Ucapan Tun M Mesej Untuk Umno


BERITA»PolitikAhad, 30 Disember 2018 | 12:15amOleh Wartawan NSTP
[email protected]

TIMBALAN Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) mengiringi Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kali Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di PICC. - Foto AHMAD IRHAM MOHD NOOR

PUTRAJAYA:  Ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Kali Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mesej penting bagi menjelaskan apa yang perlu difahami orang UMNO.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata Perdana Menteri menyatakan dengan jelas bahawa BERSATU kini mengambil alih peranan yang dimainkan UMNO.

"Kami dulu pun dari kilang UMNO juga dan apabila kita berpegang kepada alif, ba, ta iaitu agama, bangsa dan tanah air, kemudian dikhianati oleh UMNO itu sendiri.

"Apabila BERSATU melalui ucapan dasar Pengerusi mengambil alih peranan itu, kita rasa secara automatik ahli UMNO sepatutnya melihat BERSATU sebagai wadah perjuangan baharu yang mengambil alih peranan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Pengerusi BERSATU pada PAT Kali Kedua BERSATU di sini, malam ini.

Dr Mahathir dalam ucapannya menjelaskan jika bekas ahli UMNO diterima masuk dalam BERSATU, mereka tidak dibenarkan memegang jawatan dalam parti sehingga PRU-15.

Sementara itu, Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun, berkata gesaan dibuat Dr Mahathir berhubung kepentingan keusahawanan dalam kalangan wanita adalah selari dengan perjuangan dan fokus Srikandi selama ini khususnya dalam meningkatkan penguasaan wanita dalam perniagaan.

"Kami sangat nanti-nantikan ucapan Tun ini," katanya.

Dr Mahathir dalam ucapan dasarnya turut berkata, kerajaan akan menambah modal, peluang, lesen dan kontrak kepada kaum wanita di kampung termasuk memperbesarkan peranan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Abdul Rahman, berkata ucapan Dr Mahathir bukan saja memberi harapan baharu kepada orang Melayu tetapi turut mengulas beberapa isu dasar.

“Antaranya mengenai pemerkasaan AIM sebagai jalan memperkasakan wanita serta rancangan untuk memastikan lebih banyak anak muda mendapat peluang pekerjaan yang bagus seperti latihan yang secukupnya dan akhirnya kekosongan peluang pekerjaan dapat diisi dengan baik," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, mesej disampaikan Dr Mahathir Mohamad tidak berbaur perkauman.

Akramsyah berkata, mesej mengenai perjuangan parti itu untuk memastikan orang Melayu dan Bumiputera berjaya, adalah bersandarkan pada realiti ketidakseimbangan agihan ekonomi di negara ini.

"Kita perlu tumpu realiti dan ketengahkan isu sebenar, iaitu orang Melayu masih miskin dan terkebelakang daripada segi ekonomi.

"Kalau dikatakan populasi orang Melayu di Malaysia ketika ini adalah 60 hingga 70 peratus, nilai ekonomi negara seharusnya 60 hingga 70 peratus berada pada orang Melayu dan Bumiputera, tapi ia tidak berlaku.

"Realitinya kita tahu ketidakseimbangan daripada agihan ekonomi ini membawa perasaan tidak selamat kepada orang Melayu," katanya.

Pengerusi BERSATU Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata ucapan Dr Mahathir ikhlas dan berterus terang untuk mengajak kaum Melayu menjadi kaum yang berjaya dan dihormati.

"Melayu perlu berhenti daripada menuding jari kepada mana-mana pihak selain daripada melihat kelemahan sendiri dan berusaha memperbaiki segala kelemahan," katanya.

Bekas ahli UMNO yang juga ahli baru BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Dr Mahathir berpesan kepada ahli BERSATU supaya tidak risau mengenai kemasukan bekas ahli UMNO dalam parti berkenaan.

"Saya harap mereka (ahli BERSATU) tiada tanggapan salah mengenai kemasukan itu kerana kami tidak inginkan jawatan dan pangkat.

"Saya juga bersedia memberi nasihat dan berkongsi pengalaman dengan ahli BERSATU dan bukannya sebagai saingan kepada mereka. Saya jelaskan saya adalah ahli biasa dalam parti ini," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/ucapan-tun-m-mesej-untuk-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Khas Pengerusi Bersatu Yab Tun Dr Mahathir Di Persidangan Armada

Ucapan Khas Pengerusi Bersatu Yab Tun Dr Mahathir Di Persidangan Armada

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 376 hits
Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA Yang Pertama Sesi Ucapan Khas Pengerusi Bersatu YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Terkini Mengejutkan Ini Penjelasan Isu Sepucuk Surat Dari 36 Mp Umno Pada Tun Mahathir

Terkini Mengejutkan Ini Penjelasan Isu Sepucuk Surat Dari 36 Mp Umno Pada Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 419 hits
Terkini Mengejutkan Ini Penjelasan Isu Sepucuk Surat Dari 36 Mp Umno Pada Tun Mahathir
Pat 2018 Umno Sudah Hancur Tun M Yakin Bersatu Dapat Perjuang Nasib Bumiputera

Pat 2018 Umno Sudah Hancur Tun M Yakin Bersatu Dapat Perjuang Nasib Bumiputera

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 523 hits
DR MAHATHIR UMNO sudah hancur dihancurkan oleh pemimpin yang tamak dan anggap manusia boleh dibeli dengan duit BernamaPUTRAJAYA Harapan sesetengah pemimpin UMNO untuk bergabung dengan parti lain bagi mendapatkan bilang kerusi secukupnya unt...
Tun Semua Ahli Parlimen Umno Adalah Penyokong Kuat Najib

Tun Semua Ahli Parlimen Umno Adalah Penyokong Kuat Najib

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 576 hits
Menurut kata Tun Mahathir Mohamad permohonan bekas pemimpin UMNO khususnya Ahli Parlimen untuk menyertai Bersatu akan diteliti dan disaring dengan ketat sebelum penyertaan mereka dapat diterima Katanya Bersatu hanya mengalu alukan kemasukan...
Puteri Umno Sifatkan Keputusan Zahid Untuk Berehat Sebagai Kemenangan Besar Buat Tun M

Puteri Umno Sifatkan Keputusan Zahid Untuk Berehat Sebagai Kemenangan Besar Buat Tun M

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 229 hits
IPOH Puteri Umno Bahagian Bagan Datuk menyifatkan keputusan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berehat seolah olah kemenangan besar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ketuanya Nordiana Suhaileen Azmi berkata us...
Apakah Pandangan Dan Pendekatan Tun Terhadap Umno Yang Sudah Beralih Pucuk Pimpinan

Apakah Pandangan Dan Pendekatan Tun Terhadap Umno Yang Sudah Beralih Pucuk Pimpinan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 297 hits
Apakah ada usaha positif sedang dilakukan oleh kedua pihak supaya yang kalah tidak kalah semua dan yang menang tidak menang semua Sudah tentu sesuatu jika itu baik untuk Melayu dan Islam kena sokong BERSATU dan UMNO mempunyai ideologi perju...
Tun M Tersasul Panggil Perwakilan Bersatu Sebagai Ahli Umno

Tun M Tersasul Panggil Perwakilan Bersatu Sebagai Ahli Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 324 hits
Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya hari ini gamat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul memanggil perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebagai ahli Umno Insiden mencuit hati itu berlaku ketika Peng...
Tun Janganlah Dimatikan Umno Ini

Tun Janganlah Dimatikan Umno Ini

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 330 hits
Sejak awal lagi Tun Mahathir Mohamad dilihat bukan sekadar mahu mengalahkan UMNO dalam pilihanraya malah ingin menjadikan Bersatu sebagai pengganti kepada parti Melayu itu Selain dalam kempen kempen sebelum PRU14 beliau selalu mengatakan UM...
Kerajaan Campuran Umno Ph Mimpi Mat Jenin Tun M

Kerajaan Campuran Umno Ph Mimpi Mat Jenin Tun M

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 295 hits
Kerajaan campuran Umno PH mimpi Mat Jenin Tun MPosted By on December 30 2018Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan yang diidamkan Umno bagi kembali mengambil alih pentadbiran negara hanyalah mimpi Mat Jenin Ada yang masih ...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal