Tutorial Sambal Ikan Keli Versi Sa
Hi korang..
Selamat hari Sabtu...lambat SA bersiaran hari ni..biasa la Sabtu kan .hari untuk bersenang lenang walau hakikatnya memang ada kat rumah je...work from home sampai Selasa, lepas tu sambung work from office hari Rabu sampai Jumaat. Kerja nanti SA nak balik rumah Sewa la...nak amik baju kerja..
So hari ni SA masak simple je...takde la masak beria sangat sebab adik beradik tak balik so takde masak beria...cukup 3 jenis lauk je..
Hari ni SA rajin skit nak buat tutorial Sambal ikan keli..SA guna cili kering dan x guna cili api..jom la tengok gambar dan tutorial
Bawang besar hiris, bawang putih 3 ulas, bawang kecil 5 ulas tumbuk lumat
Ikan keli ni abah SA pancing semalam...dh kelar, bersihkan dengan asam limau kasturi...kenapa guna limau instead of asam jawa..Limau lagi cepat hilang hanyir dan lendir-lendir pada ikan keli tu..
Bersih kan xde lendir..percaya la..cuci dengan asam limau betul2 sampai hilang lendir so masa goreng tu dia x meletup2
Letak kunyit serbuk dan sedikit garam..goreng dalam minyak yg banyak dan betul-betul panas.
Dah siap goreng garing sikit..
Bahan yg tumbuk dan cili kering tadi tumis sampai betul-betul masak..jangan lupa letak garam dan gula sedikit..
Dah masak sambal tutup api...masukkan ikan yang dah di goreng tadi..gaul rata.
Dah siap!! makan dengan nasi panas..
SA up sayur kangkung dan peria celur dan sambal belacan...sedap betul mak SA makan...bertambah dia makan tadi..
Sambal belacan pedas giler kata mak
sayur kangkung dan peria celur.
Alhamdulillah..
Settle masak..settle makan tadi..rezeki hari ni...Semalam memang abah SA mancing kat sungai..dapat dekat 30 ekor ikan keli..tak besar tak kecik sangat...memang sedang elok la hari ni buat sambal..selebihnya nanti cadang nak salai aje yg selebihnya...
Jumpa next entry...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/11/tutorial-sambal-ikan-keli-versi-sa.html