Tuuu Diaaaa Ingat Belik Kain Batik Beli Hotel Butik


 
Ahmad Zahid keluarkan RM17.9 juta untuk bantu anak beli hotel di Bali - Timbalan Pendakwa Raya

BernamaOktober 14, 2021

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMARKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid telah mengeluarkan sejumlah RM17.9 juta daripada dana Yayasan Akalbudi (YAB) antara lain adalah untuk memudahkan anak perempuannya membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata anak Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah berminat untuk mengambil alih saham Ri-Yaz Asset Sdn Bhd dan mengusahakan hotel itu
"Pembeli yang berminat ialah Nurulhidayah dan ini disahkan oleh Tan Sri Rashid Manaf (saksi pendakwaan ke-83) serta Datuk Seri Mohd Shaheen Shah Mohd Sidek (saksi pendakwaan ke-84) yang telah bertemu dengan Nurulhidayah dan tertuduh bagi membincangkan cadangan usaha sama," katanya
"Menurut B. Muralidharan (saksi pendakwaan ke-87), beliau telah diarahkan oleh tertuduh untuk membuat pembayaran itu bagi tujuan membeli 60 peratus saham syarikat tersebut daripada Tan Sri Rashid yang ketika itu adalah Pengerusi Ri-Yaz Asset
"Sebelum ini, Tan Sri Rashid memberitahu mahkamah bahawa beliau berhasrat menjual sahamnya kerana syarikat itu berdepan kesukaran dari segi pembayaran bagi pinjaman sebanyak US$24.8 juta daripada EXIM Bank untuk pembelian hotel tersebut di Bali, Indonesia," katanya
Raja Rozela berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB
Beliau berkata Ahmad Zahid telah diamanahkan dengan dana YAB bagi tujuan khusus iaitu membasmi kemiskinan dan meningkatkan kebajikan golongan miskin serta menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan
Katanya Ahmad Zahid juga secara sedar telah memilih untuk menggunakan dana YAB bagi membayar kad kredit, polisi insurans serta cukai jalan kenderaannya dan tidak menggunakan akaun bank peribadi beliau
"Mejar Mazlina Mazlan (bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid) dalam kenyataannya menyebut cek terbabit disediakan atas arahan dan pengetahuan tertuduh," katanya
Pendakwaan turut menyangkal dakwaan pembelaan bahawa Mazlina memiliki kawalan penuh ke atas buku cek justeru, tertuduh tidak mempunyai akses kepada dokumen itu
"Itu hanya alasan kerana Ahmad Zahid adalah bos Mazlina. Beliau hanya perlu meminta Mazlina menunjukkan buku cek dan penyata kad kredit kepadanya
"Kami berhujah bahawa Mejar Mazlina bukan sengaja menyembunyikan buku cek daripada tertuduh. Tidak ada asas untuk rumusan itu," katanya
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Isnin depan
-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/tuuu-diaaaa-ingat-belik-kalin-batikbeli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 305 hits
Kain batik dianggap sebagai simbolik kepada personaliti wanita Melayu yang sopan dan klasik Sehingga kini tradisi memakai kain batik masih lagi dikekalkan dan menjadi kegilaan ramai Bercakap mengenainya baru baru ini tular satu video yang m...
Zahid Keluarkan Rm17 9 Juta Duit Yayasan Untuk Beli Hotel Di Bali

Zahid Keluarkan Rm17 9 Juta Duit Yayasan Untuk Beli Hotel Di Bali

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 544 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan sebahagian daripada wang deposit tetap berjumlah RM17 9 juta milik Yayasan Akalbudi dikeluarkan bagi membolehkan anak perempuannya membeli saham hotel butik di Bali Indonesia
Remaja Ini Terkejut Ingat Kena Prank Bila Orang Nama Tun Mahathir Nak Beli Ikan Laga

Remaja Ini Terkejut Ingat Kena Prank Bila Orang Nama Tun Mahathir Nak Beli Ikan Laga

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 206 hits
Buat seseorang peniaga pasti anda senang jika ada yang membeli apa sahaja produk yang ada jual Apa yang lebih mengembirakan jika pelanggan anda ialah individu yang disegani ramai Pasti perasaan bangga ketika itu cukup luar biasa dan sukar d...
Video Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat Mat Salih Ini Raih Perhatian Warganet

Video Santai Sarung Kain Batik Ketika Mesyuarat Mat Salih Ini Raih Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 211 hits
Bekerja dari rumah sudah menjadi norma baharu di seluruh dunia dan pastinya ada daripada anda yang hadir ke mesyuarat secara online dengan memakai baju formal tetapi mengenakan seluar tidur atau hanya berkain batik agar lebih selesa Terbaha...
Kain Siapalah Dia Remb4t Tu Netizen Terhibur Tengok Mat Saleh Ni Pakai Kain Batik Masa Meeting Online

Kain Siapalah Dia Remb4t Tu Netizen Terhibur Tengok Mat Saleh Ni Pakai Kain Batik Masa Meeting Online

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 217 hits
Semenjak PKP dilaksanakan dan hampir 80 daripada rakyat Malaysia telah diarahkan untuk bekerja dari rumah kebanyakan daripada kita mesti sudah biasa dengan rutin meeting secara online Kalau bercakap tentang meeting online ni korang mesti pe...
Pengalaman Menginap Di H Elite Design Hotel Kelantan Bilik Superior Twin

Pengalaman Menginap Di H Elite Design Hotel Kelantan Bilik Superior Twin

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 401 hits
Pengalaman Menginap di H Elite Design Hotel Kelantan Sebelum ini saya pernah kongsikan tentang Ibis Style Kota Bharu dengan korang semua Rasanya artikel tersebut adalah artikel paling latest berkenaan dengan hotel di negeri Kelantan Baca Ju...
Beli Stok Barang Dapur Sebulan Lauk Basah 2 Minggu Cara Ibu Ini Susun Kemas Sangat

Beli Stok Barang Dapur Sebulan Lauk Basah 2 Minggu Cara Ibu Ini Susun Kemas Sangat

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 355 hits
Biasanya bila kita bercakap tentang senarai belanja dapur ia bermaksud barang barang makanan untuk dimasak Keperluan ini sememangnya akan di beli setiap bulan dan seolah rutin wajib Cuma setiap keluarga mempunyai keperluan yang berbeza Ada ...
Raisa Mati Tak Dalam The Hotel

Raisa Mati Tak Dalam The Hotel

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 422 hits
Assalamualaikum Lately rajin pulak Fiza layan drama di tv Antara drama yang mencuri perhatian Fiza sekarang ni ialah drama The Hotel dan I Tanggang Dua dua drama ni berkaitan dengan penyakit mental Seram oiii Kalau ada kes kes macam tu di s...
Kenapa Orang Beli Air Purifier

Kenapa Orang Beli Air Purifier

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 282 hits
Ada orang dia pakai air purifier sebab kat rumah banyak habuk Rimas sekeluarga bersin katanya Ada orang dia pakai air purifier sebab rumahnya bau kepam bau bercampur campur bini masak bau peluh karpet lama x cuci cuci baju sidai dalam rumah...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun