Twitter Gantung Akaun Trump Secara Kekal



SAN FRANCISCO: Twitter menggantung akaun Donald Trump secara kekal, atas alasan risiko berlaku keganasan lebih lanjut susulan insiden penyokong beliau merusuh di Capitol Amerika Syarikat (AS).
“Selepas meneliti ciapan kebelakangan ini daripada akaun @realDonaldTrump, kami telah menggantung akaun itu secara kekal berikutan risiko hasutan keganasan lebih lanjut,” umum Twitter melalui hantaran dalam blog, semalam.
Sebelum ini, Twitter menyekat Trump selama 12 jam selepas kejadian rusuhan yang mengakibatkan kematian di Capitol AS, Rabu lalu, sekali gus memberikan amaran tindakan penggantungan kekal akan diambil jika beliau terus melanggar peraturan ditetapkan.
Trump kembali menggunakan saluran media sosial itu, kelmarin, dengan satu hantaran pesanan video yang dilihat sebagai usaha meredakan keadaan tegang selepas kekacauan dilakukan oleh penyokongnya.
Trump turut mengaku kedudukannya sebagai Presiden AS sedang menuju pengakhiran, dan menjanjikan peralihan kuasa yang lancar kepada Joe Biden walaupun beliau tidak mengucapkan tahniah atau menyebut nama penggantinya.
Menurut Twitter, pihaknya berterusan memantau aktiviti media sosial Trump bagi menentukan sama ada tindakan lebih lanjut perlu diambil.
Sehubungan itu, Twitter menjelaskan, keputusan untuk menggantung akaun Trump diambil susulan dua ciapan, semalam.
Dalam satu ciapan terbabit, Trump berikrar bahawa tiada penyokongnya yang akan ‘tidak dihormati’.
Dalam satu lagi ciapan pula, Trump menyatakan beliau tidak akan menghadiri upacara rasmi peralihan kuasa kepada Biden, 20 Januari ini. seperti kelaziman.
“Dua ciapan terbabit mesti dibaca dalam konteks lebih luas keadaan di negara ini dan cara kenyataan Presiden itu boleh digunakan oleh pelbagai pihak, termasuk untuk menghasut keganasan.
“Begitu juga dalam konteks corak tingkah laku daripada akaun berkenaan sepanjang tempoh beberapa minggu kebelakangan ini,” menurut Twitter.
Syarikat itu memutuskan bahawa ciapan berkenaan melanggar dasarnya berhubung keganasan, dan pengguna akaun @realDonaldTrump harus digantung secara kekal daripada perkhidmatan itu dengan serta-merta.
Malah, Twitter mengesahkan ratusan kakitangannya telah menandatangani sepucuk surat dikemukakan kepada Ketua Eksekutif, Jack Dorsey, yang menyatakan mereka terganggu dengan ‘pemberontakan’ dilakukan penyokong Trump.
Kakitangan terbabit meminta Twitter menilai peranan dimainkan platform itu dalam insiden pada Rabu lalu.
“Twitter menggalakkan dialog terbuka antara kepimpinan dengan kakitangan kami.
“Kami mengalu-alukan pekerja kami untuk menyuarakan sebarang pendapat serta kebimbangan yang dirasakan betul bagi mereka,” kata seorang jurucakap syarikat itu mengenai surat berkenaan. – AFP

The post Twitter gantung akaun Trump secara kekal appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/09/twitter-gantung-akaun-trump-secara-kekal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akaun 90 Juta Follower Hilang Donald Trump Kena Banned Secara Kekal Di Twitter

Akaun 90 Juta Follower Hilang Donald Trump Kena Banned Secara Kekal Di Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 181 hits
94 total views 94 views today Twitter mengumumkan telah menyekat akaun Donald Trump secara kekal menerusi satu pengumuman yang dibuat semalam Menurut Twitter akuan Donald Trump terpaksa diturunkan berikutan risiko menghasut keganasan lebih ...
Mcmc Gantung Akaun Twitter Selepas Digodam

Mcmc Gantung Akaun Twitter Selepas Digodam

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 204 hits
Akaun rasmi Twitter MCMC mempunyai lebih 70 000 pengikut sebelum digantung hari ini PETALING JAYA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata akaun Twitter rasminya digantung buat sementara selepas digodam pihak tidak bertanggungjawab Ora...
Twitter Mcmc Diceroboh Akaun Digantung Sementara

Twitter Mcmc Diceroboh Akaun Digantung Sementara

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 135 hits
113 total views 9 views today KUALA LUMPUR Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia digantung buat sementara berikutan diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab Jabatan Komunikasi dan Korporat MCMC dalam kenyataan malam i...
Akaun Twitter Rasmi Skmm Digantung Buat Sementara Waktu

Akaun Twitter Rasmi Skmm Digantung Buat Sementara Waktu

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 220 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memaklumkan yang mana akaun Twitter rasmi mereka SKMM MCMC telah digantung buat sementara waktu Hal ini hadir lanjutan daripada sejumlah Tweet Tweet lama daripada akaun berkenaan yang dili...
Memalukan Ciapan Jelek Di Akaun Twitter Rasmi Skmm

Memalukan Ciapan Jelek Di Akaun Twitter Rasmi Skmm

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 316 hits
Akaun Twitter Rasmi SKMM Didakwa Adalah Akaun Individu Yang Dibeli Memalukan Itulah ungkapan yang sesuai diucapkan melalui pendedahan isu penuh kontroversi semalam di laman Twitter rasmi SKMM Sejurus selepas SKMM membuat ciapan supaya warga...
Akaun Twitter Rasmi Skmm Digantung

Akaun Twitter Rasmi Skmm Digantung

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 156 hits
January 13 2021 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini memaklumkan yang mana akaun Twitter rasmi mereka SKMM MCMC telah digantung buat sementara waktu Hal ini hadir lanjutan daripada sejumlah Tweet Tweet lama daripada akaun ber...
Betulke Akaun Twitter Mcmc Diceroboh Tu

Betulke Akaun Twitter Mcmc Diceroboh Tu

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 322 hits
SKMM dalam satu kenyataan melalui Jabatan Komunikasi dan Korporat SKMM semalam telah mendakwa Akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab Rentetan dari itu akaun tersebut telah digan...
Eur Usd 29 Disember Laporan Cot Kongres As Meluluskan Belanjawan Pertahanan Trump

Eur Usd 29 Disember Laporan Cot Kongres As Meluluskan Belanjawan Pertahanan Trump

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 249 hits
EUR USD 1H Pada 28 Disember pasangan EUR USD melakukan pembalikan baru yang memihak kepada mata wang Eropah berhampiran garis aliran menaik dan memulakan proses pertumbuhan baru ke arah tahap pembetulan 323 6 Pada masa yang sama aktiviti pe...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment