Tuntutan Saman Terhadap 3 Pemimpin Dap Serta Ganti Rugi Rm5 Juta Setiap Seorang


Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menghantar tiga surat tuntutan kepada tiga lagi pemimpin DAP hari ini

Surat tuntutan dihantar kepada :  Adun Perai, Dr P Ramasamy; Adun Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid; dan Pengerusi DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa. 
Ia antara lain, menuntut permohonan maaf daripada ketiga-tiga mereka, serta ganti rugi sebanyak RM5 juta setiap seorang

Surat tuntutan itu dihantar atas dakwaan ketiga-tiga pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan “fitnah” dalam bentuk hantaran Facebook dan juga artikel mereka yang disiarkan di portal berita

Ketika dihubungi, pensyarah mesra PAS itu mengesahkan bahawa ketiga-tiga surat tuntutan telah dihantar kepada ketiga-tiga pemimpin DAP tersebut pagi ini, kira-kira jam 9.30 pagi

Tiga hantaran Facebook Ramasamy yang dirujuk di dalam surat tuntutan itu adalah hantaran pada 21 Mei 2017, serta hantaran pada 23 dan 24 Jun 2020 di Facebooknya, yang merujuk kapasiti “peribadi” Kamarul Zaman, serta kapasitinya selaku “pengarah, pensyarah kanan dan felo di UUM”

Surat tuntutan itu memetik sembilan kenyataan daripada hantaran berkenaan yang dikatakan berunsur fitnah terhadap dirinya, antara lain, menuduh Kamarul Zaman “kurang sensitiviti pendidikan untuk menyentuh (address) isu dengan lebih logikal dan rasional”

Ramasamy juga dipetik sebagai berkata bahawa Kamarul Zaman wajar diberikan surat tunjuk sebab oleh UUM kerana menjejaskan reputasi (disrepute) dan memalukan universiti itu dengan membuat tuduhan palsu dan dasyat (atrocious) kepada rakyat Malaysia

Kenyataan-kenyataan Ramasamy itu dikatakan membawa maksud, antara lain, bahawa Kamarul Zaman tidak mempunyai kelayakan, pembawaan (temperament), pendidikan dan sensitiviti untuk menjadi pensyarah di sebuah negara yang berbilang kaum dan agama

Ia juga, antara lain, didakwa membawa maksud bahawa pensyarah mesra PAS itu mempergunakan kedudukannya untuk mempengaruhi pelajarnya ke arah kebencian kaum serta agama, seorang penipu, dan membuat tafsiran yang ekstrem, provokatif dan tak berasas

Kenyataan Syerleena yang dirujuk surat tuntutan itu pula dibuat pada 18 Mei dalam artikel yang disiarkan di laman web dapmalaysia, serta pada 23 Mei 2017 dalam artikel yang disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today

Surat tuntutan itu memetik sembilan kenyataan Syarleena daripada artikel berkenaan yang didakwa berunsur fitnah terhadap Kamarul Zaman, antaranya, “mana-mana rakyat Malaysia yang waras akan ketawa terhadap kekarutan (absurdity) kenyataannya (Kamarul Zaman) dan mungkin mempersoakan kelayakannya sebagai ahli akademik…”

Juga, mengenai kenyataan Syerleena yang mendakwa Kamarul Zaman hanyalah “budak suruhan (lackey) yang sanggup merendahkan martabatnya demi membuktikan nilainya kepada tuan politiknya”

Kenyataan-kenyataan Syerleena itu dikatakan membawa maksud, antara lain, bahawa Kamarul Zaman membuat kesimpulan dungu (foolish) tidak padan dengan kedudukan dan kelayakannya sebagai ahli akademik, serta merupakan budak suruhan yang bertuankan ahli politik

Kenyataan Abdul Aziz pula dibuat di Facebooknya pada 7 Jun 2017, yang menurut surat tuntutan itu mengandungi tujuh kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Kamarul Zaman

Berdasarkan surat tuntutan itu, akibat kenyataan-kenyataan tersebut, Kamarul Zaman mengalami kerugian yang tidak dapat dipulihkan, kehilangan dan mudarat fizikal dan mental yang serius pada dirinya, serta reputasinya dalam kapasiti peribadi dan profesional sebagai pengarah, pensyarah kanan dan felo utama di UUM

“[...] Termasuk tetapi tidak terbatas pada pendedahan beliau terhadap hinaan dan cemuhan secara terbuka dan berterusan oleh masyarakat secara amnya yang menyebabkan anak guam kami mengalami kesusahan dan kegelisahan mendalam dan mendapat malu besar yang mana dia berhak dalam undang-undang pada pampasan dan dengan ini menuntut pampasan tersebut dari kamu,” kata surat tuntutan berkenaan

Oleh hal yang demikian, Kamarul menuntut agar ketiga-tiga pemimpin DAP berkenaan untuk membuat kenyataan terbuka yang mengakui dan mengisytiharkan kepalsuan semua kandungan hantaran atau artikel tersebut dengan penekanan terhadap kenyataan-kenyataan fitnah di dalamnya

Mereka turut dituntut memohon maaf, tanpa pengecualian, terma mahupun syarat untuk penerbitan hantaran atau artikel berkenaan, di samping aku janji yang mengikat dan boleh dikuatkuasakan untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama di lain masa

Selain itu, mereka dituntut membayar ganti rugi RM5 juta setiap seorang sebagai pampasan disebabkan penerbitan kenyataan yang dikatakan fitnah berkenaan

Menurut surat itu, sekiranya mereka tidak membalas tuntutan berkenaan dalam masa tujuh hari dari tarikh penerimaannya, maka tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap mereka

Kelmarin, Kamarul Zamn juga memulakan memulakan prosiding saman fitnah terhadap lima pemimpin DAP, iaitu : MP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, MP Seputeh, Teresa Kok, MP Kepong, Lim Lip Eng, MP Stampin, Chong Chieng Jen dan Senator DAP Pulau Pinang, Ariffin Omar.
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/tuntutan-saman-terhadap-3-pemimpin-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuntutan Saman Ganti Rugi Am Melebihi Rm 1 Juta Wow

Tuntutan Saman Ganti Rugi Am Melebihi Rm 1 Juta Wow

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 260 hits
Pelakon Emelda Rosmila menuntut permohonan maaf daripada pelakon Zarina Anjoulie kerana menerbitkan kenyataan fitnah terhadapnya Emelda menerusi sebuah kenyataan media menyatakan permohonan maaf tersebut haruslah disiarkan di media cetak Fa...
Saman Fitnah Terhadap Lima Pemimpin Dap

Saman Fitnah Terhadap Lima Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 299 hits
Mereka yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP Hannah Yeoh kerana melalui bukunya bertajuk Becoming Hannah mended...
Saman Fitnah Terhadap 5 Pemimpin Dap Dr Kamarul Zaman

Saman Fitnah Terhadap 5 Pemimpin Dap Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 450 hits
MEREKA yang biasa mengikuti perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini pasti mengingati peristiwa hampir tiga tahun lalu di mana saya telah menegur pemimpin DAP Hannah Yeoh kerana melalui bukunya bertajuk Becoming Hannah mended...
Mangsa Buli Saman Sekolah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta

Mangsa Buli Saman Sekolah Tuntut Ganti Rugi Lebih Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 851 hits
SEORANG pelajar mangsa buli pada Julai tahun lalu menyaman sekolahnya di Temerloh Pahang dan ketua pengarah pendidikan kerana gagal memastikan keselamatan terhadap dirinya semasa di kawasan sekolah lapor The Star Pelajar itu turut mendakwa ...
Dr Kamarul Zaman Yusoff Saman Fitnah 5 Pemimpin Dap

Dr Kamarul Zaman Yusoff Saman Fitnah 5 Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 338 hits
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata beliau telah memulakan memulakan prosiding saman fitnah terhadap lima pemimpin DAP Dia mendakwa mereka memfitnahnya di media sosial dan artikel dalam talian sejak 2017 Dala...
Kit Siang Berdepan Saman Rm5 Juta Didakwa Fitnah Dr Kamarul Zaman

Kit Siang Berdepan Saman Rm5 Juta Didakwa Fitnah Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 604 hits
Gambar Free Malaysia Today PENGANALISIS politik Dr Kamarul Zaman Yusoff mengemukakan notis tuntutan saman berjumlah RM5 juta terhadap Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini Peguam beliau Faidhur Rahman Abdul Hadi dari firma guaman Tetuan Azri...
Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

Dr M Pemimpin Dap Amanah Setuju Shafie Calon Pm Anwar Dan Mukhriz Calon Tpm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 373 hits
Cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan dan sekutunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah DAP dan Warisan kata Dr Mahathir Mohamad Mahathir...
Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 370 hits
Bekas pengarah tugas tugas khas PKR Sabah Nani Sakam bercakap kepada pemberita di Putatan hari ini PUTATAN Sekumpulan 11 ahli PKR Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan bahagian parti itu mengisytiharkan keluar parti har...
3 Lagi Pimpinan Dap Di Saman

3 Lagi Pimpinan Dap Di Saman

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 245 hits
SETELAH menghantar surat tuntutan kepada lima pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang Teresa Kok Chong Chieng Jen Lim Lip Eng dan Dr Arifin Omar hari ini surat tuntutan sama yang akan diikuti dengan tindakan saman sudah dihantar kepada tiga lagi p...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities