Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama


Sehingga kini, tidak jelas punca sebenar yang menyebabkan penyakit ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berjangkit, tetapi ianya adalah satu masalah alahan yang diwarisi dan juga bersangkut paut dengan sistem imun badan bayi yang kurang matang.
Selain itu, ekzema mungkin berpunca dari tindakbalas alahan terhadap makanan, bahan pencuci yang mendatangkan alahan kepada seseorang. Tapi betul ke sesetengah makanan atau produk memberikan kesan kepada semua pengidap? Atau hanya kepada individu sahaja?

Fakta vs mitos yang anda perlu tahu
1. Produk Tenusu
Mitos – Produk tenusu itu mencetuskan ekzema
Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada susu lembu. Walaubagaimanpun, produk tenusu seperti yogurt mengandungi bakteria sihat yang dikenali sebagai probiotik sebaliknya mungkin boleh membantu. Penyelidik di Universiti Michigan mengesyorkan probiotik sebagai sumber yang berguna untuk mengurangkan gejala-gejala ekzema.

 
Memandangkan anak-anak berekzema mungkin mempunyai intolerans makanan atau alahan, probiotik boleh membantu kerana ia menggalakkan fungsi pencernaan. Gabungkan yogurt atau lain-lain produk tenusu kultur secara tetap untuk hasil yang terbaik. Makanan tambahan lain yang mengandungi probiotik termasuk tempe, sauerkraut, dadih dan miso elok juga di tambah pengambilannya.
Mohon perhatian yang kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengesahkan kebaikan probiotik terhadap anak-anak berekzema.
Untuk mencegah ekzema pada bayi pula, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama dalam kalangan bayi dalam keluarga yang cenderung mendapat asma, ekzema dan alergi kerana ia didapati boleh menurunkan kadar ekzema.
2. Ikan
Mitos – Ikan tidak digalakkan untuk diambil dalam hidangan kerana boleh menyebabkan kegatalan kulit pada penghidap ekzema
Fakta – Cuma sesetengah bayi sahaja yang ada alahan kepada ikan. Pemakanan ikan berlemak yang kaya dengan omega-3 seperti salmon dan herring mungkin baik untuk pesakit ekzema. Minyak ikan mengandungi kandungan omega-3 tinggi dikatakan dapat mengurangkan keradangan. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan kebaikan minyak ikan terhadap anak-anak berekzema.
3. Vaksin
Mitos – Jangan vaksinkan anak, semua vaksin berpotensi mencetuskan ekzema yang ada dalam badan penghidap
Fakta – Vaksin tidak menyebabkan terjadinya ekzema tetapi ianya adalah satu reaksi tekanan terhadap sistem imun, dan ini boleh menyebabkan ekzema itu ‘flare’.Kandungan vaksin adalah antigen. Antigen tersebut akan merangsang sistem imuniti badan utk hasil kan antibodi. Penghidap ekzema yang alahan teruk kepada telur, mungkin juga aka mendapat reaksi flare apabila disuntik vaksinflu dan MMR kerana vaksin ini diperbuat dengan menggunakan embrio ayam.
4. Air Panas
Mitos – Mandikan anak dengan air panas dan tambah garam untuk redakan kegatalan
Fakta – Elakkan mandi air panas kerana ianya menambahkan kering kulit. Berendam di dalam tub mandi dengan suhu air biasa adalah digalakkan dan ringkaskan mandian. Gunakan sabun lembut untuk kulit sensitif sahaja. Selepas mandi, segera pakaikan pelembap yang sesuai.
5. Berjangkit
Mitos – Ekzema boleh berjangkit
Fakta – Tidak. Ianya bukan satu jangkitan tetapi satu masalah kompleks yang berkaitan dengan gen yang diwarisi, sistem imun bayi yang tidak matang dan masalah persekitaran. Risiko adalah lebih tinggi jika ada sejarah alahan keluarganya samada asma (lelah), resdung (allergic rhinitis) dan ekzema atopik.
6. Ada Ubat
Mitos – Ekzema ada ubat penyembuh
Fakta – Tidak. Ekzema tiada ubat penyembuh tetapi ada pelbagai cara untk merawatnya dengan baik. Masalah ekzema boleh berulang-ulang apabila ada pencetusnya. Berita baiknya ialah 60% dari kanak-kanak akan pulih dengan sendirinya apabila dia meningkat remaja kemungkinan kerana sistem imunnya sudah matang.

7. Pelembap Yang Mahal
Mitos – Produk popular atau organik semestinya ialah yang paling baik untuk ekzema
Fakta – Tidak. Semua pelembap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, dan tiada satu pelembap di pasaran pun yang boleh dikatakan paling sempurna. Contoh pelembap yang baik adalah jenis yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan selesa dipakai, dan tidak terlalu mahal. Gunakan pelembap asas yang murah jika ada masalah kos, kerana pelembap mesti dipakai dengan kerap dan banyak terutama jenis ekzema yang kering, dan ini boleh meningkat kan kos perbelanjaan untuk mengawal ekzema. Pemillihan pelembap adalah bergantung kepada kesesuaian bayi terhadap bahan-bahan isi kandungannya, kekeringan kulit, cuaca, aktiviti yang sedang dijalankan, kawasan kulit dan kos.
8. Steroid Berbahaya
Mitos – Sapuan semua jenis steroid adalah merbahaya.
Fakta – Tidak. Krim atau minyak sapuan steroid adalah salah satu cara rawatan paling utama dalam membendung keradangan ekzema ini. Ianya berkesan melegakan iritasi dan gejala kegatalan ekzema. Biasanya doktor yang merawat akan memberikan ubat sapu ini untuk digunakan semasa tempoh keradangan tersebut, dan sapuan ini dihentikan apabila keradangan sudah reda. Ada pelbagai jenis ubat sapu steroid dipasaran, dan ianya dikategorikan kepada potensi (kekuatan) ubat sapu steroid itu, kepada ubat steroid yang lembut, sederhana lembut dan kuat . Penggunaan ubat sapu steroid adalah sangat efektif untuk semua jenis ekzema dan selamat jika digunakan dengan betul.

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ubat Sapu Jenis Steroid Berbahaya Untuk Ekzema Sebenarnya Mitos. Ubat Ini Antara Salah Satu Rawatan Utama appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ubat-sapu-jenis-steroid-berbahaya-untuk-ekzema-sebenarnya-mitos-ubat-ini-antara-salah-satu-rawatan-utama-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Kagum Tak Berlengah Terus Bawa Som Nad Zainal Sanggup Travel Jauh Dapatkan Rawatan Ekzema Anak

Saya Kagum Tak Berlengah Terus Bawa Som Nad Zainal Sanggup Travel Jauh Dapatkan Rawatan Ekzema Anak

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 169 hits
Kesusahan berdepan dengan anak yang mempunyai masalah ekzema sememangnya begitu menyulitkan Bimbang dan kesian melihat keadaan anak yang tidak selesa setiap masa Malah mencari ubatan dan rawatan juga perlu serasi dengan kulit anak Inilah ya...
Personaliti Narsistik Salah Satu Cabang Masalah Mental

Personaliti Narsistik Salah Satu Cabang Masalah Mental

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 230 hits
ciri ciri narsistikPeribadi narsistik telah seakan akan menjadi epidemik seperti ramalan Jean Twenge dan W Keith Campbell dalam karya agungnya berkenaan hal ini The Narcissism Epidemic Living in the Age of Entitlement Hampir separuh dari mu...
Rugi Tak Kenalkan Labu Sebagai Salah Satu Makanan Pertama Anak Doktor Kongsi Khasiat Labu

Rugi Tak Kenalkan Labu Sebagai Salah Satu Makanan Pertama Anak Doktor Kongsi Khasiat Labu

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 167 hits
Bila anak dah mula makan macam macam makanan yang mama nak berikan pada anak Sebelum terlupa mama kena take note tentang kebaikan labu untuk si manja mama Kalau nak tahu tentang kebaikan labu ikuti perkongsian dari doktor ini Labu bagus unt...
Selain Sapu Ubat Guna Daun Ini Rawat Anak Kena Hfmd Dalam 2 3 Hari Elok

Selain Sapu Ubat Guna Daun Ini Rawat Anak Kena Hfmd Dalam 2 3 Hari Elok

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 140 hits
Peningkatan penyakit tangan kaki dan mulut dalam kalangan kanak kanak semakin meningkat sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan kerisauan pada ibu bapa Memandangkan virus ini mudah merebak anak yang dijangkiti harus dikuarantin sehingga...
Kah Kah Terasa Juga Dia Bila Orang Kata Memondan Hangin La Satu Badan

Kah Kah Terasa Juga Dia Bila Orang Kata Memondan Hangin La Satu Badan

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 133 hits
Selepas dipanggil SKMM difitnah memondan Alif Syukri mahu saman individu RM1 jutaBy AYHAN FERHAT MEI 3 2022Selepas dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Mutlimedia ekoran klip video raya mendapat kecaman ramai usahawan kosmetik Datuk Seri Alif S...
Satu Arah Dari Puncak Ke Jakarta Diberlakukan Hingga 22 00 Wib

Satu Arah Dari Puncak Ke Jakarta Diberlakukan Hingga 22 00 Wib

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 126 hits
Rabu malam ini kata Dicky berdasarkan dari pantauan kamera pengawas terlihat arus kendaraan dari arah Cianjur Jawa Barat masih cukup deras
Warga Satu Rt Tangkap Buaya Yang Tersesat Dan Masuk Ke Dalam Rumah

Warga Satu Rt Tangkap Buaya Yang Tersesat Dan Masuk Ke Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 144 hits
Awalnya ada saksi melihat buaya itu berada di teras salah satu rumah warga Namun saat hendak ditangkap buaya itu lantas masuk rumah hingga ke dalam WC karena air banjir lebih dalam di rumah itu
Teruja Raya Awal Jom Layan Jaga Jaga Senariounion Pasti Berdekah Satu Rumah

Teruja Raya Awal Jom Layan Jaga Jaga Senariounion Pasti Berdekah Satu Rumah

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 247 hits
TIDAK lengkap rasanya menyambut Syawal tanpa sebarang filem menarik khususnya yang sesuai ditonton seisi keluarga Setiap kali raya menjelma pasti ramai ahli keluarga berkumpul di ruang tamu dan ketika inilah masa paling sesuai untuk menyaks...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp