Sokong Ubat Gigi Dan Berus Gigi Jenama Mismis Keluaran Muslim
MISMIS MEMPERKENAL UBAT GIGI HALAL JENAMA MISMIS
Kuala Lumpur, Januari 2019: NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun.
Ianya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa.
Telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural jenama MISMIS.
Syarikat NFA Techonology Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program symbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation – (MTDC). Program Symbiosis adalah program dimana MTDC akan memilih lepasan siswazah dan usahawan sedia ada untuk menjadi ‘technopreneur’ dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan dari Research Institute (IR)/Universiti dengan latihan dan bimbingan yang berterusan dari MTDC.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS dipasaran, syarikat mensasarkan lebih banyak lagi pasaraya-pasaraya besar ,farmasi dan pengedar runcit di seluruh negara menyokong dan memberi peluang kepada jenama MISMIS untuk dipasarkan di premis mereka.
MISMIS telah berjaya menembusi pasaran Maghribi dan dimasa akan datang bercita-cita untuk meluaskan pasaran di Negara Timur Tengah dan Kalimantan. Usaha promosi dan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko telah giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.
Jenama MISMIS telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
Produk terbaharu Mismis adalah Ubat Gigi Premium Pudina Koko dengan kerjasama penyelidikan dari Lembaga Koko Malaysia, Produk ini menggunakan bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococcus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi.
Penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya oleh Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada masalah kaviti mulut. Ubat gigi tidak mengandungi Paraben, SLS dan flourida. Ia juga alternatif bagi pengguna yang mencari ubat gigi yang berasaskan bahan semulajadi.Tidak lupa juga aroma koko yang mengharumkan dan menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Selain itu, produk yang sudah lama di kenali di pasaran adalah ubat gigi MISMIS sejuk tambahan (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. Ianya juga formulasikan tanpa bahan paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat dari bahan pembuatan makanan ‘food grade’ dan selamat jika termakan semasa memberus gigi terutamanya untuk kanak-kanak.
“Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari ekstrak Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan senyuman manis dan nafas yang segar anda sepanjang masa’. kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat.
Terbaru, jenama MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dengaan warna warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru mengikut warna kegemaran anda dan keluarga. Juga terdapat pek kembara 4 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah atau mengembara.
Diperbuat dari nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan.
Ia selamat untuk anda dan keluarga dan kini anda boleh memberus gigi tanya ragu. Berus gigi MISMIS yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan melindungi gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan plak.
Ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya, farmasi dan pengedar diseluruh negara. Mismis boleh juga didapati di online Watson, Airasia (Rokki.com),Shopee dan di semua online e-commerce.
Laman Web : https://www.mismis.com.my/
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0192415004 ATAU terus WhatsApp:
NFA TECHNOLOGIES SDN BHD
3-1 (A), Jalan Dagang SB4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.krissmerah.com/2019/09/sokong-ubat-gigi-dan-berus-gigi-jenama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29