Tya Arifin Akui Tumpang Populariti Arif Siti






Tya tidak pernah berhenti daripada lakonan, namun buat masa ini fokusnya adalah terhadap keluarga. Tya (kiri) bersama suami, Ashraf dan anak sulungnya, Arif Jiwa.

Status Tya Arifin sebagai pelakon semakin dilupakan sejak dia bergelar isteri kepada Ashraf Khalid dua tahun lalu. Sebaliknya pelakon kelahiran Palembang, Indonesia itu kini lebih dikenali sebagai ibu kepada Arif Jiwa dan menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Disebabkan sudah lama tidak aktif berlakon, Tya dilihat seolah-olah menumpang populariti Arif dan Siti untuk terus kekal relevan dalam industri seni. Tidak melatah, Tya sebaliknya mengakui perkara tersebut dan menganggap tempias populariti yang diraih daripada Arif dan Siti adalah rezeki buat dirinya.

Menyentuh soal kehidupan peribadi, Tya yang baru sahaja melahirkan anak keduanya, Azzahra Jiwa pada Mei lalu berkata, kehidupannya kini sudah lengkap sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin yang ditemui Kosmo! pada majlis pelancaran minuman suplemen, Kilafit di Kuala Lumpur baru-baru ini menjelaskan, proses penjagaan Azzahra yang berusia dua bulan lebih mudah memandangkan telah mempunyai pengalaman sebagai ibu.

Dalam pada itu, Tya turut meluahkan rasa rindunya untuk ke set penggambaran, bagaimanapun buat masa ini, dia terpaksa memberi fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu.

Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan Tya sekarang sejak bergelar ibu kepada dua orang anak?

Tya Arifin: Alhamdulillah sudah lengkap keluarga saya selepas memiliki sepasang anak, lelaki dan perempuan. Sudah pasti rumah saya bertambah riuh.

Buat masa sekarang fokus utama adalah keluarga. Ada juga yang bertanya tentang jumlah anak yang ingin saya miliki, tetapi itu harus ditanya kepada suami (Ashraf). Bagi saya secara peribadi mungkin tidak lebih daripada tiga orang anak.

Bagaimana pengalaman menjaga dan menguruskan anak kedua setakat ini?

Saya rasa lebih berpengalaman dan sudah tahu apa yang ingin dilakukan berkat menguruskan Arif dahulu. Senang cerita, ilmu keibubapaan lebih terancang kali ini seperti urusan susu badan, kesihatan dan didikan.

Bagaimanakah penerimaan Arif apabila sudah menjadi seorang abang?

Arif okey sahaja dan sudah mula mengerti yang dia sudah bergelar seorang abang. Sewaktu mula-mula Azzahra lahir, Arif kelihatan bingung juga (ketawa), namun sekarang penerimaannya semakin baik. Dia sudah boleh diharapkan jika diminta untuk membantu mengambilkan barang, contohnya lampin pakai buang. Dia sudah pandai memujuk dengan menyanyikan lagu andai adiknya menangis.

Apakah rukun rumah tangga yang Tya dan suami amalkan untuk mengekalkan keharmonian keluarga?

Sentiasa bersikap positif dan bersangka baik. Kalau bergaduh sentiasa cari penyelesaian bersama. Andai ada yang tidak berkenan di hati, jangan disimpan, lebih baik luahkan dan berbincang. Seperkara lagi, dalam perhubungan perlu ada api dan air. Komunikasi dan tolak ansur itu adalah perkara paling penting. Saya akui banyak kes perceraian yang melibatkan kecurangan dalam kalangan selebriti. Saya sentiasa berdoa agar Allah sentiasa pelihara kerukunan rumah tangga kami. Sebagai suami dan isteri, kita perlu sama-sama menjaga kebahagiaan yang Allah berikan.

Boleh kongsikan perkembangan karier lakonan anda?

Buat masa sekarang, saya sibuk menguruskan perniagaan jamu Mutyara. Namun, saya tidak pernah tutup hati untuk kembali ke kaca televisyen. Kalau ada tawaran yang bersesuaian seperti menjadi juri saya pasti akan mempertimbangkannya. Cuma sekarang, fokus utama adalah keluarga.

Tidakkah anda berasa rindu terhadap dunia lakonan?

Semestinya rindu, namun seperti yang saya katakan kalau ingin terlibat dalam sesuatu projek perlu melihat skrip dan kesesuaian jadual terlebih dahulu. Suami pun tidak pernah menghalang, cuma dia selalu nasihatkan utamakan apa yang penting dahulu iaitu keluarga.

Apakah komen anda apabila dikatakan menumpang populariti Arif dan Siti?

Sejujurnya, saya anggap itu semua rezeki. Memang ramai yang pada mulanya mengenali saya sebagai menantu Mak Iti (panggilan kepada Siti) dan diakui status tersebut sedikit sebanyak membantu perkembangan karier saya di Malaysia. Selepas memiliki anak, mereka juga turut disayangi dan memiliki ramai peminat, mungkin jauh lebih ramai daripada saya sendiri. Sebagai ibu, saya gembira sahaja kerana yang penting peminat mengirim doa yang baik-baik untuk keluarga kecil saya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/07/tya-arifin-akui-tumpang-populariti-arif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Akui Beliau Bertuah Kerana Adanya Tun Siti Hasmah

Tun M Akui Beliau Bertuah Kerana Adanya Tun Siti Hasmah

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 238 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau sangat bertuah kerana memiliki isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang sentiasa berada disisi Beliau juga bersyukur kerana isterinya seorang doktor yang boleh menjaganya JOHORTIMES ...
Peras Ugut Rm2 900 Siti Nurhidayah Kamal Mengaku Bersalah

Peras Ugut Rm2 900 Siti Nurhidayah Kamal Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 284 hits
The ReporterSeorang wanita warga Malaysia mengaku bersalah di atas pertuduhan memeras ugut sepasang suami isteri untuk wang sebanyak A 1 000 selepas mereka merayu di media sosial agar telefon bimbit yang mengandungi gambar bayi mereka yang ...
Hael Husaini Masih Cuba Pujuk Datuk Siti Nurhaliza Nyanyikan Lagu Anta Permana Jika Berjaya Ke Final Ajl

Hael Husaini Masih Cuba Pujuk Datuk Siti Nurhaliza Nyanyikan Lagu Anta Permana Jika Berjaya Ke Final Ajl

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1208 hits
PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana nyanyiannya iaitu Hael Husaini masih memujuknya untuk menyanyikan lagu tersebut sekiranya ia berjaya melangkat ke Anugerah Juara ...
Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah Kongsi Kisah Awal Perkenalannya Dengan Shuib

Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah Kongsi Kisah Awal Perkenalannya Dengan Shuib

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 505 hits
Takkan Kau Nak Kahwin Dengan Shuib Siti Sarah kongsi kisah awal perkenalannya dengan Shuib Siti Sarah melalui Instagramnya semalam telah memuat naik gambar di awal perkenalannya dengan Shuib yang menarik perhatian netizen Malah kapsyen yang...
Satukan Rasa Khai Bahar Dan Siti Nordiana

Satukan Rasa Khai Bahar Dan Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 2614 hits
Satukan Rasa Khai Bahar Dan Siti Nordiana Assalamualaikum Sweet sungguh tengok Khai Bahar Dan Siti Nordiana ni Korang dah dengar lagu Satukan Rasa ke belum Dah trending no satu dekat YouTube sekarang Muzik video dia pun best tak over Siti N...
Siti Hasmah Wows Guests With Violin Performance

Siti Hasmah Wows Guests With Violin Performance

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 337 hits
Dr Siti Hasmah Mohd Ali plays the violin at the SMK St Mary Alumni Club gala dinner in Kuala Lumpur last night KUALA LUMPUR The violin performance by the prime minister s wife Dr Siti Hasmah Mohd Ali wowed over 1 000 guests at the SMK St Ma...
Video Saya Rasa Macam Sesuatu Terasa Dia Punya Seram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Video Saya Rasa Macam Sesuatu Terasa Dia Punya Seram Datuk Seri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 711 hits
Selepas membuat comeback dengan lagu Anta Permana penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil sekali lagi dengan lagu terbaru bertajuk Kekasihku Selamanya Lagu ini menjadi runut bunyi utama bagi filem Dendam P0ntianak yang bak...
Siti Nurhaliza Kasihku Selamanya

Siti Nurhaliza Kasihku Selamanya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 533 hits
Siti Nurhaliza Kasihku Selamanya LIRIK Sayangiku sayangkuSeperti sayangnyaku padamuKutagih kasihmuKuraih darimu semangatCinta paling agungTelah ku katakan kepadamuEngkau dan aku selamanyaBiarpun berakhir masaTerhenti nyawa kumasihKan mencin...
Firdaus Wong Failkan Saman Rm2 Juta Ke Atas Siti Kassim

Firdaus Wong Failkan Saman Rm2 Juta Ke Atas Siti Kassim

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 703 hits
Firdaus Wong Failkan Saman RM2 Juta Ke Atas Siti Kassim Pendakwah Islam Firdaus Wong Wai Hung hari ini telah menfailkan saman fitnah sebanyak RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Ka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba