Ubi Kayu Rebus Di Chow Kit Kuala Lumpur


 hai assalammualaikum
Ubi Kayu Rebus Di Chow Kit Kuala Lumpur - Bukan senang nak cari ubi kayu rebus berdekatan rumah ni. Tanya suami, dia pun bukan tau sangat. Nama je orang KL, tapi banyak perkara dia pun tak tau sangat. almaklumla, dia pun pergi tempat yang dia biasa pergi je, tak hairan dengan tempat viral ke apa. Nad jela sorang yang teringin pergi bila nampak makanan viral ni, tapi tak semua kesampaian dapat pergi..huhuhu. 
Biasala, tekak, kadang teringin nak makan sesuatu. Nampak pulak video dekat tiktok ubi kayu rebus. Hah, macam tahu-tahu sahaja nad tengah teringin nak makan ubi kayu rebus. Mujurla nampak video dekat tiktok, ubi kayu rebus di Chow Kit Kuala Lumpur. Terus kongsi video tu dengan suami. Suami cakap ni dekat dengan Pasar Chow Kit, kalau nak pergi pagi-pagi, sebab dekat situ susah parking.

Ubi Kayu Rebus Di Chow Kit Kuala Lumpur
Cadangnya nak pergi hari Sabtu, waktu subuh, tapi kelaut dah, sampai ke pagi, sebabnya semalam ada event malam. Lepastu, pergi Ahad, pun sama ingat nak pergi lepas solat subuh, dalam pukul 7 pagi macam tu. Tapi anak-anak susah bangun pulak, jadi pergi pukul 8.30 pagi. Maka bergerakla ke Chow Kit Kuala Lumpur

Korang tau kan, hari Ahad ni ada laluan free kereta depan Sogo tu, maksudnya takda kereta lalu dekat situ, hanya boleh naik basikal dan berjalan kaki sahaja. Nad tau, tapi tak sangka dia tutip jalan sampai ada jalan yang sepatutnya cepat masuk dalam pasar Chow Kit tapi dia tutup. Ingat laluan yang free kereta sahaja, rupanya dah lain-lain jalan juga ditutup. Dari dekat jadi jauh nak pusing pergi Chow Kit. Almaklumla, nad tak pernah ke pasar Chow Kit ni, apatah lagi suami, sebab dia tau,dekat situ sesak

Memang mulut dia pun dah membebel je, sampai nad cakap, "dahla jom balik". Dia tetap cari jalan ke pasar Chow Ktit tu, sebab dia tau, isterinya ni, kalau tak dapat akan merajuk entah berapa hari..hahaha. Walaupun membebel tetap cari jalan sampai boleh masuk Pasar Chow Kit

Entah berapa pusing, akhirnya jumpa juga jalan tu. Tapi nad sahaja yang turun, suami pusing lagi satu round untuk ambil nad. Sebab takda parking. Sesak gila ye kawasan tu. Mungkin kalau pergi waktu time kerja, takda sesak macam ni. Tapi tu la, tekak nak juga kan..huhu


Suami turunkan nad dekat Stesen Minyak Shell, nad jalan sekejap je. Ubi kayu rebus ni depan bangunan Safuan Plaza, takda kedai pun hanya pakai motor sahaja

Masa nad sampai tak ramai orang, tapi lepas nad order, tiba ramai orang ye. Nak kena tunggu pulak ubi tu direbus dalam 10 minit. takpela, boleh je tunggu, sebab takda buat apa pun. Sambil tunggu sambil layan media sosial

Kira-kira macam takdala lama sangat, tiba-tiba je dah siap..hahaha. Ngam siap bungkus, siap suami round satu pasar, jumpa balik dekat stesen shell tu..hahaha

Makan la dekat warung mamak, dah keluar tu kan, sarapan dekat kedai jela

Jenis Ubi Kayu Rebus
Ubi kayu rebus ni ada saiz besar dan saiz kecil, Nad pilih ubi rebus kecik, beli dua bungkus, satu lagi letak sambal, satu lagi tak letak. Dua-dua ubi kayu rebus ni ada kelapa dengan gula, ala lupala gula apa dipanggil



Puas hati la rasanya, lembut, takda yang keras. Cicah dengan nyok dan gula pun sedap. Dahla penuh takda kedekut mana pun. ambil yang kecik pun dah kenyang

Sambal dia pun sedap, memang ngam sangat. 
So tak rasa menyesal, bersesak semua. Dah dapat makan ni, ok la..hahaa

Kalau dulu, dekat kampung banyakla pokok ubi kayu ni. senang je, cabut dan rebus. Dulu takda pulak teringin nak makan, sekarang bila susah cari nak pulak kan. Bayangkan, tanam dekat kampung pokok ubi kayu ni, mesti laku. Ubi kayu pun dah ramai permintaan agaknya

Korang nak cuba boleh je waze atau google maps ubi kayu rebus Chow Kit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/06/ubi-kayu-rebus-di-chow-kit-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2023 Ikon World Tour Take Off In Kuala Lumpur

2023 Ikon World Tour Take Off In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 303 hits
2023 iKON WORLD TOUR TAKE OFF IN KUALA LUMPUR Assalammualaikum semua Selepas kejayaan konsert iKon 2018 Continue Tour In Kuala Lumpur di Stadium Melawati Kini 2023 iKON World Tour Take Off in Kuala Lumpur bakal diadakan di Axiata Arena Keha...
Pengambilan Jawatan Kosong Mahkamah Kuala Lumpur Julai 2023

Pengambilan Jawatan Kosong Mahkamah Kuala Lumpur Julai 2023

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 240 hits
Pengambilan Jawatan Kosong Mahkamah Kuala Lumpur Julai 2023 Makluman terbaru Mahkamah Kuala Lumpur membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak...
Chiropractor Kuala Lumpur The Key To A Pain Free Life

Chiropractor Kuala Lumpur The Key To A Pain Free Life

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 289 hits
Chiropractor Kuala Lumpur The Key to a Pain Free Life Are you tired of living with chronic pain Do you feel like you ve tried every treatment under the sun but nothing seems to work If so it s time to consider chiropractic care Chiropractic...
Kemeriahan Malam Di Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

Kemeriahan Malam Di Jalan Raja Alang Kampung Baru Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 326 hits
Catatan kisah hari Jumaat malam Sabtu lalu Saya dan encik suami ke Jalan Raja Alang Kg Baru untuk makan malam dan melihat kehidupan malam di sini Pada bulan Mac lalu kami pernah mengunjungi di jalan ini Tapi tak perasan kedai apa yang ada d...
Equinix To Expand Digital Infrastructure Platform In Malaysia To Kuala Lumpur

Equinix To Expand Digital Infrastructure Platform In Malaysia To Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 185 hits
An additional investment of more than 100 million to help businesses capitalize on the country s digital transformation and economic growth As Malaysia continues to grow as a strategic regional hub for digital interconnection between busine...
Pm Tekad Perbaiki Suasana Perniaga Kecil Di Kuala Lumpur

Pm Tekad Perbaiki Suasana Perniaga Kecil Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 214 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini melawat ke tapak perniagaan kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali kawasan Chow Kit Beliau melawat untuk mengetahui situasi terkini para penjaja di kawasan yang dikenali sebag...
Kemenangan Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah

Kemenangan Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 170 hits
KUALA TERENGGANU Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membena...
Batal Kemenangan Kuala Terengganu Dakwaan Guna Wang Terbukti

Batal Kemenangan Kuala Terengganu Dakwaan Guna Wang Terbukti

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 296 hits
Pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum 15 bagi parlimen Kuala Terengganu semalam membuktikan bahawa dakwaan penggunaan wang oleh Perikatan Nasional ketika kempen PRU lalu mempunyai asas dan bukti Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Peneran...
Court Nullifies Pas Election Win In Kuala Terengganu

Court Nullifies Pas Election Win In Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 378 hits
The election court in Kuala Terengganu has nullified PAS member Ahmad Amzad Hashim s victory in Kuala Terengganu in the 15th general election High Court judge Mohd Firuz Jaffril this afternoon allowed the by BN s candidate for the constitue...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

What A Coincidence


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights