Ubat Gigi Anti Plak Systema Advance Memberi 4 Kali Perlindungan Selama 24 Jam


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE Memberi 4 Kali Perlindungan Selama 24 Jam  |  Tahukah anda sekarang ini, penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa?  Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh yang lama.


Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017).

Punca utama penyakit gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi

Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung.

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah mejadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih daripada 100 tahun bekerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri.


SYSTEMA memahami isu penyakit gusi yang meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan; SYSTEMA ADVANCE, ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE dengan teknologi Advance Plaque Buster bertindak dalam 3 cara :-TDS meleraikan plak untuk memudahkan penyingkiran IPMP menembus masuk ke dalam lapisan bio di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteriaGK2 untuk mengurangkan ketidakselesaan pada gusi

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE hadir dalam 3 variasi iaitu SYSTEMA ADVANCE Extra Gum Protection dengan perisa peppermint dan spearmint yang menyegarkan, SYSTEMA ADVANCE Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan SYSTEMA ADVANCE Extreme Clean Breath yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.


Kini SYSTEMA berupaya menyediakan Sistem Anti-Plak SYSTEMA yang menyeluruh agar gusi dan gigi sentiasa sihat. Sistem Anti-Plak SYSTEMA menggabungkan ubat gigi Anti-Plak Systema untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hujung tirus membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutamanya antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan

Lebih penting lagi, melalui Pergigian Penegahan, Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubahan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua.


Bersempena pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance, Systema turut melancarkan kempen kesedaran kesihatan gusi seluruh negara yang diadakan dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bertemakan “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” ataupun “SAYANGI GUSI, SELAMATKAN GIGI” kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi


Sepanjang kempen berlansung, Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UiTM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakit gusi serta penjagaan mulut yang baik


Dengan semangat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki gusi dan gigi yang sihat, SYSTEMA menjanjikan 30,000 sampel Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE berserta risalah pendidikan kesihatan gusi bersemepena KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH”. Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance akan diedarkan kepada orang ramai melalui MSP dan UiTM sewaktu aktiviti pemeriksaan gusi berlansung bagi membolehkan pengguna mencapai gusi yang sihat berpanjangan.

Systema Extreme Clean Breath
Systema Deep Clean Whitening
Systema Extra Gum Protection
Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga RM12.55. Kini memiliki gusi yang sihat menjadi lebih mudah dengan SYSTEMA. Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan hanya sekadar melindungi gigi anda; ia adalah permulaan yang baik untuk gusi yang sihat yang akan membawa kepada kehidupan yang lebih sihat

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE atau bersama menyertai KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” sila layari www.southernlion.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/KeepSmilingMY




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2018/10/ubat-gigi-anti-plak-systema-advance.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Ubat Gigi Anti Plak Systema Advance

Pelancaran Ubat Gigi Anti Plak Systema Advance

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 558 hits
SAYANGI GUSI SELAMATKAN GIGI ANDA Tahukah anda sekarang ini penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi di sep...
Bahayakah Sekiranya Anak Kecil Tertelan Ubat Gigi

Bahayakah Sekiranya Anak Kecil Tertelan Ubat Gigi

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 610 hits
Ubat gigi untuk kanak kanak kecil kebiasaannya didatangkan dengan pelbagai perisa buah buahan Ini adalah mungkin kerana untuk melatih dan melahirkan rasa minat mereka untuk memberus gigi dari usia muda lagi Oleh sebab itu ada kebarangkalian...
Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up

Ibu Ayah Jangan Ambil Mudah Bab Gigi Anak Sebelum 4 Tahun Sepatutnya Dah 3 Kali Check Up

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 524 hits
Ibu ayah jangan ambil mudah bab gigi anak Bawa mereka buat pemeriksaan bila tiba masanya untuk elak masalah gigi rosak Kecuaian ibu ayah boleh menyebabkan mereka tidak mampu untuk makan mengunyah berkhasiat dengan baik dan keluar masuk hosp...
Perbezaan Perisian Perlindungan Anti Virus Dan Internet Security

Perbezaan Perisian Perlindungan Anti Virus Dan Internet Security

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 270 hits
Ramai pengguna keliru diantara Anti Virus dan Internet Security artikel pada kali ini broayietech com akan menjelaskan perbezaan perisian perlindungan anti virus dan internet security Perbezaan utama antara antivirus dan keselamatan interne...
Model Kemaskini Hp Spectre X360 Hadir Dengan Bateri Bertahan Selama 22 5 Jam

Model Kemaskini Hp Spectre X360 Hadir Dengan Bateri Bertahan Selama 22 5 Jam

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 227 hits
Komputer riba Windows tidak terkenal dengan ketahanan bateri yang baik Dari pengalaman peribadi kebanyakan komputer riba Windows hanya bertahan sekitar 10 jam pada penggunaan biasa Ini membuatkan kami perlu membawa pengecas sepanjang masa H...
Dalami Rencana Ratna Ke Chile Polisi Periksa Plt Kadis Pariwisata Dki Selama 4 Jam

Dalami Rencana Ratna Ke Chile Polisi Periksa Plt Kadis Pariwisata Dki Selama 4 Jam

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 258 hits
Diam diam penyidik Direktorat Reserse Kriminal Umum Polda Metro Jaya telah memeriksa Plt Kepala Dinas Pariwisata DKI Asiantoro Rabu Pemeriksaan dilakukan terkait rencana Ratna Sarumpaet berangkat ke Chile dengan sponsor Pemprov DKI Jakarta
36 643 Pengendara Ditilang Selama 66 Hari Ganjil Genap Pelanggar Terbanyak Di Jaktim

36 643 Pengendara Ditilang Selama 66 Hari Ganjil Genap Pelanggar Terbanyak Di Jaktim

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 228 hits
36 643 Pengendara ditilang selama 66 hari ganjil genap pelanggar terbanyak di Jaktim Ganjil genap tidak diberlakukan pada Sabtu Minggu dan hari libur nasional
Ini Kata Pengamat Soal Indonesia Surplus Beras 2 85 Juta Ton Selama 2018

Ini Kata Pengamat Soal Indonesia Surplus Beras 2 85 Juta Ton Selama 2018

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 218 hits
Surplus beras ini kata Hensat bisa menjadi rujukan kuat karena metodenya telah disempurnakan oleh BPS sehingga seharusnya memang kita tak perlu impor beras lagi
Gara Gara Desain Jemaah Masjid Turki Solat Menghadap Arah Kiblat Yang Salah Selama 37 Tahun

Gara Gara Desain Jemaah Masjid Turki Solat Menghadap Arah Kiblat Yang Salah Selama 37 Tahun

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 404 hits
Sabtu 20 Oktober 2018 Gambar hiasan ANKARA Warga Muslim di sebuah desa di barat Turki akhirnya mengetahui bahwa selama hampir empat dekade mereka telah solat menghadap arah yang salah Kesalahan arah kiblat itu disebabkan oleh rancang lantai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game