Tutup Asrama Sekolah Agama Amacam


Apa diutarakan wajar diberi pertimbangan, dikaji dan dibincang.
Satu laporan FMT 3 Ogos lalu amat menarik. Ia memetik seorang aktivis perlindungan kanak-kanak mencadangkan asrama di sekolah agama dimansuhkan.
Mengapa? Bagi menangani kes penderaan dan pengantunan kanak-kanak, kata aktivis berkenaan. Anda setuju atau tidak?
Yang melontar cadangan ialah Pengasas Pertubuhan Perlindungan Kanak-kanak, Nazri Ariff. Seperti dikata tadi saya memetik laporan FMT lantas tidak mendengar secara langsung nada suara semasa beliau membuat cadangan.
Tetapi, membaca artikel itu saya dapat merasai kekecewaan Nazri dan mungkin juga kebosanannya kerana kes penderaan dan pengantunan seksual kanak-kanak masih berlaku membabitkan warden sekolah agama.
“Kalau anda tak boleh awasi mereka dengan baik tutup sahaja. Mereka tak selamat dalam asrama ini,” kata Nazri kepada FMT. Kekecewaan serta kebosanan beliau dapat dirasakan bukan?
Oleh kerana apa yang beliau rasakan turut saya rasai maka tentunya saya setuju dengan cadangannya secara am. Bagaimanapun, beberapa aspek mesti diambil kira merangkumi aktiviti harian sekolah agama juga apa yang dipanggil pusat tahfiz.
Menurut Nazri, pendidikan berasaskan agama seharusnya ditawarkan melalui kelas harian berstruktur yang membolehkan kanak-kanak pulang ke rumah setiap hari bukan melalui sekolah berasrama penuh.
Setahu saya (yang cetek pengetahuan agama), selain pembelajaran di bilik darjah pihak sekolah mewajibkan pelajar bersembahyang fardu secara berjemaah. Juga membaca dan menghafal al-Quran. Diselitkan tazkirah kalau tak silap saya. Benar ini semua boleh dilakukan pada waktu biasa persekolahan.
Namun, pelajar juga diwajibkan mendirikan sembahyang sunat tahajud dan sebagainya, juga secara berjemaah tetapi pada waktu malam atau awal pagi. Untuk ini pihak sekolah perlu mengumpulkan semua pelajarnya pada waktu sama. Lantas ini hanya boleh dilakukan jika semua pelajar tinggal di bawah satu bumbung. Ertinya asrama.
Jika pelajar duduk di rumah masing masing adalah tidak praktikal mereka datang atau dibawa ke sekolah pada lewat malam untuk qiamullail setiap malam.
Juga, adalah tidak praktikal pelajar terpaksa berulang-alik setiap hari dari rumah ke sekolah dan balik ke rumah setiap hari terutama pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.
Yang dinyatakan berdasarkan amalan lazim di sekolah agama berasrama penuh. Mungkin bukan ‘kelas harian berstruktur’ yang disebut Nazri di perenggan awal penulisan ini.
Pun begitu, berdasarkan amalan lazim adakah bermakna asrama perlu dikekalkan? Menurut Nazri, asrama yang tidak mempunyai pemantauan sewajarnya adalah tidak selamat dengan pelaku sering terdiri daripada guru atau orang dewasa dikenali mangsa.
Jelas kata kuncinya ialah ‘pemantauan’. Kita tahu pelajar dan persekitaran sekolah serta asrama wajib dipantau 24 jam. Juga guru dan ustaz.
Siapa yang pantau? Pengetua, guru kanan malah guru sesama guru. Saya yakin lebih ramai guru yang baik daripada yang tidak baik. Mungkin bilangan guru ditugas mengawasi asrama atau warden perlu ditambah. Realitinya tidak adil untuk meletak tanggungjawab ke atas hanya seorang guru untuk menjaga bilangan pelajar yang ramai.
Mungkin perlu dipasang kamera litar tertutup di tempat tertentu terutama kawasan sepi. Tetapi, bukanlah di bilik tidur atau dormitori dan bilik air untuk menghormati ‘privacy’ pelajar. Lagi pun di tempat itu biasanya ada ramai pelajar. Lantas penderaan seksual sukar berlaku.
Tetapi, bila ada CCTV mesti ada orang memantau skrin. Tak guna ada jika tidak ada siapa memerhati apa yang dirakam. Berbalik soal bilangan warden.
Saya pernah baca satu laporan berita mengenai cadangan supaya anggota polis atau tentera yang sudah bersara diambil bekerja sebagai warden asrama. Ini berkaitan kes buli di asrama bukan sekolah agama. Mungkin cadangan ini boleh dibangkitkan semula.
Ada lagi kata Nazri: “Sikap pelbagai pihak yang tidak bersuara amat ketara terutama apabila melibatkan agama.” Benar. Pelbagai pihak yang beliau maksudkan itu memilih untuk senyap kerana tidak mahu dituduh antiagama atau dituduh mahu beri nama busuk kepada guru agama dan mahu memalukan sekolah agama.
Lalu, pada hemat saya pihak sekolah iaitu pengetua atau guru yang tahu atau telah mengesan sesuatu yang tak kena sedang atau akan berlaku mesti bertindak segera. ‘Do not sweep things under the carpet’. Tidak boleh ada pendirian guru jaga guru atau mahu jaga nama sekolah dalam soal penderaan seksual kanak-kanak.
Menurut Nazri, ramai kanak-kanak tidak melaporkan penderaan kerana takut, malu atau tidak percaya kepada sistem. Ini menurut saya memerlukan peranan ibu bapa secara langsung.
Mereka mesti ambil tahu apa yang berlaku dengan anak mereka. Perkara baik apa lagi perkara tidak baik. Benar ibu bapa tidak digalakkan pihak sekolah untuk sering datang melawat anak di asrama kerana dilihat mengganggu. Tetapi ini bukan bererti lepas tangan. Melawat anak wajib walaupun sekejap. Walaupun pihak sekolah tak suka.
Dan sebelum anak masuk asrama ibu bapa mesti beritahu mereka supaya berhati-hati dan jika ada sesiapa termasuk guru yang sentuh anggota badan, segera laporkan kepada pengetua dan minta pengetua hubungi ibu bapa. (Kalau ada telefon bimbit lagi bagus tetapi ini sudah diharamkan pihak sekolah kerana kerap disalahgunakan pelajar sendiri. Ini cerita lain).
Kata Nazri: “Salam yang ringkas pun boleh jadi alat pengantunan kanak-kanak. Kita mesti ajar kanak-kanak tidak mengapa untuk menolak jika mereka rasa tak selesa walaupun kepada orang tua.”
Banyak lagi diperkatakannya. Yang berminat sila klik di sini.
Kesimpulannya, apa diutarakan Nazri wajar diberi pertimbangan, dikaji dan dibincang. Saya akhiri penulisan dengan ucapan terima kasih kepada beliau kerana lontar cadangan dan beri nasihat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/08/tutup-asrama-sekolah-agama-amacam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Insiden Kematian Adik Zara Qairina Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama

Insiden Kematian Adik Zara Qairina Pahang Ambil Iktibar Dan Tekan Aspek Keselamatan Di Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 166 hits
PEKAN Pengusaha sekolah agama dan maahad tahfiz di Pahang dinasihatkan agar lebih prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar khususnya dari aspek keselamatan keselesaan serta disiplin Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Ab...
Lawatan Mengejut Ke Sekolah Asrama Demi Anak Kita Selamat Dari Buli

Lawatan Mengejut Ke Sekolah Asrama Demi Anak Kita Selamat Dari Buli

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 182 hits
Bayangkan satu malam yang hening di sebuah sekolah berasrama Pelajar pelajar sedang bersiap untuk tidur ada yang mengulang kaji pelajaran ada yang berbual perlahan dengan rakan sebilik Tiba tiba suasana berubah apabila sekumpulan pegawai pe...
Kpm Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin Mak Ayah Tak Perlu Risau Anak

Kpm Yakin Keselamatan Sekolah Asrama Terjamin Mak Ayah Tak Perlu Risau Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 178 hits
Itu jaminan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi ibu bapa yang bimbang untuk menempatkan anak mereka di sekolah asrama seluruh Malaysia Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek KPM memberi jaminan bahawa semua sekolah...
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 226 hits
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli KEMAMAN Enam pelajar sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul dan buli terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan tiga...
Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm

Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 Kpm

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 264 hits
Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara Per...
Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 217 hits
Setiap pagi dia bangun dengan hati yang berat Bukan kerana malas ke sekolah tapi kerana takut Takut akan ejekan Takut akan tolakkan bahu di koridor Takut suara yang menjerit di belakangnya menuduh memperlekeh menghina Di tempat yang sepatut...
Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

Pernah Sekolah Menengah Perempuan Ayda Jebat Dedah Trauma Jadi Mangsa Gangguan Senior Tagih Cinta

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 186 hits
Kisah menyayat hati melibatkan adik Zara Qairina pelajar perempuan yang menjadi mangsa buli di asrama kini bukan saja menarik perhatian rakyat Malaysia malah turut mengundang respons penuh emosi dari kalangan selebriti tanah air Salah seora...
Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 315 hits
Kuiz AI Kebangsaan 2025 PAJSK KebangsaanKuiz AI Kebangsaan 2025 kini dibuka untuk penyertaan kepada semua murid sekolah menengah dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6 di seluruh negara Program ini merupakan anjuran bersama Malaysia Di...
Lirik Lagu Peluk Hael Husaini Nadeera

There Is A Significance Anwar Calls On All Races To Show Unity By Flying Jalur Gemilang For Merdeka

Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China

Warga Emas Didenda Rm1 500 Kerana Pukul Jiran Dengan Penyapu

Toll Free Travel On Ekve From Today Until Sept 30

A Nation Of Hope Striving For A Greater Malaysia

Buku Kertas Adalah Aset Mahal Masa Depan Mula Beli Dan Simpan Baik Baik Sekarang

My Journey To Us


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Logo Dan Tema Hari Kebangsan Tahun 2025

Majlis Pernikahan Juita Dan Faiq Di Glamhall 18 April 2025

Meet Otto Dax Steady Garage S Sassy Honda Dax 125

Oohooi Merdeka

Kopitiam Menyatukan Kita Dari Secawan Kopi Lahirlah Perpaduan

Ucapan Jiwa Muzik Dari Bilik Bedah