Tyt Sabah Didakwa Terima Imbuhan Untuk Bubar Dun



(Suara TV) – Badan Bukan Kerajaan (NGO), Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia membuat laporan dakwaan salah guna kuasa dan salah laku rasuah terhadap Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan menerima imbuhan tertentu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa, Juhar telah membuat pertimbangan salah dengan menerima nasihat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membubarkan DUN Sabah, sedangkan Ketua Menteri Sabah itu telah kehilangan majoriti.
“Laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salah guna kuasa ulangan pernah saya lakukan pada 1 Disember 2018 ke atas Tun Juhar Mahiruddin selaku Yang Dipertua Negeri Sabah.
“Tun Juhar secara jelas telah bertindak secara salah dengan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai 2020 selepas menerima surat permohonan pembubaran dewan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal walaupun beliau mengetahui Mohd Shafie telah kehilangan majoriti di dalam DUN Sabah.
“Ini kerana belasan (13) orang wakil rakyat Warisan, UPKO, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar daripada parti,” katanya ketika ditemui pemberita di pintu utama Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mohd Shafie dalam satu sidang media khas di Kota Kinabalu, Sabah mendakwa Yang Dipertua Sabah telah memberi perkenan untuk membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu.
Mohd Shafie turut menunjukkan surat perakuan pembubaran DUN Sabah yang ditandatangani oleh Juhar mengikut kuasa dan Perlembagaan negeri itu.
Keesokan harinya pemakluman pembubaran DUN Sabah itu telah disampaikan kepada SPR bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya badan itu dalam tempoh 60 hari.
Dalam pada itu, Zulkarnain juga mendakwa tindakan Juhar membubarkan DUN Sabah sebagai balas kepada jasa Mohd Shafie yang telah melanjutkan tempoh perkhidmatannya sebagai Yang DiPertua Sabah.
“Sebelum ini Tun Juhar pernah membantu memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk melompat keluar parti pada Mei 2018, bagi menyokong Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.
“Imbuhan yang diberikan ke atas Tun Juhar ialah Shafie telah membantu menggubal undang-undang untuk tidak lagi menghadkan tempoh jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) yang sebelum ini dua penggal sahaja,” katanya.
Sementara itu, Zulkarnain turut mendakwa Juhar menyalahgunakan kuasanya apabila mengarahkan pihak polis menghalang Tan Sri Musa Aman untuk ke istana bagi membuktinya beliau mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
“Demokrasi telah dirosakkan apabila 33 wakil rakyat sepatutnya diberikan peluang untuk bertemu dengan Juhar, malangnya telah disekat di tengah jalan oleh pihak polis.
“Ini tidak pernah berlaku di seluruh Malaysia dan ini amat memalukan, tapi yang peliknya dia boleh membenarkan Mohd Shafie untuk berjumpa dengan dia,” soalnya.
Sebelum ini, konvoi hampir 10 buah kenderaan yang membawa Musa yang juga bekas Ketua Menteri Sabah ke Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Sabah tidak dapat meneruskan perjalanan selepas laluan ke istana di Bulatan Nanas, Kota Kinabalu ditutup pihak berkuasa.
Konvoi yang dipercayai membawa 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Musa berkenaan tiba di laluan masuk ke istana itu kira-kira jam 3.50 petang.
Peguam Musa, Tengku Fuad Tengku Ahmad kelihatan keluar daripada salah satu kenderaan konvoi 33 ADUN yang sudah membuat akuan sumpah untuk menyokong Musa bagi membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti politik, untuk menemui anggota pihak berkuasa.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/05/tyt-sabah-didakwa-terima-imbuhan-untuk-bubar-dun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Sabah Bubar Secara Rasmi Kata Timb Ketua Menteri Sementara

Dun Sabah Bubar Secara Rasmi Kata Timb Ketua Menteri Sementara

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 1257 hits
Pembubaran DUN Sabah telah dibuat secara rasmi oleh Tuan Yang di Pertua Sabah Juhar Mahiruddin Timbalan ketua menteri sementara Sabah Wilfred Madius Tangau menyertakan foto surat YDP Sabah yang menggunakan kuasanya sesuai dengan Perkara 21 ...
Shafie Memilih Bubar Dun Minta Rakyat Sabah Putuskan Antara Dia Atau Musa

Shafie Memilih Bubar Dun Minta Rakyat Sabah Putuskan Antara Dia Atau Musa

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 359 hits
Ketua Menteri Sabah mengumumkan Yang Di Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan Dalam sidang media hari ini Shafie berkata Juhar menyatakan perkenan...
Shafie Ydp Negeri Perkenan Bubar Dun Sabah

Shafie Ydp Negeri Perkenan Bubar Dun Sabah

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 463 hits
KOTA KINABALU 30 JULAI Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari Mohd Shafie membuat pengumuman ...
Ph Sokong Bubar Dun Sabah Kecam Sogokan Hingga Rm32 Juta

Ph Sokong Bubar Dun Sabah Kecam Sogokan Hingga Rm32 Juta

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 381 hits
BORHAN AHMAD Pakatan Harapan mengumumkan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah Dalam kenyataan bersama tiga pemimpinnya PH yakin hanya rakyat mampu mene...
Dun Sabah Bubar Shafie Apdal

Dun Sabah Bubar Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 364 hits
Beri laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi mem...
Kemaskini Ph Seru Sabah Sokong Shafie Sekutu Selepas Ydp Setuju Bubar Dun

Kemaskini Ph Seru Sabah Sokong Shafie Sekutu Selepas Ydp Setuju Bubar Dun

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 407 hits
KEMASKINI PH seru Sabah sokong Shafie sekutu selepas YDP setuju bubar DUN PH dalam kenyataan bersama berkata gabungan itu menyokong penuh pembubaran segera DUN Sabah bagi menewaskan cubaan lompat parti yang sangat cela
Istana Negeri Sabah Sangkal Tapi Surat Bubar Dun 29 Julai Bukti Rancangan Lebih Awal Shafie

Istana Negeri Sabah Sangkal Tapi Surat Bubar Dun 29 Julai Bukti Rancangan Lebih Awal Shafie

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 384 hits
TYT kata tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah Bagaimana mahu terima jika rancangan bubar DUN sudah diterima pada 29 Julai lagi Hanya 30 Julai Shafie umumkan secara rasmi Maksudnya TYT memang tidak mahu bertemu Musa dan ADUN KOTA KINABAL...
Ydp Lulus Bubar Dun Sabah Tindakan Bijak Shafie Afdal

Ydp Lulus Bubar Dun Sabah Tindakan Bijak Shafie Afdal

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 353 hits
Dalam sidang media hari ini Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini Setelah buat surat semalam saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubark...
Usaha Rampas Kerajaan Warisan Sabah Gagal Dun Bubar

Usaha Rampas Kerajaan Warisan Sabah Gagal Dun Bubar

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 431 hits
NOTA PETANGPEMBUBARAN DUN Sabah menyelamatkan kerajaan Shafei daripada ditumbangkan seperti mana kerajaan PH di peringkat Persekutuan Kemelut politik Sabah meruncing sehari dua ini apabila Musa Aman berjaya mendapat sokongan beberapa orang ...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu