Tutorial Video Cara Menganyam Ketupat Daun Palas Untuk Meraikan Hari Raya


Tutorial Video Cara Menganyam Ketupat Daun Palas Untuk Meraikan Hari Raya  | Bulan Syawal dah lama berlalu, Hari Raya pun dah lama lepas tapi video dah lama up kat youtube tapi entri tertinggal dekat draf akhirnya berjaya di post..hehe.

Sejak berkahwin dengan orang Kedah ni, menu pagi rasa pun ikut selera orang utara la jugak apa lagi kalau bukan ketupat palas. Mujur saya ni peminat pulut dan lepas tertangguh video yang diambil di akhir bulan Ramadhan tempohari akhirnya berjaya di upload di channel iamfuzy...fuhh lega!

Bercerita pasal ketupa ni kan, bonda saya dulu menganyam ketupat jawi tapi sampai sekarang ni memang saya tak pernah khatam menganyam cuma boleh nak terik bila anyaman tu dah siap. Berbalik pada ketupat daun palas ni nampak agak mudah tapi jangan tak tahu bilangan ketupat betina melebihi ketupat jantan kalau saya buat.  Nampak mudah tapi teknik menganyam tu pusing akhir tu kalau silap pusing menjadilah ketupat betina.  Kenapa tak suka ketupat betina? sebab kalau jadi ketupat jantan, bila direbus nanti elok jer tak dimasuki air tapi kalau ketupat betina nanti penuh pulut dalam periuk rebusan tu walau masih boleh makan tapi sangat lembik.

Menurut Allahyarhamah MiL kalau jadi ketupat palas betina ni kurang manis kalau dihidangkan kat orang tapi dulu dalam hati berkata, kenapa nak tunjuk kat orang, kan boleh potong kat dapur je. T


Daun ketupat palas ni dibeli 3 hari sebelum Aidil Fitri dan daun ketupat palas ini akan dibuka dan dibuat kelongsong supaya ianya akan lebih memudahkan bila diisi beras pulut. Daun ketupat palas ni tak panjang dan ada yang lebar dan kecil.  Daun yang dibuka akan digunting bahagian yang tidak rata dan kalau terlalu besar tu akan dikoyak dan dianyam menjadi kelongsong ketupat palas.  Ini bagi memudahkan bila nak masuk beras pulut, anyaman ni dibuka dan di anyam atau di lipat kembali.  
Bahan untuk tanak beras pulut
1 kilo beras putih susu
1 kilo santan pekat
1 cawan kacang mata satu, direndam semalaman
2 helai daun pandan, dikerat 4
garam secukup rasa


Cara penyediaan:- 
Rendam beras pulut dalam 4 jam dan ditoskan airnya tapi kalau pulut susu, tak perlu rendam lama sebab beras pulut susu mudah lembut. Masak santan dengan daun pandan di dalam periuk dengan api perlahan hingga nampak santan hampir mendidih masukkan beras pulut serta garam.  Kacau pulut dengan kerap supaya tidak melekat dan sehingga kuah menjadi likat dan beras separuh masakTutup api dan biarkan sejuk sebelum boleh dimasukkan kedalam ketupat
Tips
Pulut kena sentiasa di kacau supaya tidak hangit.  Beras akan nampak mentah tapi tak perlu risau sebab bila direbus pulut tu akan masak nantiDaun pandan lazimnya disimpul tapi kali ini tidak sebab terasa rugi bila beras melekat disimpulan dan susah untuk dikeluarkanSekiranya...sekiranya anda risau kot nanti bila direbus tu ketupat tu dimasukki air, boleh je kukus dalam pengukus.  Rasanya pun tak berbeza cuma feeling tu lain sikit tapi kalau Allahyarhamah ibu mertua rasa, memang confirm dia kenal ketupat palas ni direbus atau dikukus..hehe
Haa...senang letak video yang ada buat kesalahan waktu melipat ketupat palas.  Nampak mudah jer kan tapi kalau silap pusing mau berpusing mata tak pun terpusing tangan hehe.  
Kalau kat kampung en hubby, kacang ketupat akan dimasak sekali tapi ada juga yang memasukkan jagung dan di Pantai Timur pulak ketupat daun palas mereka ni manis. Teringat waktu berkunjung ke rumah anak buah en hubby di PJ, en hubby bersinar matanya tengok ada ketupat palas tapi bila tengok dari dekat dan diberitahu tu menu orang Ganu, ketupat palas yang digoreng. Rasanya sedap juga mcm makan lemang tapi memang tak boleh makan banyak la sebab ketupat palas tu menggunakan santan pastu digoreng pulak...kalori oh kalori.  Tapi tak pe setahun dua kali je makan gitu kan..atau lepas tu sakan kita excercise pulak kan

Bulan Syawal dah berakhir tapi video cara melipat ketupat palas ni boleh la kot diguna waktu Hari Raya Haji nanti tak pun tahun depan dan tahun depan. Kisah Raya tahun ni pun tak up lagi...InsyaAllah tunggu dulu esok lusa pulak. hehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/07/tutorial-video-cara-menganyam-ketupat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suasana Hari Raya Kami Sewaktu Tempoh Pkpb

Suasana Hari Raya Kami Sewaktu Tempoh Pkpb

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 503 hits
Assalamualaikum Hari ini sudah masuk 28 Syawal Raya kali ini sangat berbeza bukan sahaja buat kami malah seluruh umat islam di dunia Mujur juga sewaktu raya kerajaan telah umumkan PKPB Masih boleh ziarah tetapi hanya satu hari dan dilarang ...
Modal Tak Sampai Rm100 Wanita Kongsi Step By Step Cara Deko Dinding Guna Daun Plastik Bingkai Gambar

Modal Tak Sampai Rm100 Wanita Kongsi Step By Step Cara Deko Dinding Guna Daun Plastik Bingkai Gambar

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 444 hits
Menghias dinding menggunakan bingkai gambar atau kertas dinding bercorak itu mungkin agak biasa dan klise Apatah lagi bahan bahan tersebut menggunakan kos yang agak tinggi melebihi RM100 misalnya Tapi bagi wanita bernama Raden Eyranie ini d...
Neelofa Anjur Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

Neelofa Anjur Program Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 470 hits
Pelakon dan pengacara popular tanah air neelofa bakal menganjurkan Qurban Kasih Neelofa bersempena Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi menerusi Perubuhan Kasih Neelofa miliknya Disamping meluaskan ilmu pengetahuan mengenai i...
5 Cara Nak Menggembirakan Hari Hari Korang

5 Cara Nak Menggembirakan Hari Hari Korang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 340 hits
5 CARA NAK MENGGEMBIRAKAN HARI HARI KORANG Hai korang selamat pagi Cikla percaya semua orang bila bangun pagi je mesti nak rasa fresh dan happy tanpa memikirkan hal atau masalah yang berlaku sebelumnya Tak naklah nanti bangun bangun dah fik...
Tempoh 3 4 Hari Anak Belum Membuang Mungkin Sembelit Buat Cara Ni Sangat Berkesan

Tempoh 3 4 Hari Anak Belum Membuang Mungkin Sembelit Buat Cara Ni Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 301 hits
Sebagai ibu bapa kita sering kali melihat dan memerhati setiap pergerakan bayi seperti ketawa merengek dan menangis sebagai petunjuk tahap kesihatan mereka Walau bagaimanapun sesetengah petanda masalah kesihatan seperti bayi sembelit sukar ...
Video Hilang 6kg Dah Fazley Yaakob Kongsi Anak Buat Cabaran 40 Hari Keto Diet

Video Hilang 6kg Dah Fazley Yaakob Kongsi Anak Buat Cabaran 40 Hari Keto Diet

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 599 hits
Ada pelbagai jenis diet yang diamalkan oleh orang ramai antaranya adalah intermittent fasting diet atkins diet Paleo diet keto dan banyak lagi Fazley Yaakob kurus dengan keto diet Sebelum ini Cef Selebriti Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi ...
Video Cara Jaksa Agung Kembalikan Marwah Kejaksaan Ri

Video Cara Jaksa Agung Kembalikan Marwah Kejaksaan Ri

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 304 hits
Berbagai upaya dalam penanganan memang masih terus didalami Banyaknya kasus ditangani yang menjadi sorotan publik diharapkan mampu mengembalikan marwah Kejaksaan RI
Foto Foto Video Gerhana Matahari Hari Ini Di Beberapa Buah Negara

Foto Foto Video Gerhana Matahari Hari Ini Di Beberapa Buah Negara

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 384 hits
Hari ini berlakunya fenomena Gerhana Matahari Separa yang boleh dilihat di beberapa negara di dunia Seperti sekarang kita di Malaysia sedang menyaksikan fenomena tersebut yang telah bermula kira kira sejak 2 30 petang tadi Difahamkan kemunc...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner