Bn Menang Besar Di Lima Pdm Orang Asli


 Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang besar di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Orang Asli. Terdapat lima PDM Orang Asli daripada 20 PDM keseluruhan dalam DUN Nenggiri.
 

Keputusan PDM Tohoi, BN mendapat majoriti 302 undi apabila mendapat 330 undi berbanding Pas 25 undi. PDM Sungai Puian, BN (305) dan Pas 5 yang memberi majoriti 300 kepada BN.
 

PDM Sungai Jenera, BN 440 mengatasi Pas sekadar mendapat 88 undi, dengan majoriti 352 undi. BN terus mencatat kemenangan besar dengan majoriti 307 undi di PDM Simpor apabila mendapat 325 undi berbanding Pas 18 undi. Manakala di PDM Sungai Wias, BN mendapat majoriti 260 undi apabila mendapat 298 undi berbanding 38 undi diperoleh Pas.
BN menamakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan Mohd Rizwadi Ismail, 41, yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Calon PN menggunakan logo Pas.
Untuk keputusan keseluruhan, Azmawi menang dengan memperoleh 9091 undi menewaskan  Rizwadi yang meraih 5739 undi, sekali gus menawan semula kerusi itu yang terlepas pada PRN lalu. Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, jam 9.35 malam ini.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang yang mesra dengan panggilan Awie menang dengan majoriti 3,352 undi.
Keputusan rasmi itu diperoleh selepas kiraan semua 46 saluran peti undi di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan sebanyak 135 kertas undi ditolak.
Berdasarkan keputusan kiraan, BN memenangi 17 daripada 20 pusat daerah mengundi (PDM), manakala PN pula hanya menguasai tiga PDM.

DUN Nenggiri ialah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Gua Musang, berkeluasan 235,300 hektar atau hampir dua kali ganda keluasan Melaka.
 

Berdasarkan statistik SPR, daripada 20,259 pengundi berdaftar, 14 anggota polis telah mengundi secara pos yang menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka, manakala secara keseluruhan sebanyak 43 kertas undi pos telah dikeluarkan pada 5 Ogos lalu kepada individu yang berhak.
 

Bagi membantu melancarkan proses pengundian, seramai 431 petugas SPR, dan seramai 995 anggota polis bertugas.
 

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas setelah bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
 

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menewaskan calon BN Ab Aziz Yussof dengan majoriti 810 undi.
 

Ini ialah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); PRK DUN Simpang Jeram dan PRK Parlimen Pulai (Johor); PRK DUN Pelangai (Pahang); PRK DUN Jepak (Sarawak); PRK Parlimen Kemaman (Terengganu), PRK DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan PRK DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2024/08/dun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Nenggiri Bn Menang Besar

Prk Dun Nenggiri Bn Menang Besar

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 114 hits
Daripada jumlah itu 17 PDM dimenangi Barisan Nasional menerusi calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani manakala tiga PDM dimenangi PAS Semua 20 pusat daerah mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri jam 8 12 malam tadi Darip...
Bn Menang Besar Di Nenggiri Raih Majoriti 3 372 Undi

Bn Menang Besar Di Nenggiri Raih Majoriti 3 372 Undi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 85 hits
HarapandailyBarisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri hari ini Calon Barisan Nasional Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan menewaskan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mewakili Pe...
Ak Rasmi Bn Menang Di Empat Pdm Kata Asyraf Wajdi

Ak Rasmi Bn Menang Di Empat Pdm Kata Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 80 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 17 2024 4 23 PMBN menang PN di empat pusat daerah mengundi berdasarkan kiraan tidak rasmi kata Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki Asyraf pada hantaran di media sosial berkata BN menang di PDM Sungai Pu...
Lima Mayat Dipenuhi Kesan Peluru Tergantung Pada Tiang Elektrik

Lima Mayat Dipenuhi Kesan Peluru Tergantung Pada Tiang Elektrik

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 56 hits
AFPIslamabad Mayat lima orang yang dipenuhi kesan peluru ditemukan tergantung pada tiang elektrik di Balochistan pada Jumaat kata pegawai kerajaan Mayat ditemukan awal pagi berhampiran sebuah kolej di bandar Dalbandin di Balochistan di mana...
Petaka Karnaval Hut Ri Di Pemalang Lima Warga Berkostum Shaun The Sheep Terbakar

Petaka Karnaval Hut Ri Di Pemalang Lima Warga Berkostum Shaun The Sheep Terbakar

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 86 hits
Akibat kejadian tersebut mengakibatkan para korban mengalami luka bakar sekitar 37 sampai 54 persen
Pemimpin Pn Ke Doha Qatar Pembohong Besar

Pemimpin Pn Ke Doha Qatar Pembohong Besar

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 236 hits
1 Pemimpin PN kunjungi pejabat Kesatuan Ulama SeduniaKUALA LUMPUR Pemimpin Perikatan Nasional mengambil kesempatan untuk turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kesatuan Ulama Sedunia di Doha Qatar Mereka dalam rangka lawatan kerja mew...
Erynne Erynna Umum Bercerai Ikatan Lima Tahun Perkahwinan Terlerai

Erynne Erynna Umum Bercerai Ikatan Lima Tahun Perkahwinan Terlerai

papar berkaitan - pada 11/8/2024 - jumlah : 63 hits
Pelakon Erynne Erynna umum bercerai dengan suami Afify Sazali selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga bersama Erynne berkongsi berita duka itu menerusi sebuah hantaran di platform Instagram hari ini Erynne Erynna umum bercerai Pemi...
Daftar Lima Orang Peraih Penghargaan Achmad Bakrie Xx Tahun 2024 Ada Ilmuwan Muda

Daftar Lima Orang Peraih Penghargaan Achmad Bakrie Xx Tahun 2024 Ada Ilmuwan Muda

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 70 hits
Lima orang putra putri Indonesia yang memiliki pencapaian serta karya inspiratif yang bermanfaat bagi tanah air bahkan dunia
Lahanat Lindungi Premis Pelacuran Timbalan Pengarah Bersama Lima Penguat Kuasa Pbt Didakwa Terima Rasuah Esok

Lahanat Lindungi Premis Pelacuran Timbalan Pengarah Bersama Lima Penguat Kuasa Pbt Didakwa Terima Rasuah Esok

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 100 hits
Safeek Affendy Razalisafeek bh com myKUALA LUMPUR Timbalan pengarah bersama lima pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan yang ditahan kerana disyaki melindungi premis premis pelacuran dan premis perniagaan menggunakan lesen ali...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Infinix Memperkenalkan Siri Tablet Pertama Xpad 4g Di Malaysia

Kl Bird Park

Welfare Future Prospects Of Rescued Children Discussed Dpm

Kesatuan Guru Minta Sistem Penilaian Tahun 6 Tingkatan 3 Dikekalkan

Bola Sepak Mssm 2024

Lirik Lagu Dusta Ukays