Tuuuu Dia Banyaknya Duit Mana Dapat Tu


 

Najib dedah aset RM4.49 juta


Bernama -August 2, 2022 
Najib Razak turut mendedahkan beliau memiliki wang sebanyak RM1.24 juta dalam akaun Affin Bank dan wang deposit pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad berjumlah RM2.52 juta. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Najib Razak mendedahkan aset dimilikinya termasuk beberapa lot tanah serta rumah di Pahang dan Selangor, beberapa kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz dan Bentley Continental Flying Spur serta wang tunai yang semuanya bernilai RM4.49 juta.
Pendedahan itu dibuat selepas SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd, selaku plaintif memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib selaku defendan memindah atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.
Injunksi mareva merupakan perintah sementara yang mengekang Najib daripada melupuskan asetnya sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.
Pada 24 Mac lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arief Emran Arifin, yang membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari dalam saman ke atas Najib turut mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam plaintif secara bertulis aset beliau di dalam atau luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah tersebut diserahkan kepadanya.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Arief Emran turut mengarahkan Najib supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.
Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu dibenar mengeluar dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman.
Berdasarkan dokumen diperoleh pihak media hari ini, Najib, 69, mendedahkan aset dimiliki beliau sehingga 30 Jun tahun ini di dalam afidavit tambahan yang difailkannya pada 20 Jul, menerusi Tetuan Shafee & Co.
Antaranya, beberapa lot tanah dan rumah di Pekan, Kuantan, Bentong dan Genting Highlands di Pahang serta Semenyih di Selangor yang keseluruhannya bernilai RM460,987; lima kenderaan mewah jenis Mercedes-Benz dan sebuah Bentley Continental Flying Spur dengan empat daripadanya adalah hadiah besan Najib dari Kazakhstan, sebuah motosikal Honda EX-5 dan motosikal Kawasaki ZG (hadiah), yang keseluruhannya bernilai RM252,000.
Najib turut mendedahkan beliau memiliki wang sebanyak RM1.24 juta dalam akaun Affin Bank dan wang deposit pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad berjumlah RM2.52 juta.
Menerusi afidavit yang difailkan pada 25 Apr lalu, Najib mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai aset berjumlah RM42 juta.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, ketika dihubungi, hari ini.
Farhan berkata, pada prosiding di hadapan Hakim Amarjeet Singh, pihaknya memaklumkan bahawa permohonan bagi penangguhan prosiding kes saman SRC terhadap Najib ditarik balik.
“Kami menarik balik permohonan itu dengan syarat pernyataan pembelaan untuk menjawab saman itu perlu difailkan dalam tempoh dua bulan bermula hari ini,” katanya yang turut memaklumkan pengurusan kes saman itu ditetapkan pada 13 Okt ini.
SRC, anak syarikat 1MDB dan Gandingan Mentari Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SRC, memfailkan writ saman pada 7 Mei tahun lepas mendakwa Najib melakukan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa serta memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.
Pada 28 Jul 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC.
Kes itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/tuuuudia-banyaknya-duitmana-dapat-tu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bawa Gula Atau Bencana Sejauh Mana Kedegilan Beliau Ketika Mahu Membantu Rakyat

Bawa Gula Atau Bencana Sejauh Mana Kedegilan Beliau Ketika Mahu Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 221 hits
LIYANA MARZUKITidak terlalu mengejutkan berita Menteri Kewangan kita menganggotai UMNO Memang kita tahu dia ahli UMNO sejak mula Cuma the turn of event bila dia diangkat jadi Bendahari Agong UMNO negeri Selangor menggantikan Jamal Yunos Ok ...
Video Mama Vino Mana Luahan Kanak Kanak Pulang Sekolah Undang Seb4k Ramai

Video Mama Vino Mana Luahan Kanak Kanak Pulang Sekolah Undang Seb4k Ramai

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 247 hits
Setiap anak anak memerlukan kasih sayang kedua ibu bapanya namun tidak semua anak anak bertuah memiliki kasih sayang seorang ibu Sama seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang berasal dari tanah seberang iaitu Indonesia dimana dia be...
Kisah Dapat Jemputan Ceramah Ajk Masjid Berani Tanya Ustaz Parti Mana Ustaz Kazim Elias

Kisah Dapat Jemputan Ceramah Ajk Masjid Berani Tanya Ustaz Parti Mana Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 270 hits
Kisah Dapat Jemputan Ceramah AJK Masjid Berani Tanya USTAZ PARTI MANA Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Deris Mana Janji Dah Lebih 5 Hari Dah Ni

Deris Mana Janji Dah Lebih 5 Hari Dah Ni

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 187 hits
MOHD SHAH RIMDah lebih 5 hari Dah lulus ke elaun untuk guru KAFA tu Bobobobobobo
Lcs Najib Razak Mana Najib Razak

Lcs Najib Razak Mana Najib Razak

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 291 hits
Bukan rahsia lagi bahawa projek kapal tempur pesisir bernilai RM9 bilion yang dianugerahkan kepada anak syarikat Boustead Heavy Industries Corp Bhd 11 tahun lalu telah dibelenggu dengan kos berlebihan dan kelewatan tanpa satu kapal pun diha...
Skodeng Dolla Buat Apa Di Pelancaran Siri Jelajah 90 Suria Mana Syasya

Skodeng Dolla Buat Apa Di Pelancaran Siri Jelajah 90 Suria Mana Syasya

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 274 hits
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton sudi LIKE sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI Portal https www budiey com Instagram https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan