Tuntutan Sulu Tiada Mekanisme Pengawasan Proses Timbang Tara Disalah Guna Kata Azalina


 
Azalina Othman Said berkata, perjalanan kes tuntutan waris Kesultanan Sulu jelas mencerminkan bagaimana proses timbang tara boleh terdedah kepada penyalahgunaan.KUALA LUMPUR: Ketiadaan mekanisme pengawasan dan kegagalan penimbang tara mematuhi standard etika dan profesional yang tegas menyebabkan proses timbang tara disalah guna untuk mengancam negara-negara berdaulat, kata Azalina Othman Said.
Menteri undang-undang dan reformasi institusi itu berkata, mekanisme pengawasan penting untuk memastikan penimbang tara berpegang kepada standard etika yang ketat bagi mengelakkan “berat sebelah” atau prasangka.
Menjadikan kes tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia sebagai contoh, Azalina berkata, perjalanan kes tersebut jelas mencerminkan bagaimana proses timbang tara boleh terdedah kepada penyalahgunaan oleh pihak penimbang tara.
“Dalam kes Sulu, tiada elemen profesionalisme dan tingkah laku beretika yang mana proses timbang tara itu tidak dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat (penuntut dan kerajaan Malaysia).
“Perintah award dikeluarkan secara tidak sah, yang mana penimbang tara itu sudah dibatalkan pelantikannya oleh Mahkamah Sepanyol, sekali gus tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes berkenaan.”
Dalam kes itu, lapan individu mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu membuat tuntutan USD15 bilion terhadap Malaysia.
Bagaimanapun, keputusan anugerah akhir didakwa dikeluarkan secara tidak sah oleh seorang penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa kepada kumpulan yang menuntut.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, proses timbang tara pada hari ini juga terdedah kepada penyalahgunaan kerana proses itu sendiri boleh dipindahkan.
Sebagai contoh katanya, sebelum keputusan di Sepanyol diperoleh, penimbang tara memindahkan kes ke Paris dan penuntut kemudiannya berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan dari perintah itu di negara seperti Belanda dan Luxembourg.
“Kita boleh buat kesimpulan, pihak yang membuat tuntutan boleh memindahkan proses ini ke negara-negara (yang mempunyai keanggotaan dalam Konvensyen New York 1958) mengikut pilihan mereka hingga dapat mencapai satu keputusan yang menguntungkan mereka.
“Mereka berupaya menggunakan taktik ini kerana menerima pembiayaan yang tinggi daripada dana litigasi dan pelabur yang menyokong usaha mereka, dengan harapan jika penuntut berjaya dalam proses timbang tara ini, mereka akan mendapat laba sebagai komisen dari perintah award itu. Usaha mereka ini boleh berterusan,” katanya.
Azalina berkata, tuntutan kumpulan yang mengaku sebagai waris kesultanan Sulu itu suatu tuntutan timbang tara palsu dan Malaysia akan terus mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau berkata, usaha juga sedang dilakukan secara seiring untuk lebih memahami kes Sulu dan bagaimana proses timbang tara boleh diperbaiki untuk mengelakkan ia disalah guna, antaranya dengan penganjuran Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023 yang akan berlangsung pada 4 Julai depan di Sabah dan di London pada akhir tahun ini.
Katanya, kolokium serupa yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Mei lalu, menghimpunkan ahli akademik, peguam, ahli sejarah dan komuniti timbang tara antarabangsa yang berfungsi sebagai platform untuk mendorong perbincangan tentang kes Sulu.
Azalina berkata, kerajaan akan terus melaksanakan segala usaha bagi menamatkan tuntutan timbang tara Sulu yang turut menggunakan negara-negara lain bagi menguatkuasakan perintah award yang tidak sahih kerana kos pengendalian bagi perintah palsu ini akan memberi impak kewangan kepada negara dan wang rakyat. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/tuntutan-sulu-tiada-mekanisme.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Seksis Anwar Kepada Pelajar Disalah Tafsir Kata Fadhlina

Kenyataan Seksis Anwar Kepada Pelajar Disalah Tafsir Kata Fadhlina

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 153 hits
PETALING JAYA Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim daripada tuduhan bahawa beliau membuat komen seksis kepada seorang pelajar Tingkatan Enam yang mengambil bahagian dalam forum awam Apabila diminta ...
Pm Arah Tarik Semula Lesen Perniagaan Yang Disalah Guna Dan Diberi Kepada Warga Asing

Pm Arah Tarik Semula Lesen Perniagaan Yang Disalah Guna Dan Diberi Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 175 hits
PM arah tarik semula lesen perniagaan yang disalah guna dan diberi kepada warga asing Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen ...
Ph Bn Guna Logo Sendiri Pada Prn Kelantan Kata Nik Nazmi

Ph Bn Guna Logo Sendiri Pada Prn Kelantan Kata Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 164 hits
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memilih menggunakan logo masing masing menjelang PRN Kelantan PETALING JAYA Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memilih menggunakan logo masing masing menjelang PRN Kelantan ...
Tuntutan Sulu Kerajaan Tidak Kompromi Cubaan Sabotaj Negara

Tuntutan Sulu Kerajaan Tidak Kompromi Cubaan Sabotaj Negara

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 240 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pentadbiranya tidak akan berkompromi terhadap mana mana tali barut yang bersekongkol atau membantu kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu Mengulas isu tunt...
30 Kata Kata Bijak Tentang Kehidupan

30 Kata Kata Bijak Tentang Kehidupan

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 244 hits
Ada kalanya membaca Kata Kata Bijak Tentang Kehidupan sedikit sebanyak dapat menceriakan kembali hari kita yang suram Lumrah kehidupan kita sebagai manusia ada hari kita ceria sepanjang hari namun ada kalanya kita terpaksa melalu hari yang ...
Rakaman Audio 1mdb Macam Suara Najib Kata Irwan

Rakaman Audio 1mdb Macam Suara Najib Kata Irwan

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 241 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa salah satu suara dalam empat rakaman audio yang dikaitkan dengan urusan 1MDB kedengaran seperti Najib Razak Bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata de...
Ahmad Maslan Penyebab Ekonomi Merudum Kata Khairy

Ahmad Maslan Penyebab Ekonomi Merudum Kata Khairy

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 217 hits
satuberita myBy June 22 2023BEKAS Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa semakin banyak Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi maka ia akan merudum dengan begitu panta...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet