Tupai Dan Ulat Sagu Boleh Dimakan



Haiwan merupakan sumber makanan utama untuk manusia, selain hasil dari tumbuh-tumbuhan. Kitab-kitab fikah membahagikan haiwan kepada dua, iaitu haiwan laut (air) dan haiwan darat.

Penjelasan Allah menghalalkan haiwan laut sebagai sumber makanan berdasarkan dua firman-Nya. Ayat 14 surah an-Nahal bermaksud: “Dialah Allah yang mempermudahkan laut, supaya dapat kamu makan makanan daripadanya daging yang lembut dan segar.”

Manakala satu lagi firman-Nya bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang diperoleh dari laut sebagai bekalan bagi kamu dan orang-orang dalam pelayaran.” (Surah al-Maidah, ayat 94).

Semua haiwan laut boleh dimakan tanpa perlu disembelih. Ini tidak terkecuali kepada haiwan laut yang berskala besar seperti ikan yu dan ikan paus. Sama ada ia jenis beranak atau bertelur. 

Bangkai haiwan laut yang ditemui mati, walaupun bukan kerana terkena pukat, pancing, jala atau sesuatu usaha manusia, juga boleh dimakan jika masih dalam keadaan baik dan tidak mendatangkan kesan buruk jika dimakan. 

Bagi haiwan di darat, ada jenis yang diharamkan. Haiwan darat mesti disembelih untuk dimakan, kecuali dari jenis yang kecil dan tidak berdarah seperti belalang. Binatang yang disembelih bukan kerana Allah juga haram dimakan.   

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih bukan kerana Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 173).

Menyembelih ialah memotong leher binatang berkenaan hingga putus merihnya. Niat menyembelih kerana Allah dilakukan ketika hendak memulakannya. Jika menyembelih banyak haiwan, niat itu memadai pada permulaan dan diniatkan sebagai menjalankan tugas itu secara berterusan sehingga selesai tugas.

Haiwan yang disembelih hendaklah mati dengan kadar cepat. Kegagalan penyembelih memutuskan merih menyebabkan haiwan yang disembelih sukar mati. Jika haiwan itu mati dalam tempoh masa yang lama, katakan sejam kemudian, haiwan itu tidak dianggap disembelih. Oleh itu dagingnya haram dimakan.

Jika tidak mati, haiwan itu tidak boleh disembelih kali kedua dalam tempoh masa yang singkat. Ia hendaklah dibiarkan terus hidup dan sembuh dari kecederaan itu, dan kemudian baru boleh disembelihkan semula.

Dalam kes menyembelih binatang yang sukar ditangkap untuk disembelih secara biasa, seperti burung, sudah memadai dengan niat melakukan penyembelihan menggunakan apa-apa senjata yang bersesuaian seperti senapang, panah, sumpit dan sebagainya. Bahagian yang terkena sehingga menyebabkan matinya binatang itu juga tidak ditetapkan.

Satu lagi ayat menjelaskan tentang haiwan darat yang tidak boleh dimakan ialah ayat 3 surah al-Maidah bermaksud: “Diharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah yang mengalir, daging babi dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan mati jatuh dari tempat tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.”

Berdasarkan ayat-ayat di atas, terdapat ulama menyatakan semua jenis haiwan selain babi dan cara matinya seperti di dalam ayat 3 surah al-Maidah, maka halal dimakan. Contohnya, mazahab Malik berpendapat selain yang diharamkan itu, maka semua haiwan harus dimakan, termasuklah anjing, binatang buas dan berbisa.

Namun, berdasarkan mazahab dan amalan yang diterima pakai umat Islam di Malaysia, anjing, binatang buas seperti harimau, binatang berbisa seperti ular, binatang dua alam seperti katak, burung berkuku panjang dan makan menyambar seperti helang, haiwan jijik seperti tikus dan binatang bertaring seperti kucing adalah haram dimakan.

Setiap hujah ulama disandarkan kepada ayat al-Quran dan hadis. Mereka mengetahui secara mendalam apa yang diperkatakan. Sebagai pengamal dan pengikut, memadai kita berpegang kepada satu mazahab yang diterima pakai dalam masyarakat agar tidak timbul salah faham atau fitnah daripada orang ramai.

Terdapat banyak jenis haiwan yang selamat dan bersih untuk dijadikan sumber makanan. Tidak perlu kita melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya semata-mata untuk memakan ular, umpamanya, kerana ada mazahab lain mengatakan boleh dimakan.

Tetapi, rasanya tidak salah jika kita melakukan pembaharuan dari segi adat atau kebiasaan citarasa masyarakat. Adalah tidak wajar meletakkan sesuatu hukum hanya berdasaskan kepada tanggapan, disamakan atau kebiasaan. 

Contohnya, amalan memakan ulat sagu seperti yang diamalkan masyarakat di Sarawak. Sebelum ini ramai yang mempertikaikan hukum memakan ulat sagu yang kononnya haram atas alasan menjijikkan berdasarkan kepada persamaan maksudnya dengan jenis ulat-ulat lain.  

Ulama tempatan telah menjelaskan ulat sagu halal dimakan kerana sifatnya bersih, berkhasiat dan tidak mendatangkan bahaya. Terpulanglah kepada citarasa seseorang sama ada ingin memakannya atau tidak.

Di Sarawak, amalan memakan ulat sagu amat terkenal terutama di kalangan masyarakat pribumi. Ulat sagu kaya dengan protin dan zat mineral. 

Begitu juga dalam soal memakan tupai. Tupai daripada jenis binatang bersih, sumber makanannya juga bersih dan tempat tinggalnya juga di persekitaran yang bersih. Ini jauh sifatnya berbanding dengan tikus yang diharamkan dijadikan sumber makanan. 

Sebenarnya, dalam masyarakat kita memandang jijik terhadap tupai semata-mata kerana binatang itu menjadi musuh kepada manusia memusnahkan hasil tanaman. Itu sudah tabie tupai memakan buah-buahan. 

Jadi, tidak sepatutnya pula dijadikan alasan mengharamkan memakan tupai disebabkan ia dari jenis ‘jahat’ memakan hasil tanaman. Kalau begitu, bagiamana pula dengan burung-burung yang memakan hasil tanaman?

Para pekebun sepatutnya menjadikan tupai sebagai buruan untuk dijadikan satu sumber makanan. Apabila tupai dijadikan bahan makanan, jumlah tupai akan berkurangan, dan dengan sendirinya dapat mengelak hasil tanaman dirosakkan oleh tupai.  

Dalam satu riwayat, Rasulullah pernah dihidangkan dengan beberapa jenis hidangan, termasuk daging dhab, sejenis binatang padang pasir seperti biawak. Rasulullah tidak menjamah daging dhab, sebaliknya memakan hidangan lain. 

Bagaimanapun, Rasulullah tidak menegah para sahabat daripada memakan daging dhab. Itu membuktikan dafing itu tidak haram dimakan. Disebabkan Rasulullah tidak memakannya tidak boleh dijadikan alasan mengatakan haram memakan dhab.

Sememangnya citara atau liur masyarakat Melayu agak cerewet. Ini mungkin hasil malan budaya yang lemah lembut, teliti an berpegang kepada kebiasaan dalam keluarga.

Contohnya, kebanyakan orang Melayu tidak tergamak makan arnab kerana menganggap haiwan itu sebagai binatang mainan. Ciri-ciri arnab sebagai haiwan jinak yang dipelihara untuk mainan kanak-kanak menjadikan ia dianggap binatang yang tidak patut dimakan.

Begitu juga halnya dengan belut yang disamakan seperti ular. Rasa geli dan terbayangkan seperti memakan ular menyebabkan banyak orang Melayu tidak boleh makan belut.

Jelas di sini, setiap orang ada citarasa tersendiri. Kita tidak boleh mengharamkan sesuatu hanya kerana tidak kena pada selera kita. Selagi tidak jelas tentang haramnya, adalah harus jenis haiwan itu dimakan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/bqy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Suka Buang Bazir Makanan 3000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dibuang Setiap Hari

Rakyat Malaysia Suka Buang Bazir Makanan 3000 Tan Metrik Makanan Yang Boleh Dimakan Dibuang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 444 hits
Bernama Pembaziran makanan di kalangan masyarakat negara ini semakin membimbangkan malah di peringkat kritikal demikian menurut Ketua Sekretariat MySaveFood Dr Ainu Husna MS Suhaimi Beliau merujuk kepada data yang dikeluarkan Perbadanan Pen...
7 Makanan Yang Boleh Dimakan Ketika Berdiet

7 Makanan Yang Boleh Dimakan Ketika Berdiet

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 488 hits
SETIAP kali awal tahun tentu semangat untuk menurunkan berat badan akan berkobar kobar Diet memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan Tidak perlu terlalu menahan lapar secara keterlaluan sebaliknya bijaklah memilih makana...
Ajal Akhbar Cetak Tidak Boleh Dihalang Lagi

Ajal Akhbar Cetak Tidak Boleh Dihalang Lagi

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 219 hits
ZIN MAHMUD Pada Isnin lalu 8 Oktober Radio BFM menyiarkan wawancaranya bersama Ketua Pengarang The Malay Mail Datuk Wong Sai Wan yang menyatakan bahawa akhbar beliau akan menghentikan penerbitannya dalam bentuk cetak Tetapi ia akan terus me...
Saya Boleh Angkat Awak Hati Hati Dengan Lelaki Ini Di Area Gombak

Saya Boleh Angkat Awak Hati Hati Dengan Lelaki Ini Di Area Gombak

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 686 hits
Tidak diketahui apa motifnya tetapi permintaannya sudah cukup membuatkan golongan wanita berasa curiga dan takut Mana tidaknya lelaki berbaju merah ini meminta gadis ini mengambil kunci di atas tetapi apabila permintaannya ditolak dia pula ...
Error 0x00000709 Printer Yang Tidak Boleh Set Default

Error 0x00000709 Printer Yang Tidak Boleh Set Default

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 312 hits
Artikel ini adalah sebahagian dari catatan tugasan DIY dimana masalah error ini akan terjadi bila selesai memasang printer driver di pc windows Walaupun bukan setiap kali dapat gangguan error tersebut tapi bila dia muncul automatically akan...
Macam Macam Hidangan Bihun Korang Boleh Cuba Sendiri Sedapnyaa Alahaii Dapat Makan Panas Panas

Macam Macam Hidangan Bihun Korang Boleh Cuba Sendiri Sedapnyaa Alahaii Dapat Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 367 hits
Selain bihun goreng biasa korang yang ada banyak stok bihun kat dapur tu boleh lah cuba aneka resipi berasaskan bihun ni Ada beberapa resipi bihun yang susah nak dapat di luar seperti mee siam berkuah dan juga bihun Singapura jadi lebih bai...
Guan Eng Yb Boleh Tunjukkan Di Mana Saya Kata Sst Akan Turunkan Harga Barang

Guan Eng Yb Boleh Tunjukkan Di Mana Saya Kata Sst Akan Turunkan Harga Barang

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 322 hits
Lim Guan Eng Foto FMTMenteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan boleh menurunkan harga barangan pengguna Dalam sesi Parlimen hari ini Lim Guang Eng ...
Ada 3 Due Date Keliru Mana Satu Yang Betul Boleh Follow Doktor Ini Terangkan

Ada 3 Due Date Keliru Mana Satu Yang Betul Boleh Follow Doktor Ini Terangkan

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 282 hits
Penentuan usia kehamilan dan seterusnya due date atau tarikh jangkaan kelahiran agak sukar bagi wanita yang haidnya tidak teratur Kadangkala boleh dapat sampai 3 tarikh jangkaan kelahiran mana satu nak ikut Ikuti penerangan doktor ini Hampi...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense