Ucapan Zahid Di Himpunan Mic Tarik Perhatian Ramai


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 12, 2022 11:47 AM
Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas dia secara terbuka berkata, kepemimpinan parti kompenan BN itu akan menghadapi perbicaraan jenayah sekiranya mereka tewas lagi dalam pilihan raya umum (PRU)

Bercakap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 pada Isnin lalu, Ahmad Zahid mendakwa, bagi mengelakkan hal itu berlaku dia 'mewajibkan' BN untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-15 nanti.

Kata ahli parlimen Bagan Datuk itu lagi, BN perlu menjadi dominan dalam kerajaan selepas ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan PRU akan datang - yang belum ditetapkan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya - adalah 'ibu' segala PRU di negara ini.

"Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU ke-14.

"Bukan saya saja kena dakwa (di mahkamah), Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa... kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC) dan menteri sumber manusia sementara).

"(Presiden MCA dan menteri pengangkutan sementara Wee) Ka Siong? Mereka tidak akan melupakan kamu. Kamu juga akan didakwa. (Menteri pertahanan sementara) Hisham (Hishammuddin Hussein) jangan senyum.

“Bagi mengelakkan (perkara) ini, kita wajib menang dengan dominan di dalam PRU ke-15 ini saudara dan saudari,” kata Zahid dengan bersemangat.

Klip sedutan ucapan tersebut kini tular di media sosial.

Mengulas ucapan Ahmad Zahid, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, menyifatkan kenyataan presiden Umno terbabit sebagai pengakuan "sangat jujur" bahawa kepimpinan BN mahukan pilihan raya segera diadakan bagi menyelamatkan "kluster mahkamah".

“Selepas ucapan Zahid yang sangat jujur dan kejam di Perhimpunan Agung MIC, BN tidak perlu ada manifesto lain untuk pilihan raya akan datang sebaliknya hanya satu iaitu bebaskan kluster mahkamah Umno dan BN daripada didakwa di mahkamah dan dihantar ke penjara!” kata Lim , dalam satu kenyataan.

Sementara itu, penyandang ahli parlimen Klang Charles Santiago pula mendakwa desakan Ahmad Zahid untuk mengadakan PRU dalam tempoh terdekat adalah bagi memulihkan reputasi pemimpin Umno itu sendiri.

“Kita telah melihat demokrasi dikepung di Asia Tenggara kerana persaingan geopolitik yang sengit, ketidakupayaan untuk mencapai peralihan kuasa yang lancar dan sudah tentu rasuah menjadi perkara biasa," katanya.

Tambah ahli parlimen DAP itu, percaturan Ahmad Zahid kini mengambil alih keadaan, bermula dengan mengetepikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri, dan kini meletakkan Ismail Sabri Yaakob dalam keadaa tidak ada pilihan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/ucapan-zahid-di-himpunan-mic-tarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selari Dengan Amaran Zahid Hamidi Di Himpunan Mic Membebaskan Najib Sepatutnya Jadi Manifesto Utama Bn

Selari Dengan Amaran Zahid Hamidi Di Himpunan Mic Membebaskan Najib Sepatutnya Jadi Manifesto Utama Bn

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 296 hits
Walaupun berada di penjara dan berstatus banduan UMNO Bahagian Pekan dilaporkan masih meletakkan nama Najib Razak sebagai calon dalam PRU15 akan datang Najib disenaraikan bersama empat yang lain untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan Kep...
Ucapan Zahid Di Majlis Mic Dedah Kewujudan Kluster Mahkamah Bn

Ucapan Zahid Di Majlis Mic Dedah Kewujudan Kluster Mahkamah Bn

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 376 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ucapannya pada majlis MIC Isnin lalu diputar belit Kenyataan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan ucapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah bukti bahawa Presiden UMNO...
Tak Popular Bak Naskhah Netflix Lain Kenapa Glitch Gagal Tarik Perhatian Penonton

Tak Popular Bak Naskhah Netflix Lain Kenapa Glitch Gagal Tarik Perhatian Penonton

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 283 hits
Adakah Netflix silap mempertaruhkan drama fantasi Glitch di laman penstrimannya ARTIKEL BERKAITAN Glitch membawa kisah seorang wanita yang bekerjasama dengan seorang pencinta UFO untuk menyelongkar misteri di sebalik kehilangan teman lelaki...
Kit Siang Claims Even Perlis Mufti Was Stunned Over Zahid S Speech At Mic Assembly

Kit Siang Claims Even Perlis Mufti Was Stunned Over Zahid S Speech At Mic Assembly

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 337 hits
DAP stalwart Lim Kit Siang claimed that even the Perlis Mufti was stunned that Umno and Barisan Nasional s objective in the 15th General Election was to make Malaysia a corruption haven NSTP file picKUALA LUMPUR Perlis Mufti Datuk Dr Mohd A...
Zahid Accuses Opponents Of Spinning His Mic Speech

Zahid Accuses Opponents Of Spinning His Mic Speech

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 377 hits
BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi said his speech at the recent MIC delegates assembly has been spun by his opponents Referring to a video excerpt of his speech he pointed out he made clear in the speech that he was talking about political ...
Zahid S Mic Speech Frightening Signals Being Sent

Zahid S Mic Speech Frightening Signals Being Sent

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 324 hits
The video clip which came via a WhatsApp chat group on Tuesday was initially met with scepticism Why would a top politician implicate other leaders by making such accusations Could it be one of the many fake videos on social media Could som...
Zahid Dakwa Ucapan Diputar Belit Musuh Bn

Zahid Dakwa Ucapan Diputar Belit Musuh Bn

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 351 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 13 2022 9 57 AMPengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyalahkan musuh politik gabungan itu sebagai punca ucapannya diputar belit untuk mengelirukan orang ramai Kata Ahmad Zahid ucapan yang disampaikannya di perhim...
Nak Jugak Tarik Perhatian Jessi Beri Peluang Peminat Sentuh Dadanya Ketika Konsert

Nak Jugak Tarik Perhatian Jessi Beri Peluang Peminat Sentuh Dadanya Ketika Konsert

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 400 hits
Apa pun yang dilakukan Jessi sentiasa meletakkan peminat sebagai tonggak utamanya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penyanyi solo itu sedang menjelajah serata Eropah bagi berjumpa dengan peminat dengan konsert solo pertamanya Baru sahaja selesai me...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Get The Best Experience While Playing Hoki22 Login Online Slots

Mtv Tamat Operasi Selepas 40 Tahun Berakhir Satu Era

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid