Tunku Azizah Tawar Peluang Ke 2 Prospek Mahir Tenun Pahang Diraja


Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah beri peluang kepada 17 prospek daripada Penjara Penor dan Bentong untuk tingkat kemahiran selepas dibebaskan.
Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri) Mohd Ali Rustam (tengah) dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) melihat pameran ‘Lukisan Jiwa’, karya M Nasir pada Temasya Warisan Pahang, semalam. (Gambar Facebook Kesultanan Pahang)PEKAN: Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan memberi peluang pekerjaan kepada prospek mahir dalam seni Tenun Pahang Diraja, melalui Perkampungan Ihsan Al-Sultan Abdullah
Tunku Azizah bertitah sebanyak 17 prospek daripada Penjara Penor dan Bentong yang menyertai Pertandingan Tenun Pahang Diraja Piala Tunku Azizah, telah memberi inspirasi untuk baginda menghidupkan semula seni warisan berkenaan, sekali gus memberi peluang kedua kepada mereka selepas dibebaskan.
“Saya tidak boleh bergerak tanpa penjara (Jabatan Penjara Malaysia) yang banyak menolong saya. Mereka yang memberikan saya inspirasi untuk menghidupkan semula seni Tenun Pahang Diraja. Tanpa mereka saya tidak akan berada di sini.
“Oleh kerana mereka (prospek) telah memberi saya inspirasi dan saya ingin memberi harapan balik kepada mereka, supaya mereka dapat menyambung seni (Tenun Pahang Diraja) ini, apabila mereka keluar daripada penjara,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berucap selepas penyampaian hadiah Pertandingan Tenun Pahang Diraja dan perasmian Temasya Warisan Pahang yang disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Muzium Maritim Pulau Beram, di sini semalam.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Yang di-Pertua Melaka Mohd Ali Rustam dan isteri Asmah Abdul Rahman.
Tunku Azizah bertitah kejayaan prospek memenangi pertandingan tersebut, membuktikan hasil tenun dari Penjara Penor dan Bentong merupakan antara yang terbaik dalam negara, dengan rekaan cantik serta berkualiti tinggi.
Pertandingan Piala Tunku Azizah merupakan platform berprestij yang dinamakan sempena Tengku Ampuan Pahang sendiri, dengan objektif mencungkil bakat penenun kreatif serta memberi pengiktirafan kepada artisan Tenun Pahang Diraja yang berkualiti tinggi, selain mengangkat warisan itu ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut melancarkan Yayasan Warisan Tunku Azizah, yang merupakan sebuah organisasi yang dinaungi oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja.
Sementara itu, baginda berdua turut berkenan untuk melihat pameran “Lukisan Jiwa” yang menampilkan karya seni lukis oleh penyanyi tersohor M Nasir, diikuti konsert khas beliau di muzium berkenaan.
Antara lukisan hasil karya M Nasir yang dipamerkan termasuklah “Hud-hud dan Pohon Tin”, “Penari dan Pohon Tin”, dan “Darwis Malam’, selain karya terbaru beliau “Menjaring Bayangan Bintang” dan “Nasib Kapal Kertas”. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/tunku-azizah-tawar-peluang-ke-2-prospek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai Rm75 Bilion Wujudkan 25 000 Peluang Pekerjaan

Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai Rm75 Bilion Wujudkan 25 000 Peluang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 562 hits
KUALA LUMPUR Negeri Pahang bakal menerima pelaburan berimpak tinggi bernilai RM75 bilion menerusi pembangunan Kompleks Hybrid Shipyard di Tanjung Agas yang dijangka bermula lapan bulan dari sekarang Projek yang melibatkan keluasan lebih 1 0...
Pemuda Umno Pahang Jangan Jadi Penonton Bisu

Pemuda Umno Pahang Jangan Jadi Penonton Bisu

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 709 hits
Advertisement KUANTAN Pemuda PAS Pahang mengingatkan Pemuda Umno Pahang agar tidak terus menjadi penonton bisu dalam isu penghinaan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia oleh Pemuda Sosialis DAP Advertisement Ketua Pemuda PAS Pahang Zulfadli ...
Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 510 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyeru rakyat agar tampil sebagai pelopor dalam menghidupkan semula roh dan penggunaan tulisan Jawi Baginda percaya memelihara tulisan Jawi bukan sekadar amanah s...
Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 483 hits
KUANTAN Selepas dua tahun isu sepuluh projek Perumahan Generasi Baru Felda terbengkalai dibangkitkan di sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Bersatu mendakwa masih belum nampak sebarang tanda ia diatasi kerajaan negeri Timbalan Pengerusi Ber...
Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda

Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 443 hits
ROMPIN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mencuri perhatian warga maya dengan kemahiran bermain sepak takraw Kemahiran itu ditonjolkan baginda ketika bercemar duli bera...
Lebih 3 000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran Dbkl

Lebih 3 000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran Dbkl

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 708 hits
KUALA LUMPUR Lebih 3 000 anak Pahang menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini Larian anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang itu disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang ...
Unit K 9 Kastam Diraja Malaysia Jadi Bintang Raptai Hari Kebangsaan 2025

Unit K 9 Kastam Diraja Malaysia Jadi Bintang Raptai Hari Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 889 hits
Unit K 9 Kastam Diraja Malaysia Jadi Bintang Raptai Hari Kebangsaan 2025 Setiap tahun antara acara yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia adalah perarakan sambutan Hari Kebangsaan Antara yang paling dinanti nantikan tentunya kemunculan...
Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang Langgar Syarat Sah Lesen

Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang Langgar Syarat Sah Lesen

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 512 hits
KUANTAN Enam kru termasuk seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pahang selepas sebuah vesel nelayan tempatan disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan negeri ini kelmarin Pengarah Maritim Pahang L...
Pesawat Tempur Terlibat Kemalangan Di Pahang

Pesawat Tempur Terlibat Kemalangan Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 200 hits
FMT ReportersTentera udara memaklumkan satu kemalangan melibatkan sebuah F A 18D berlaku pada 9 05 malam tadi PETALING JAYA Sebuah pesawat tempur tentera udara terlibat dalam satu kemalangan malam tadi menurut kenyataan Tentera udara memakl...
Hael Husaini Feat Nadeera Peluk Chord

Cipta Bebola Kentang Inti Ayam Yang Menggoda Lebih Power Dari Menu Restoran Segera

Salam Kemerdekaan Ke 68 Cuti Panjang Atau Kerja

Nabila Maharani Amanah Cinta Chord

Contoh Sambutan Pernikahan Mewakili Keluarga Yang Singkat Tapi Bermakna

Suara Hak Setiap Insan

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


September Datang Lagi

Clear Mission Statement For Business

Mbsb Bank Lakar Sejarah Dengan Kerjasama Wise Perkenalkan Easy Transfer

Gempa Bumi Afghanistan Angka Korban Meningkat Kepada 622 1 500 Cedera

Tunku Azizah Tawar Peluang Ke 2 Prospek Mahir Tenun Pahang Diraja

Why Salads Are Good For You