Turkiye Hentikan Semua Hubungan Perdagangan Udara Dengan Israel Susulan Perang Gaza


Turkiye Hentikan Semua Hubungan Perdagangan, Udara Dengan Israel Susulan Perang Gaza
ISTANBUL, 29 Ogos (Bernama) — Turkiye menghentikan semua hubungan perdagangan dengan Israel, menutup ruang udaranya kepada pesawat Israel, serta menghalang kapal Turkiye daripada berlabuh di pelabuhan Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan berkata Ankara juga menolak sebarang cadangan yang merancang pemindahan rakyat Palestin dari Gaza, sambil menyifatkan rancangan sebegitu sebagai “tidak sah.”
Beliau menyifatkan kekejaman yang dilakukan di Gaza sebagai “antara babak paling gelap dalam sejarah kemanusiaan.”
Fidan menegaskan bahawa perjuangan rakyat Palestin merupakan satu perjuangan yang “akan mengubah haluan sejarah, menjadi simbol bagi golongan tertindas, dan menggoncang asas tatanan yang sedang runtuh.”
Beliau turut mengecam serangan serantau Israel, dengan berkata: “Serangan membuta tuli Israel ke atas Gaza, Lubnan, Yaman, Syria dan Iran adalah bukti paling jelas mentaliti sebuah negara pengganas yang mencabar tatanan antarabangsa.”
Mengenai Syria, beliau menegaskan Turkiye “tidak akan membenarkan komuniti kuno dan berharga Syria dieksploitasi” bagi tujuan yang menyeleweng terhadap integriti wilayah Syria.
Dalam sesi khas Parlimen Turkiye mengenai Gaza, Fidan menuduh Israel “melakukan genosid di Gaza sejak dua tahun lalu, mengabaikan nilai kemanusiaan asas di depan mata dunia.”
Speaker Parlimen Numan Kurtulmus, yang turut berucap pada sesi itu, menggesa “langkah konkrit” terhadap Israel, termasuk menggantung keahliannya dalam pertubuhan antarabangsa seperti PBB, sehingga ia meninggalkan “dasar genosid.”
Selepas 22 bulan konflik berterusan, pemantau global kelaparan Integrated Food Security Phase Classification melaporkan lebih setengah juta penduduk di Semenanjung Gaza kini berdepan kebuluran, kemiskinan dan kematian, manakala 1.07 juta lagi – lebih separuh daripada jumlah penduduk – berdepan tahap kecemasan kebuluran akut.
Israel telah membunuh kira-kira 63,000 penduduk Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu turut memusnahkan wilayah berkenaan yang kini menghadapi kebuluran.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang di wilayah itu.
Fidan memberi amaran bahawa serangan Israel yang berterusan di Gaza dan seluruh Palestin berisiko mencetuskan konflik yang boleh merebak ke seluruh rantau sekiranya tidak dihentikan.
Sumber: Bernama
The post Turkiye Hentikan Semua Hubungan Perdagangan, Udara Dengan Israel Susulan Perang Gaza appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/29/turkiye-hentikan-semua-hubungan-perdagangan-udara-dengan-israel-susulan-perang-gaza/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2101 hits
Harian Metro Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia Berita Harian Jabatan Penyiaran Malaysia
Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi

Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1816 hits
Serangan Udara Israel Di Sanaa Ragut Nyawa Perdana Menteri Houthi Kumpulan Houthi ISTANBUL 31 Ogos Kumpulan Houthi di Yaman mengesahkan pada Sabtu bahawa perdana menteri dalam pentadbiran mereka maut dalam serangan udara Israel ke atas ibu ...
Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza

Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 268 hits
Puluhan Ribu Berhimpun Di Tel Aviv Desak Tamat Perang Gaza Puluhan ribu penunjuk perasaan dilapor berhimpun di Tel Aviv bagi menuntut penamatan perang di Gaza serta pembebasan tebusan menjadikannya antara demonstrasi terbesar di Israel seja...
Masih Ada Negara Islam Jalin Hubungan Dengan Israel Mat Sabu

Masih Ada Negara Islam Jalin Hubungan Dengan Israel Mat Sabu

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 1374 hits
ZULKIFLI MANZORPETALING JAYA Parti Amanah Negara melahirkan rasa dukacita kerana masih ada negara Arab Teluk dan negara Islam dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara menjalin hubungan dagang dan diplomatik dengan Israel Presidennya Datuk...
Israel Hantar Lebih Banyak Kereta Kebal Ke Gaza

Israel Hantar Lebih Banyak Kereta Kebal Ke Gaza

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1651 hits
Astro AwaniKereta kebal Israel berada di bahagian sempadan Israel yang menghadap Gaza Foto REUTERSKAHERAH Israel menghantar kereta kebalnya lebih jauh ke dalam Bandaraya Gaza dan meletupkan kenderaan sarat bahan letupan di sebuah kawasan pe...
An Insult To The Diplomatic Efforts Of All At Oic Meet Tok Mat Condemns Israel S Gaza Ambitions As Threat To Peace

An Insult To The Diplomatic Efforts Of All At Oic Meet Tok Mat Condemns Israel S Gaza Ambitions As Threat To Peace

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 2471 hits
Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan speaks during a press conference at the 46th ASEAN Summit at the Kuala Lumpur Convention Centre on May 25 2025 Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR Aug 25 Malaysia has slammed Israel s plans to seiz...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang

Tanda Atau Pengikhtirafan Muslim Choice Adalah Haram

Telaga Syifa Mukjikat Nabi Muhammad S A W

Cheese Potato Crispy Snek Rangup Berkeju Yang Super Sedap Bikin Ketagih

Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Monolog Jiwa Bukan Kerana Aku