Tunggu Kaya Dulu Baru Berbakti



RAMAI rakyat yang terjejas teruk dan bergelut dengan masalah ekonomi susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan virus Covid-19.
Tahap kesihatan mental masyarakat di negara kita juga perlu diberi perhatian serius. Semakin banyak masalah mental dilaporkan rentetan tekanan akibat pandemik Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mereka menerima sebanyak 122,328 panggilan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial sejak 1 Januari hingga 18 Jun 2021.
Kebanyakannya membabitkan kehilangan pekerjaan dan pendapatan, hilang tempat bergantung, masalah rumah tangga dan tekanan ketika bekerja dari rumah.
Ramai peniaga kecil turut terkesan akibat PKP kerana tidak dapat berniaga. Antaranya, pasangan suami isteri Mazlan dan Siti Khadijah yang saya kenali setelah beberapa kali bertemu semasa aktiviti kebajikan namun tidak pernah bertanya apa pekerjaan mereka. Rupanya, mereka berniaga pasar malam di Kota Bharu dan sehingga kini masih tidak dapat menjalankan perniagaan.
Kebiasaannya, mereka yang terlibat dalam aktiviti kebajikan mempunyai pendapatan tetap ataupun menerima pencen bagi yang sudah bersara. Lebih-lebih lagi NGO seperti Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) yang dianggotai oleh golongan peniaga seperti presidennya, Pui Tiong Lam.
Jika terdapat permohonan daripada mereka yang dalam kesusahan dan tiada sumbangan dari luar, mereka akan kumpulkan duit sesama ahli dan ahli jawatan kuasa (AJK).
Hampir setiap hari, Mazlan dan Siti Khadijah mengabdikan diri dalam kerja-kerja kebajikan KKCK, tidak kira hari bekerja mahupun hari minggu.
Saya agak terkejut apabila dapat tahu pasangan suami isteri ini langsung tidak mempunyai pendapatan sekarang dan simpanan mereka juga sudah banyak susut.
Keadaan ini tidak sedikitpun menggusarkan mereka. Kata mereka, ada yang lebih susah dan tiada beras untuk dimasak.
Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang

Saya cukup kagum dengan Mazlan dan Siti Khadijah. Mereka tidak menunggu sumbangan di rumah sebaliknya keluar menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan. Sedikitpun mereka tidak mengeluh. Bagi mereka, orang yang bahagia ialah orang yang merasa cukup dan membahagiakan orang lain.
Saya dapat belajar dan menghayati erti syukur apabila turun ke lapangan bersama sahabat-sahabat NGO. Bersyukurlah kerana kita ada mata yang boleh melihat, ada kaki dan tangan untuk bekerja dan dipanjangkan hayat bagi menikmati lagi ciptaan ALLAH. Apabila kita bersyukur, secara automatik, hati akan tenang dan bahagia.
Orang yang bahagia ialah orang yang menyelesaikan masalah. Apabila berdepan cabaran hidup, mereka akan berfikir cara menghadapi dan menyelesaikannya.
Kita boleh bantu orang lain yang bermasalah dengan mempermudahkan urusan mereka.
Jadilah orang yang optimis dan melihat gelas yang berisi separuh sebagai separuh penuh, bukannya separuh kosong. Orang optimis mencari manfaat dan hikmah daripada setiap masalah atau cabaran.
Sebagai umat Islam, kita sering diingatkan bukan sahaja agar tidak bertangguh untuk melakukan kebaikan tetapi apa jua pekerjaan atau tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.
Jika anda semua terfikir untuk membuat kebajikan, sekarang adalah masa yang terbaik. Lihatlah di sekeliling kita; jika ada jiran dan sahabat yang putus bekalan makanan, bantulah mereka. Tidak perlu tunggu anda kaya.
Tidak perlu tunggu ada duit lebih. Jika tidak boleh bantu daripada segi kewangan, bantulah dengan tenaga atau kudrat, sebagaimana pasangan Mazlan dan Siti Khadijah. Semoga mereka yang seperti ini mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
* Dr Johari Yap ialah Pensyarah Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia merangkap Naib Presiden Macma Malaysia
Baca Artikel Menarik :
Saya dah tutup pintu depan, tapi… Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak Layari Laman Facebook MYKMU
PEJUANG Dakwa Kerajaan Langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat

 
The post Tunggu kaya dulu, baru berbakti? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/02/tunggu-kaya-dulu-baru-berbakti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingin Menambah Kucing Baru Jawab Dulu 5 Pertanyaan Ini

Ingin Menambah Kucing Baru Jawab Dulu 5 Pertanyaan Ini

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 346 hits
Agar bisa membuat keputusan dengan tepat coba jawab 5 pertanyaan berikut ini
Depa Dok Cari Katak Dulu Baru Buka Parlimen

Depa Dok Cari Katak Dulu Baru Buka Parlimen

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 529 hits
Shahidan kata Muhyidin masih cukup sokongan Nazri Aziz pun kata Muhyidin masih ada majoriti Ismail Sabri pun kata Kerajaan PN masih ada majoriti Tunggu pula apa kata tuan punya badan betul kah atau tidak Tiada jawapan Tapi dia beri isyarat ...
Sebelum Pisahkan Tempat Tidur Anak Lakukan Perkara Ini Dulu Baru Anak Seronok

Sebelum Pisahkan Tempat Tidur Anak Lakukan Perkara Ini Dulu Baru Anak Seronok

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 294 hits
Normal untuk kanak kanak kecil berasa takut apabila disuruh tidur di biliknya sendiri Apatah lagi jika ini adalah pertama kali si kecil berpisah tidur dengan anda Kanak kanak yang baru diajar tidur sendiri di dalam bilik mereka pasti akan t...
Generasi Baru Tidak Segan Silu Mencerca Para Ulama

Generasi Baru Tidak Segan Silu Mencerca Para Ulama

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 278 hits
Daripada anda mengutuk para ulama yg memberi nasihat Dulu zaman penjajahan kita terjaga akidah kita kerana adanya para ulama Jika tidak mungkin iman kita sudah hilang seperti yg dihadapi org2 Filipina dibawah penjajahan Sepanyol Kutukan2 da...
Terkini Sidang Parlimen Isnin Ditangguh Hingga Suatu Tarikh Baru

Terkini Sidang Parlimen Isnin Ditangguh Hingga Suatu Tarikh Baru

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 258 hits
gemilangdaily comSidang parlimen Isnin ditangguh hingga suatu tarikh baru Sidang khas parlimen yang seharusnya disambung Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang dikeluarka...
Ziarah Raya Punca Kluster Baru Di Sabah

Ziarah Raya Punca Kluster Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 312 hits
Kluster ini melibatkan individu individu yang menjalankan aktiviti ziarah menziarahi di Kampung Tembidong Bidong Nangoh Telupid semasa sambutan perayaan PUTRAJAYA Satu lagi kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah menziarahi dikesan di S...
Vaksinasi Covid 19 Di Indonesia Baru 24 49 Persen

Vaksinasi Covid 19 Di Indonesia Baru 24 49 Persen

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 294 hits
Hingga saat ini Indonesia telah menyuntikkan lebih dari 67 juta dosis vaksin Covid 19 tepatnya 67 761 337 dosis atau sekitar 24 49 persen dari total populasi Indonesia
Kucing Baru Si Comot

Kucing Baru Si Comot

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 457 hits
Mengenang kisah lama dak OyenDak Oyen kucing ni asalnya kepunyaan jiran depan rumah kami Rajin ia menyelinap masuk ke dalam rumah kami seolah olah dengan sengaja menyerah diri Awalnya aku selalu marahkan ia sebab masuk rumah tak reti nak ba...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan