Tuntutan Pampasan Takaful Ditolak Kenapa




Permohonan tuntutan takaful oleh waris yang berdaftar boleh ditolak oleh syarikat takaful sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan.
 
Oleh itu, penting agar anda sebagai pencarum atau pemilik sijil mengetahui sebab-sebabnya agar dapat memastikan waris mendapat pampasan yang sepatutnya dengan tidak melakukan kesilapan ini.
 
Entri kali ini saya kongsikan sebab atau alasan syarikat takaful menolak tuntutan pampasan yang dikemukakan.

 
Sebab 1: Terlepas Pembayaran (Lapse Payment)
 
Manfaat dan pampasan dalam setiap produk takaful hanya boleh dinikmati sama ada untuk diri sendiri atau waris berdaftar sekiranya pelan takaful masih aktif. Bagi memastikan pelan takaful sentiasa aktif sepanjang masa, pembayaran atau caruman wajib dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa berlakunya kegagalan dalam proses mendapatkan pampasan.
 
Bagi pelan takaful Etiqa, tempoh masa selama tiga bulan diberi sebelum pelan tersebut ditamatkan. Pencarum wajib membayar segala caruman yang belum dilunaskan lagi untuk mengaktifkan semula pelan sedia ada.
 
Penyelesaiannya
 
Pastikan setiap caruman dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Tanggungjawab ini terletak di bahu anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran bagi tempoh setahun. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga sekiranya duit bukan menjadi halangan.
 
Anda juga boleh memilih menggunakan kaedah pembayaran secara automatik seperti menggunakan kad kredit atau kad debit. Hanya pastikan kad kredit anda masih belum luput tarikhnya atau tidak mencapai had kredit yang ditetapkan (had baki mencukupi untuk pembayaran).
 
Bagi pembayaran menggunakan kad debit pula. Anda perlu pastikan baki duit dalam akaun mencukupi sepanjang masa (sebagai langkah keselamatan).
 
 
Sebab 2: Tidak Memenuhi Syarat Yang Ditetapkan
 
Situasi 1: Gagal Mengisytiharkan Penyakit Sedia Ada
 
Kegagalan mengisytiharkan penyakit sedia ada akan menyebabkan tuntutan pampasan ditolak apabila melibatkan penyakit sedia ada.
 
Segala tuntutan yang diterima akan disemak dan disiasat terlebih dahulu oleh pihak takaful sebelum pampasan diserah kepada pewaris atau pemegang sijil.
 
Rugi bayar setiap bulan tetapi manfaat tidak dapat diperolehi apabila kecelakaan menimpa diri.
 
Penyelesaiannya
 
Berlaku jujur ketika mengisi borang permohonan. Maklumkan segala penyakit yang ada kepada pihak Takaful. Ini dapat memastikan tiada masalah berbangkit dikemudian hari.
 
Situasi 2: Melakukan Sesuatu Yang Melanggar Syarat Yang Ditetapkan
 
Dalam perjanjian, terdapat pengecualian perlindungan mengikut situasi tertentu.
Contohnya seperti kes kematian akibat terlibat dalam peperangan. Pihak takaful berhak menolak permohonan waris untuk mendapatkan pampasan mengikut perjanjian sedia ada.
 
Penyelesaiannya
 
Pastikan anda membaca dengan teliti segala syarat dan peraturan yang terkandung dalam perjanjian. Pastikan diri tidak terdedah dalam situasi yang menyebabkan waris atau diri hilang kelayakan mendapatkan pampasan seperti yang dijanjikan.
 
Situasi 3: Perlindungan Yang Diambil Tidak Bertepatan @ Mencukupi
 
Adalah penting bagi kita mengambil pelan yang bersesuaian dengan bajet yang ada mengikut keutamaan.
 
Sebagai contoh:
 
Kad Perubatan hanya membantu membayar segala kos yang ada serta kerugian yang kita alami ketika menerima rawatan di wad hospital. Terhad kepada had yang ditetapkan. Lebih dari itu, maka perlulah bayar baki kos perubatan yang ada.
 
Kad perubatan juga tidak boleh digunakan bagi tujuan mendapatkan pampasan untuk kes lain seperti kematian. Kalau mohon juga, pasti kena tolak.
 
Seperti juga kes penyakit kritikal. Pampasan hanya diberi sekiranya disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal seperti yang dinyatakan. Selain itu, permohonan pasti ditolak.
 
Penyelesaiannya
 
Ambil takaful mengikut keutamaan serta bajet yang ada. Pastikan jumlah perlindungan mencukupi dengan harga yang semurah yang mampu.
 
Berikut adakah jenis perlindungan yang perlu dimiliki mengikut keutamaan.
 
1. Perlindungan Asas
Kematian, Kecacatan Kekal & Penyakit Kritikal.
 
Entri Berkaitan:
Perlindungan Asas Dalam Takaful
 
2. Perlindungan Tambahan (Rider)
Pengecualian Pembayaran (Penyakit Kritikal), Kad Perubatan dan sebagainya mengikut keperluan dan bajet yang ada.
 
Entri Berkaitan:
Takaful Rider @ Etiqa
 
 
Paling penting, baca dan fahami perjanjian yang ada. Penting juga waris memahaminya sekali.
Supaya tidak berlaku kesalahfahaman di masa hadapan terutama ketika menuntut pampasan.
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2021/06/tuntutan-pampasan-takaful-ditolak-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Lelaki Ditolak Cuba Ditumbuk

Doktor Lelaki Ditolak Cuba Ditumbuk

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 206 hits
Oleh KLANG Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian mencederakan orang menggunakan pisau serta perselisihan faham membabitkan pegawai perubatan sebuah hospital di Klang pada awal bulan ini Ketua Polis Daerah Klang Selatan A...
Lelaki Ini Kata Mageran Perlu Ditolak Kini Waktunya Realisasikan Idea Kerajaan Perpaduan

Lelaki Ini Kata Mageran Perlu Ditolak Kini Waktunya Realisasikan Idea Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 205 hits
June 11 2021 Ada yang kata idea Mageran ini datang dari Kerajaan hari ini bagi mempertahankan kuasa Bagi aku tidak Jika itu kehendak mereka Dah pasti semalam tidaklah kelam kabut Setiausaha Sulit Kanan Muhyiddin Marzuki Mohamad tiba tiba be...
Kedai Motor Nak Taja Motor Tapi Ditolak Rider Foodpanda Rupanya

Kedai Motor Nak Taja Motor Tapi Ditolak Rider Foodpanda Rupanya

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 264 hits
TERDAHULU tular gambar mengenai seorang penghantar makanan Foodpanda yang gagah mengayuh basikal di bawah panas terik di Kota Bharu Disebabkan keprihatinan warganet ramai tersentuh melihat situasi tersebut dan ada pihak yang menawarkan pelb...
Design Poster A Rich Rezeki Takaful Savings Investment Saving

Design Poster A Rich Rezeki Takaful Savings Investment Saving

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 1047 hits
Design PosterA Rich Rezeki Takaful Savings Investment SavingAzura TahaAssistant Unit Manager Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lai...
T18a23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya Di Takaful Ikhlas Bangsar South

T18a23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya Di Takaful Ikhlas Bangsar South

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 321 hits
Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya daripada Takaful Ikhlas Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 untuk kereta Prot...
Tuntutan Publik Tak Terbendung Lagi Kpi Akhirnya Hentikan Sementara Sinetron Suara Hati Istri

Tuntutan Publik Tak Terbendung Lagi Kpi Akhirnya Hentikan Sementara Sinetron Suara Hati Istri

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 285 hits
Sinetron ini dihentikan sementara agar pihak produksi bisa menyusun cerita Semoga benar benar jadi solusi yang efektif ya
Sidang Tuntutan Kasus Penipuan Berkedok Investasi Digelar Di Pn Tangerang Kamis Ini

Sidang Tuntutan Kasus Penipuan Berkedok Investasi Digelar Di Pn Tangerang Kamis Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 248 hits
Berdasarkan penelusuran pada Sistem Informasi Penelusuran Perkara Pengadilan Negeri Tangerang kasus dengan nomor perkara 278 Pid B 2021 PN Tng itu sudah masuk dalam agenda Sidang Pembacaan Tuntutan Pidana yang kembali akan dilaksanakan pada...
Renew Insurans Roadtax Bjak My Cara Bayar Pilih Takaful Motorsikal Kereta

Renew Insurans Roadtax Bjak My Cara Bayar Pilih Takaful Motorsikal Kereta

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 360 hits
RENEW INSURANS ROADTAX BJAK MY CARA BAYAR PILIH TAKAFUL MOTORSIKAL KERETA Pernahkah anda renew insurans roadtax Bjak my Bagaimanakah cara bayar dan pilih perlindungan untuk motor dan kereta anda melalui portal Bjak my CARA BAYAR INSURANS MO...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix

Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang