Tutorial Penggunaan Aplikasi Remove R
Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua,
Bonde nak kongsikan dengan anda semua, Bonde baru sahaja menggunakan aplikasi ni, anda yang pakai andriod downloud jer aplikasi ini di google store. Sangat membantu bagi yang nak edit gambar.
Sebenarnya Bonde bukanlah pakar menggunakan aplikasi ini, Ini adalah sentuhan pertama Bonde menggunakannya. Teruja nak berkongsi dengan anda semua. Biasalah kalau pergi bercuti sampai satu-satu chek point akan membuatkan semua orang teruja nak bergambar. Nak-nak kalau pergi rombongan berkumpulan pasti semua berebut-rebut nak ambik gambar.
Jadi untuk tidak membuang masa kita menunggu lama dan dicaras oleh mereka yang tidak dikenali, jadi just ambik jerlah pic tu... asalkan kita ada juga kenangan dekat situ check point popular.. kita pun ambik jerlah gambar tu than lepas tu kita editlah... tapi gambar tak jadi original dah ini bukan untuk contest fotografi, bolehlah diguna pakai bagi mencantikan gambar dengan cara hilangkan apa yang kita tak mahu dekat gambar tu.
TUTORIAL PENGGUNAAN APLIKASI REMOVE R Pertama :
Anda kenalah install aplikasi ini terlebih iaitu Remove R
Kedua:
Anda klik start, Pilih gambar yang ingin anda edit samaada dalam folder drive, Photos atau album.
tunggu sehingga gambar keluar
Ketiga :
Gunakan Quick Erase (pemadam) highlight pada apa-apa yang anda hendak buang...dalam gambar dengan tandakan sikit-sikit supaya gambar tak nampak sangat bila diedit, secara pelahan apa yang anda tidak mahu nanti dia akan hilang.
Anda buatlah hingga anda puas hati dengan gambar tersebut, selesai anda jangan lupa save gambar yang telah diedit tu tau.. kalau lupa save anda tak dapat balik gambar yang sudah anda edit tadi.
Contoh seperti dibawah... selamat mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2018/12/tutorial-penggunaan-aplikasi-remove-r.html