Turbo Heating Air Fryer Toros Pro Chef
Sebelum ini,kami seisi keluarga hanya memasak dengan menggunakan minyak. Apapun masakan,mesti nak guna minyak.Memasak dalam kuali. Pernah juga terfikir, bahawa minyak itu akan memudaratkan kesihatan. Akhirnya, pada hari ini. Rezeki kami mempunyai barangan elektrik untuk kegunaan memasak di dapur.Dapatlah memiliki satu unit Air Fryer yang berjenama TOROS Pro Chef.
Dari pandangan mata kasar, Pro Chef luaran ni nampaknya seperti robot pula. Dengan bentuk rekaan yang comel. Mudah diangkat,andaikata korang nak alihkan ke mana-mana. Seperti Ina, akan simpan kembali ke dalam kotak jika tidak digunakan. Nak guna,baru keluarkan. Ehehehe, memang amat berjaga-jaga dalam bab keselamatan ni.Extra care,sayang kot.
Air Fryer TOROS Pro Chef Multi Fungsi Memasak
TOROS Pro Chef ni memasak seperti Chef. Nak tau sebab apa kata begitu? Tengoklah butang dan fungsi memasak yang ada tu. Seronok sangat tau. Teruja sangat Ina ni ha. Nak bakar Pizza,grill ayam ikan, stim sayuran,nasi goreng, kentang goreng, nugget ,popcorn,hotdog dan burger
Yang paling buat Ina teruja dengan TOROS Pro Chef ini, air dryer ini bukan sembarangan tau.Sebab ia juga mampu memasak biskut raya, roti , kek, steak, pizza, pai dan tart telur. Wahhh, dashyat kan penangan air fryer dari TOROS Pro Chef ni
Ciri Memasak dengan 3 Pilihan Mood Setting TOROS Pro Chef
Soffea tengah tunggu drumstick masak, guna mode stir fry.Itu yang Air Fryer senget ke tepi
Paling best fungsi TOROS Pro Chef ini adalah ia mempunyai 3 keadaan memasak bagi setiap jenis masakan. Air Fryer ini boleh di adjust untuk gerakkan ke kanan mahupun kiri tau. Faham tak? Dimana ia mempunyai tombol untuk adjust keadaan air dryer tersebut. Andaikata korang nak memasak (roasting) Kentang Goreng, korang boleh pilih setting tombol putih di bawah itu.Selaraskan mengikut menu apa yang korang masak berpandukan manual book yang diberi
Jika memasak Kentang Goreng, air fryer tersebut boleh di pusingkan ke arah kiri atau kanan.Seperti kaedah memasak kacau lauk pauk dengan menggunakan tangan,tetapi teknologi yang digunakan Toros Pro Chef amat berteknologi. Tak perlu kacau guna tangan lagi kerana Air fryer seperti biasa akan berpusing agar masakan tersebut masak rata.Memasak dengan suhu 240’c selama 25-30minit. Untuk popcorn, sayuran,ubi kentang,hotdog, dan memanggang kekacang juga boleh menggunakan setting ini
Nak memasak biskut raya dan kek pun boleh. Tetapi jangan gunakan mood setting yang ini. Membakar seperti biskut raya, kek roti ,pizza, pai,steak dan ikan.Korang pastikan ia adalah dalam mood Air Fryer normal (keadaan tegak). Adjust tombol kepada arah atas sahaja.
Jom tengok Air Fryer Toros Pro Chef ni memasak..
360’ Turbo Heating
Menggunakan teknologi turbo supaya pemanasan serata dan cepat panas. Teknologi ini juga dapat menjimatkan elektrik kerana proses memasak akan menjadi lebih pantas dengan inframerah yang berkekuatan tinggi tanpa sinaran, kehilangan haba yang kurang dan penjimatan tenaga yang kuat
Juga membolehkan kita melihat dari luar proses grill,memanggang, dan membakar.Ini kerana penutup yang transparent. Excited pula bila Ina sendiri yang tengok bagaimana proses memasak itu berlaku
Ciri lain yang ada pada Air Fryer dari TOROS Pro Chef
Paling Ina suka mengenai TOROS Pro Chef ini adalah ia satu satunya Air Fryer yang boleh memanaskan dengan keadaan 360’, dimana ia berpusing memasak dengan sekata
Mesti korang risau kan? Bila Air Fryer ni boleh memasak grill, kacau , memanggang serta membakar. Mesti terdetik dalam hati. Boleh adjust air fryer ni, tak risau ke jatuh? Iyerlah, TOROS Pro Chef ni kan dia boleh tolak ke kanan atau ke kiri bila dalam keadaan mode kacau
Korang jangan risau yea, sebenarnya di bawah tapak air fryer ni sudah mempunyai ciri keselamatan tersendiri. Mempunyai getah supaya melekat di atas permukaan yang rata seperti diatas meja. Ia memang kuat melekat. Dan apabila korang menggunakan Air Fryer ini, ia takkan berganjak/beralih walau sedikit pun dari tempat asalnya. Anak-anak pun tak boleh senang-senang alihkan barangan elektrik macam Air Fryer ni
Air Fryer dengan kapasiti muatan 7 liter dengan berat 8 kilogram TOROS Pro Chef ini ia didatangkan bersama pot non stick,rack untuk memanggang,penapis, penyepit makanan dan juga pot handle ( digunakan untuk mengangkat pot yang panas)
Syarikat BUFFALO yang beroperasi sejak dari tahun 1957 yang mengeluarkan alatan memasak tahan karat seperti kuali,periuk dan peralatan elektrik
10 Sebab Kenapa perlu memiliki Air Fryer TOROS Pro Chef
1. Turbo heating : Menggunakan teknologi pemanasan 360’ ,cepat panas. Dapat menjimatkan masa
2. Suhu : Tak perlu susah nak setting suhu untuk gril,roasting, bake cake,cookies dan pizza kerana ia sudah di setting suhu mengikut menu yang korang nak masak tu
3. Ia boleh diselaraskan dengan adjust tombol untuk proses roasting
4. Lain dari lain Air Fryer yang ada dipasaran kerana reka bentuk yang bulat
5. Ia melekat dengan kuat : semasa menggunakan Air Fryer TOROS Pro Chef. Ia takkan berganjak kerana mempunyai getah dibawah tapak Air Fryer
6. Tak berkarat : Pot non-stick! Tak perlu letak minyak walau setitis didalam pot tersebut.
7. Saiz 7 Liter ni sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga.Dan bagi penggemar ayam panggang, TOROS Pro Chef lah jawapannya.Muat masukkan seekor ayam tau dalam ni. Dah cuba ni..,ada dalam video atas.
8. Handle holder yang boleh di tanggalkan. Gunakan semasa ingin mengangkat pot panas sahaja.
9. Aksesori lain yang disediakan ialah pot non-stick, penapis, spade makanan dan rack untuk menggrill.
10. Ciri keselamatan lain :
a) Anti gelincir air fryer kerana di bawah permukaan tapak TOROS Pro Chef terdapat plastic yang melekap untuk memegang permukaan meja dengan selamat dan kukuh.
b) Juga selamat dibuka penutup Air Fryer semasa proses memasak. AUTO STOP memasak dan akan sambung memasak setelah penutup nya ditutup kembali
Makan petang dengan roti bakar
Seronok sangat tau! Sekarang ni waktu Ina di dapur kini jadi lebih pendek. Semua proses memasak Air Fryer TOROS Pro Chef yang tolong settle. Ina perlu sediakan bahan-bahan memasak dan tinggal setting sahaja. Tup-tup, siap masak. Terus boleh makan.Haahah.
Handle Holder air fryer yang boleh dicabut . Di gunakan hanya semasa mengangkat pot yang panas sahaja.
Goreng ikan tanpa menggunakan minyak dengan Air Fryer
View this post on Instagram
Nahhh.. Mulai sekarang makan makanan sihat-sihat tau. . Saya memilih TOROS Pro Chef Air Fryer . Semua kerja memasak saya menjadi mudah dengan adanya TOROS Pro Chef ni. . . Sekarang saya siapkan makan petang dengan Fries. Memasak fries tanpa penggunaan minyak. . Paling best Pro Chef ni adalah ia menggunakan teknologi 360' turbo heating. . . Proses gaul kacau bagi memasak fries. 25-30minit jee. Ada banyak mode setting memasak tau TOROS Pro Chef . Slide ke tepi untuk tengok bagaimana proses memasak fries ni. . . . tunggu update blog di www.ehbelogaku.com #buffalomalaysia #TOROSProChefairfryer #airfryer #kbba9 #KelabBloggerBenAshaari #kitchenappliances #electricalkitchenappliance #parentingbloggermalaysia #bloggermalaysiaA post shared by 🇲🇾 Lifestyle Blogger (@azlina6861) on Jul 25, 2019 at 2:56am PDT
VIDEO UNBOXING TOROS Pro Chef ada diatas ini. Jom tengokk..
Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial media mereka :
Facebook : https://www.facebook.com/torosmalaysia/
Website : www.toros.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ehbelogaku.com/2019/08/turbo-heating-air-fryer-toros-pro-chef.html