Ubat Gigi Sensodyne Sensitivity Gum Mengurangkan Masalah Gigi Sensitif


Hi Korang, 
Kalau siapa yang follow IG stories kak lily mesti tau yang kak lily ade masalah dengan gigi dan gusi hingga sampai bengkak-bengkak muka di buatnya ermm ingat tak?? 
Ada dulu awal tahun ni kak lily kena sampai berubah bentuk muka sampai tak kuar rumah 2-3 hari sebab nak redakan bengkak tuh. Sejak tuh kak lily sangat-sangat menitikberatkan keadaan gigi kak lily ye. Takutlah pisang berbuah 2 kali kan, kang melarat boleh effect satu badan ooo 

Untunglah orang yang tak de masalah gigi dan gusi ni kan tapi orang-orang cam kami ni cam ne plak. Seriously memang kak lily sentiasa bertukar-tukar ubat gigi untuk mendapatkan keserasiaan gigi ni supaya dapatkan meredakan sket gigi sensitif ni. 
Gigi sensitif dan masalah gusi, masalah pergigian biasa dalam kalangan rakyat Malaysia 
Bayangkan korang tengah haus tup-tup depan mata ada air sejuk plak hah haruslah pekena seteguk, sekali masuk mulut terus kena panah petir kat gigi korang tuh aduimak rasa nak menitik air mata tau 
Secara global, 50% pesakit gigi sensitif juga mengalami tanda-tanda masalah gusi dan melalui kajian yang dijalankan pada 2010, ia menyatakan 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi. 


Doktor pergigian menemui wujud hubungan rapat antara dua simptom ini, gigi sensitif dan masalah gusi. Gusi menyusut adalah punca utama berlakunya gigi sensitif dan penipisan gusi berlaku kerana masalah gusi. Apabila dentin dalam gigi terdedah, liang halus di dalamnya juga terdedah dan hal ini boleh mengakibatkan gigi sensitif. 
Laporan mendedahkan hampir separuh (44%) yang mengalami gigi sensitif memilih untuk menukar tabiat memberus gigi dengan mengelak daripada memberus kawasan gigi dan gusi yang terjejas. Hal ini menyebabkan timbulnya lapisan bakteria dipanggil plak. Plak yang tidak dibersihkan dengan berusan gigi dua kali sehari akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi dan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain. Doktor pergigian berpendapat bahawa simptom ini memerlukan perhatian dan pesakit boleh bermanfaat jika menyelesaikan dua masalah ini dengan segera. 

Minggu lepas kalau korang perasan di ig stories, kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran produk dari Sensodyne yang terbaru iaitu Sensodyne Sensitivity & Gum di Sunway Piramid, siap ada roadshow sekali tau. 
Ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum baharu telah terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi. Formula dwi-aksi ini bertindak membina lapisan meliputi kawasan gigi sensitif untuk melindungi daripada sensitiviti di samping menanggalkan bakteria plak yang akan mengakibatkan masalah gusi bengkak, mulut berbau dan lain-lain masalah gusi. 

Bryan Wong, Pengarah dan Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd, berkata, “Kami melancarkan Sensodyne Sensitivity & Gum untuk mengatasi dua masalah ini secara serentak dan melegakan ketidakselesaan pesakit supaya mereka dapat melakukan aktiviti seharian dengan lebih baik. Kesihatan pergigian adalah keutamaan kami dan sebagai jenama ubat gigi sensitif nombor satu di negara ini, kami berbangga melancarkan produk dwi-aksi terkini yang akan memanfaatkan warga Malaysia.” 

“Gigi sensitif dan masalah gusi kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini, tetapi ia sering dipandang remeh dan tidak dirawat segera. Peningkatan bilangan pesakit juga dilihat tidak peka untuk menangani simptom-simptom ini. Dua masalah ini berkaitan antara satu sama lain dan perlukan penjagaan rapi.” kata Dr Cheah Chia Wei, Pensyarah, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. 

Dr Say Sazril berkongsi pengalaman mengenai Sensodyne Sensitivy & Gum kepada pada orang ramai semasa majlis pelancaran tersebut. 

Oh ye, bersempena pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum, Sensodyne akan menganjurkan pameran dengan Farmasi Guardian di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid Mall di mana pengguna berpeluang mengenal pasti dan mempelajari tentang isu gigi sensitif dan masalah gusi serta mendapatkan pemeriksaan pergigian bermula 12 hingga 16 September dari 10 pagi hingga 10 malam. 

Sensodyne juga bekerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia untuk menjalankan Pemeriksaan Pergigian Percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna memeriksa gigi dengan kerap di klinik pergigian agar gigi dan gusi sentiasa sihat serta mendidik mereka dengan cara penjagaan gigi yang lebih baik. Ketahui cawangan yang terlibat di www.sensodyne.com.my.


Sensodyne Sensitivity & Gum boleh didapati di farmasi tempatan dan pasar raya di seluruh Malaysia dengan harga yang dicadangkan RM16.90 sekotak dan RM10.90 untuk berus gigi. Sila rujuk doktor pergigian berdekatan anda untuk maklumat lanjut. 
Sensodyne Sensitivity & Gum dibawakan oleh Sensodyne, Jenama Ubat Gigi Sensitif No. 1 Dunia. 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 
Online Shopping:www.sensodyne.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/SensodyneMY/





#sensodyneSensitivityandGum
#sensodynedualaction
#sensodynemy

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2019/09/ubat-gigi-sensodyne-sensitivity-gum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Ubat Gigi Dan Berus Gigi Jenama Mismis Keluaran Muslim

Sokong Ubat Gigi Dan Berus Gigi Jenama Mismis Keluaran Muslim

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 898 hits
MISMIS MEMPERKENAL UBAT GIGI HALAL JENAMA MISMISKuala Lumpur Januari 2019 NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik mengeluar dan memasarkan ubat gigi berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya b...
Prabowo Bertemu Hendropriyono Di Senayan Nostalgia Hingga Bahas Masalah Papua

Prabowo Bertemu Hendropriyono Di Senayan Nostalgia Hingga Bahas Masalah Papua

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 161 hits
Mantan Danjen Kopassus ini mengatakan jika ada permasalahan negara semua pihak harus bersatu dan saling mendukung Karena itulah dia meminta waktu khusus untuk berkunjung
Pelbagai Perkhidmatan Yahoo Mengalami Masalah Untuk Diakses

Pelbagai Perkhidmatan Yahoo Mengalami Masalah Untuk Diakses

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 231 hits
Yahoo merupakan salah satu portal internet yang popular di dunia suatu ketika dahulu dan masih aktif digunakan sejumlah pengguna sehingga ke hari ini Apa pun buat sementara waktu Yahoo kini mengalami masalah teknikal membuatkan pelbagai per...
Google Pixel 3 Xl Dilaporkan Mengalami Masalah Sensor Selepas Menerima Kemaskini Android 10

Google Pixel 3 Xl Dilaporkan Mengalami Masalah Sensor Selepas Menerima Kemaskini Android 10

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 202 hits
Kemaskini Android 10 yang rasmi dan stabil telah pun diedarkan dua hari lepas kepada peranti yang menyokongnya Antara peranti terawal menerima kemaskini ini sudah tentu Pixel Android 10 mempunyai banyak fungsi dan ciri menarik seperti lebih...
Beto Goncalves Datang Ke Stadium Beri Sokongan Buat Pasukan Bukan Cari Masalah

Beto Goncalves Datang Ke Stadium Beri Sokongan Buat Pasukan Bukan Cari Masalah

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 178 hits
Penjaring gol Indonesia pada perlawanan bertemu Malaysia semalam Beto Goncalves nyata kecewa dengan apa yang berlaku pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 malam tadi Penyerang berusia 38 tahun itu dua kali berjaya menggamatka...
N Sembilan Kaji Kaedah Tangani Masalah Lembu Kerbau Berkeliaran

N Sembilan Kaji Kaedah Tangani Masalah Lembu Kerbau Berkeliaran

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 285 hits
Pengguna jalan raya Sungai Gadut Rantau terpaksa berhati hati ketika menggunakan laluan tersebut kerana haiwan peliharaan dibiarkan berkeliaran untuk meragut rumput sekitar jalan SEREMBAN Kerajaan Negeri Sembilan sedang mengkaji kaedah dan ...
Quot Masalah Farid Kamil Amp Zul Huzaimy Saya Tak Campur Quot Diana Danielle

Quot Masalah Farid Kamil Amp Zul Huzaimy Saya Tak Campur Quot Diana Danielle

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 616 hits
Hiburan Pelakon Datin Diana Danielle berharapa agar hubungan tegang suaminya aktor Datuk Farid Kamil dan Zul Huzaimy kembali baik seperti dahulu Ketika diminta mengulas mengenai hubungan suaminya dan Zul Huzaimy Diana berkata dia memilih un...
Kebaikan Bedak Sejuk Untuk Rawatan Masalah Kulit

Kebaikan Bedak Sejuk Untuk Rawatan Masalah Kulit

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 450 hits
Sejak akhir akhir ni ramai yang mendapatkan rawatan masalah sakit kulit seperti gegata kudis buta kudis api ruam kulit demam campak dan gatal2 kulit Nak kongsi sikit peringkat awal yang perlu anda lakukan dirumah apabila mengalami gejala se...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik