat nak bersilat lama-lama kat dapur. Mujur cili kisar memang dah ada dalam peti sejuk baru tu.. hahahah.
Udang Sambal Petai
1/2 kilo udang saiz sedang, bersihkan1 mangkuk kecil petai5 sudu besar cili kisar halus1/2" halia dikisar halus1 bawang besar dikisar halus1 sudu kecil pes asam jawa adabi1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa2 sudu besar gula sedikit airSedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam periuk atau kuali, masukkan semua bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Jika terlalu kering, tambah air sedikit
2. Teruskan menumis sehingga tumisan cantik dan sebati, kemudian masukkan pes asam jawa, garam dan gula.. kacau sebati.. tambah air jika perlu
3. Masukkan udang dan petai, biar udang masak lebih kurang 5 - 8 minit sahaja. Udang jangan dimasak lama nanti menjadi keras isinya
4. Tutup api dan bolehlah dihidangkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/01/udang-sambal-petai-yang-banyak-petai.html