Udang Kamheong And Cerita Pasal Gemok
Assalamualaikum..
Harini bukak puasa apa tu nkorang? I jarang benar makan nasi and masak lauk-pauk untuk bulan puasa ni sebab Sazli tak makan nasi. Rasanya dah banyak kali bagitau sure korang pon dah naik hafal hahaha. Wei, serious I dah takde idea nak update apa dalam blog ni. Hari-hari cerita pasal makan je. Korang tak boring ke? Lepas tu kan, I pon confident berat tak naik, sekali timbang dengan penimbang baru (Beli kat Shoppee) terus rasa nak pitam. Tak naik berat konon sepanjang CMO. Pui! But gemok boleh je kurus, yang penting determination and takde yang mustahil cumanya dah kalau Chocolate Chips Khairul Aming sekali hadap 6 keping sebesar penampar kokodai so celah mana yang nak dietnya kan? Secara rasminya harini N0 Sugar back to Day 1. Hari-hari pon InsyaAllah dia akan sentiasa Day-1. I dengan Mira and Intan ada Group Kurus. Konsep dia hari-hari kena update makan apa lepas tu sapa yang makan sedap dia akan kena kecam or sapa yang makan sedap tapi tak ajak pon dia akan kena kecam. Nampak kan macam mana seriousnya group Intan, Mira and I ni journey to weight lost? Hahahahahaha.
Takperlah slowly. Nak target kurus sempena Hari Raya dah tinggal seminggu. Nak turun 3kg dalam masa seminggu rasa macam tak logik so I target nak lose weight sebelum masuk kerja totally bulan June nanti je. Yang tu tampak lebih realistic. Si Intan selamba letak nak turun 5kg dalam masa seminggu. Kemain. Tengok makan kusssss semangat. Lepas makan Lasagna boleh lagi makan Nasi 2-3 suap. Lepas tu munch lagi Kerepek, Rempeyek semua. Hahahahahha so celah mana yang nak turun 5kg Intan? Anyways...
Kamheong Udang. Favorite Sazli dengan Shein. Resepi dia google je. Memang sedap.
Telur Dadar Kentang. I goreng dulu kentang sampai garing, then masukkan bawang besar. Perasakan dengan garam lepas tu baru masukkan telur. Sedap!
A good combo.
Kat rumah I ni, telur memang sesarang tu tahan dalam 10 hari je kot? Si Shein sekali makan kalau Scramble Egg tu 2 biji terus. Asalkan namanya telur, semua Shein becinta. Scramble, Fried, Boiled semua pon dia suka. Dah ada Ayam, Ikan still nak telur jugak. Roti + Scramble Egg pon dia suka jugak. Telur ambik size AA baru best. Buat cake pon menjadi elok maybe sebab size dia. Goreng pon kalau makan puas sebab besar. Duluuuu I pernah beli telur yang yolk dia ada 2 biji. Nowaday macam dah takde jumpa. OKlah For all selamat berpuasa. Kalau gemok, jangah stressed OK. Gemok boleh kurus. Takpe. Jangan give up. We can do this together. Hi 5
-eNd-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surayasulatin.blogspot.com/2020/05/udang-kamheong-and-cerita-pasal-gemok.html