Tuntut Hutang Kawan Di Mahkamah Tuntutan Kecil



Kita mungkin ada kawan-kawan yang suka meminjam duit tapi begitu liat untuk membayarnya semula. Katanya anak-anak nak masuk sekolah, kita bagi pinjam. Ada kawan nak mulakan perniagaan, kita bagi pinjam dan sebagainya. Lama-lama kita tengok mereka yang pinjam ini sudah berjaya keluar daripada kesusahan, mulalah travel, tukar kereta, tukar handphone dan sebagainya.

Tapi dengan keadaan yang sudah stabil sepertinya, tidak ingat kepada orang yang memberi pinjaman duit tersebut. Alih-alih kita pula yang kene minta duit kita semula, padahal yang hutang tu dia. Kita biasa dengar, sebab hutang putus kawan dan sebagainya. Disebabkan takut putus kawan, kita malulah nak minta semula kan. Dah macam-macam hint diberi, tapi masih tak sedar dia itu berhutang dengan kita.

Baca Juga : Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Untuk Anda

Jadi apa perlu lagi dibuat untuk minta hutang tanpa mengeruhkan keakaraban seorang kawan. Sebenarnya, ada cara untuk korang minta hutang daripada kawan korang itu tanpa berlaku apa-apa sengketa pun iaitu melalui tuntutan di Mahkamah Tuntutan Kecil

Tuntut Hutang Kawan Yang Liat Nak Bayar Melalui Mahkamah Tuntutan Kecil
Aik, takkan hutang 1000-2000 pun nak kene masuk mahkamah? Kos bukan kecil, nak hire peguam lagi, naik turun mahkamah lagi. Ni hutang RM2000 dah jadi kita pula berhutang dengan peguam.

Jangan risau, melalui Mahkamah Tuntutan Kecil ini anda tidak perlu keluarkan kos yang tinggi pun, peguam pun tak perlu. Serius? Ya! Anda boleh tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil. Apa pula tu?


Mahkamah Tuntutan Kecil adalah Mahkamah Majistret Yang mendengar kes-kes tuntutan kecil, iaitu kes-kes yang mana jumlah yang dituntut tidak melebihi RM5000. Dalam Mahkamah Tuntutan Kecil, pihak-pihak tidak boleh diwakili oleh peguam. Oleh itu, ketika perbicaraan sesuatu pihak tidak akan mendapat kelebihan diwakili peguam pun.

Jadi dengan adanya Mahkamah Tuntutan Kecil ini, jika kawan korang hutang RM5000 dan ke bawah, anda boleh bawa ke mahkamah tanpa peguam pun. Jadi disini sudah pasti kosnya rendah.



Ikuti penulisan penuh daripada peguam muda Syahredzan Johan di malaysianbar.org di bawah berkaitan Mahkamah Tuntutan Kecil.

Anda boleh dapatkan borang ‘Writ’ Mahkamah Tuntutan Kecil, iaitu Borang 198, daripada Mahkamah. Anda perlu isi borang tersebut dengan nama, kad pengenalan dan alamat anda sebagai plaintif, iaitu pihak yang menuntut, dan juga maklumat yang sama untuk defendan, pihak yang dituntut. Seterusnya, anda juga harus butirkan tuntutan anda dalam Borang 198 tersebut.

Nyatakan apa yang anda tuntut dan bagaimana tuntutan anda itu berbangkit dan asas tuntutan tersebut.


Selepas mengisi borang tersebut, ia harus difailkan di Mahkamah dalam 4 salinan. Bayaran fi pemfailan adalah sebanyak RM20. Bandingkan dengan kes mahkamah majistret biasa di mana fi pemfailan adalah RM100. Borang itu akan dimeterai mahkamah dan juga akan menetapkan tarikh bicara untuk kes yang didaftarkan itu. Seterusnya, borang writ itu harus diserahkan kepada defendan secara penyampaian kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar.

Perbicaraan akan dikendalikan oleh majistret. Seperti perbicaraan biasa, pihak plaintif, harus membuktikan kes terhadap defendan. Dalam senario di atas, bawalah segala dokumen yang berkenaan untuk menunjukkan bahawa anda telah meminjamkan wang tersebut kepada anda.

Jika tidak ada dokumen, keterangan lisan juga boleh diterima. Apa perbualan, apa yang dipersetujui, bila pinjaman dibuat dan sudah berapa lama ia tidak dibayar semula. Selepas selesai keterangan plaintif, defendan pula memberi keterangan. Akhirnya, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, majistret akan memberi keputusannya.

Ikuti juga perkongsian pengalaman daripada individu di laman facebook Doc Ensem

Jadi, jangan putus asa sekiranya anda mempunyai tuntutan yang kecil. Masih ada pilihan untuk anda membawa kes ke muka keadilan, walaupun anda mungkin tidak berkemampuan atau tidak berbaloi untuk melantik peguam. Hak anda masih boleh ditegakkan di Mahkamah Tuntutan Kecil.


sumber : themalaysianbar.org



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2019/12/tuntut-hutang-kawan-di-mahkamah9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Semuanya Dah Selesai Kawan Liat Bayar Hutang Mangsa Heret Ke Mahkamah

Alhamdulillah Semuanya Dah Selesai Kawan Liat Bayar Hutang Mangsa Heret Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 211 hits
Adat berhutang si peminjam haruslah bayar apabila sudah berjanji pada waktu dan tarikhnya Bukannya mendiamkan diri dan terus mengelak dari membayar hutang Namun berapa ramai yang masih mengamalkan sikap berpegang kepada janji sendiri Rata r...
Polisi Menduga Jejak Kaki Kecil Di Tkp Pencurian Dibuat Dari Telapak Tangan

Polisi Menduga Jejak Kaki Kecil Di Tkp Pencurian Dibuat Dari Telapak Tangan

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 217 hits
Polisi menduga jejak menyerupai kaki anak kecil di lokasi pencurian di Desa Baha Banjar Pengabetan Kecamatan Mengwi Kabupaten Badung Bali dibuat dari telapak tangan
Cara Buat Tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Cara Buat Tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 595 hits
Ketahui hak anda sebagai seorang pembeli rumah Jangan biarkan diri anda dibuli oleh pemaju Dah buat aduan pun pemaju masih berdegil dan buat tak endah
Ridwan Kamil Tolak Penuhi Tuntutan Buruh Terkait Sk Umk 2020

Ridwan Kamil Tolak Penuhi Tuntutan Buruh Terkait Sk Umk 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 203 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil menolak revisi poin dalam Surat Keputusan mengenai UMK 2020 yang dituntut oleh ribuan buruh Ia menilai setiap kebijakan tidak bisa memuaskan semua pihak
Ramkarpal Cari Jalan Serah Surat Tuntutan Kepada Yusoff Rawther

Ramkarpal Cari Jalan Serah Surat Tuntutan Kepada Yusoff Rawther

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 208 hits
By 9 December 2019Peguam Ramkarpal Singh bercakap kepada media mengenai Ahli Parimen Sungai Pelek Ronnie Liu menghadiri perhimpunan Hari Memperingati Perjanjian Hatyai PKM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI 09 DIS...
Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

Kenyataan Media Isu Tuntutan Permohonan Maaf Daripada Presiden Parti

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 324 hits
KENYATAAN MEDIAISU TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF DARIPADA PRESIDEN PARTIKEADILAN memandang serius kenyataan segelintir pemimpin KEADILAN yang mendesak agar Datuk Seri Anwar bin Ibrahim memohon maaf di atas keputusan pemecatan dua anggota parti S...
Itinerari Lengkap Bercuti 5 Hari 4 Malam Ke Kundasang Amp Kota Kinabalu Bersama Anak Kecil

Itinerari Lengkap Bercuti 5 Hari 4 Malam Ke Kundasang Amp Kota Kinabalu Bersama Anak Kecil

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 418 hits
Sabah merupakan Negeri Di Bawah Bayu yang sangat terkenal dengan kepelbagaian etnik dan tempat tempat yang menarik Setiap tahun pasti ramai yang melancong ke Sabah untuk melawat dan menikmati udaranya yang segar Jadi ibu ini telah kongsi it...
Tarikh Pilihan Raya Kecil Kimanis 18 Jan 2020

Tarikh Pilihan Raya Kecil Kimanis 18 Jan 2020

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 318 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Kimanis adalah 18 Jan 2020 dan tarikh penamaan calon pada 4 Jan 2020 Beliau mengumumkan tempoh berkempen bagi PR...
Anak Kecil Cacat Penglihatan Nyanyi Lagu Atasi Takut Jadi Perhatian Dunia

Anak Kecil Cacat Penglihatan Nyanyi Lagu Atasi Takut Jadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 319 hits
Bagi sesetengah orang mendapatkan rawatan di hospital merupakan satu ketakutan yang ingin dielakkan Begitulah yang dialami oleh gadis berumur lapan tahun yang mengalami ketakutan ketika diberikan rawatan oleh pegawai perubatan Dilahirkan da...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024