Bayi Di Australia Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Lahir Akibat Ibu Degil Amal Lotus Birth Taknak Potong Tali Pusat
Anda pernah dengar istilah ‘lotus birth‘?
Ia adalah satu amalan melahirkan bayi dengan cara tidak memotong uri sejurus bayi dilahirkan atas beberapa faktor yang diminta oleh si ibu sendiri.
Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kematian seorang bayi bernama Harlow di Australia yang meninggal dunia akibat sakit yang teruk selepas ibunya mengamalkan ajaran pelik sejurus kelahirannya.
Bagi laporan asal berkenaan bayi ini, anda boleh baca di sini.
Gambar: agensi
Sementara itu, seorang doktor perubatan, Dr. Malarsanthi Santherasegapan berkongsi di Facebook akan kisah bayi ini dalam versi Bahasa Malaysia agar mudah dibaca dan difahami dengan lebih terperinci.
Mari ikut kisah ini.
Gambar: Facebook
Saya compile di sini Kisah Sengsara Lotus Birth Baby Harlow dan kematiannya yang tragis!
Niat saya, kalau esok lusa ada ibu yang terpedaya dengan dakyah Lotus Birth dan dia tekan search Lotus Birth, semoga ibu itu sampai ke posting saya ini. Semoga ibu itu baca dulu lisah Baby Harlow akibat Lotus Birth sebelum dia buat keputusan & pilihan.
Permulaan: KEJAHILAN BOLEH “MEMBUNUH”
Ini adalah kisah seorang wanita Australia dan bayinya yang hanya sempat hidup 2 hari di muka bumi ini, Baby Harlow.
Pasangan ini berkawin 13 tahun tanpa cahaya mata. Setelah cuba dengan macam-macam cara, akhirnya si isteri berjaya mengandung bayi sulungnya melalui cara IVF.
Nak dijadikan cerita, si ibu menolak hampir SEMUA rawatan dan protokol sejak mengandung sehinggalah baby tu lahir dan mati. Nasihat dari pakar-pakar yang legend pun ditolaknya. Si ibu berpegang dengan bacaannya sendiri dari Google. Nasihat dari bidan lagilah dia taknak pandang.
Baby Harlow sempat ‘sihat’ 6 jam sahaja. Kemudian semuanya SENGSARA dan disahkan mati pada hari ke-2 hidupnya.
Soalan saya: Lepas dia tolak semua nasihat pakar, pastu babynya mati, apa agaknya perasaan si ibu ni? Dapat tak tidur tenang lepas tuh? Boleh tak ‘maafkan’ diri sendiri? Agaknya ada tak sekelumit rasa bersalah?
Kalau mak dah pesan, tapi saya degil buat jugak.. Pastu ‘terhantuk’, tu pun saya akan menyesal dalam hati tak sudah.
Agaknya, dia menyesal tak sudah tak? Nak nak bila mahkahmah memutuskan kematian baby nya berpunca dari pilihan si ibu sendiri. Menyesal tak?
Gambar: Facebook
Fasa 1: Baby Harlow MATI sebab SERONOK?
1) Ibu kepada Baby Harlow, Puan L mengandung selepas 13 tahun perkahwinan. Pada awalnya Puan L follow up dengan Dr A (swasta rasanya). Ketika kandungannya 19 minggu dia dirujuk ke hospital besar, direct bawah pakar yang power. Katanya si ibu yang request dirujuk tu. Tapi Dr A cakap sebenarnya dia malas nak layan kerenah Pn L.
(Macam Dr. pakar O&G ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157737573802968&id=728067967)
2) Di (hospital) kerajaan, check up dengan Dr B pulak. Kali pertama jumpa Dr B, si ibu diberitahu Dr agak risau sebab Baby H lebih kecil dari umurnya yang 22 minggu ketika itu. Dr tak tahu punca kenapa baby kecik, sebab si ibu ni TAKNAK buat ujian minum air gula, dan ujian lain untuk tahu kenapa baby kecik.
Disebabkan Baby H kecil, kehamilan Puan L masuk kategori risiko tinggi. Setiap temujanji, kena jumpa Dr & bidan skali. Dipantau rapi dan dinasihatkan berbakul bakul. Tapi si ibu ni pekakkan telinga. Dah lah tak dengar nasihat, tak ikut protocol, dia pergi pulak tulis Birth Plan panjang lebar, nak kelahiran yang ‘seronok’ dan ‘gentle’.
3) Antara Birth Plan Puan L adalah:
Lotus Birth: biarkan baby bersambung dengan tali pusat & uri sampai dia kering sendiri. (Dia ingat anak dengan bunga sama?)
Vaginal seeding: ambil air dari vagina ibu, letak kat muka badan & seluruh tubuh baby
Jangan bagi apa-apa vaksin atau ubat
BIRTH PLAN inilah yang membawa kepada kesengsaraan & kematian Baby Harlow.
Sekarang baby kau dah mati? Seronok?
Sekarang baby nya “Resting In Peace”, gentle?
Jangan salahkan doktor atau hospital kalau tolak Birth Plan korang yang pelik-pelik. Sebab kejahilan korang akan ‘MEMBUNUH’.
Fasa 2: Kelahiran Ajaib Baby Harlow
Baby H lahir secara emergency Cesearean pada dalam usia pramatang. Kenapa pulak? Apa jadi dengan Birth Plan mak dia yang nak ‘Lotus Birth’ bagai?!
Baby H lebih kecil dari usia dia sejak usia 22minggu. Dr B suruh Puan L check kencing manis & kuman di pangkal rahim : TAKNAK!!
Baby H duduk dalam keadaan songsang dari usia 32 minggu. Ibunya dijadualkan buat prosedur ‘pusing baby’ pada 16 Ogos. Tapi Puan L pecah air ketuban pada 13 Ogos (tak sempat pusing). Takdir? Petunjuk?
**(mungkin Baby H memang nak sangat lahir LSCS, taknak lalu vagina mak dia. Baby macam tahu bahaya menunggunya)
Sebaik sampai di hospital dengan air ketuban pecah, Dr B suruh Puan L cucuk antibiotik: TAKNAK. (Misi tulis besar-besar dalam file. Tq Misi)
Dr suruh check kuman kat pangkal rahim: TAKNAK.
Dr suruh Pn L ambil injection untuk kuatkan paru-paru Baby H memandangkan dia akan lahir pramatang: TAKNAK!
Dr B nasihatkan Pn L tak payah Lotus Birth bagai sebab lahir melalui pembedahan: TAKNAK! Nak jugak berlotus teratai bagai!
Baby H lahir pada 12.19 am, 14 Ogos melalui pembedahan Ceasearean. Bayi perempuan yang cukup sifat (comel katanya). Nafas elok, nangis elok.
Vaksin & Vitamin K ditolak (expected).
Baby H pramatang dengan berat kurang dari 2.5 kg.
**Baby seperti ini, WAJIB dimasukkan ke Unit Khas Baby (SCN) untuk pantauan rapi. Kena jaga leklok, tengok pernafasan, bagi susu. Akak-akak misi kat SCN akan tengokkan baby-baby pramatang pagi petang siang malam. Biasanya, dapat discharge elok, dan membesar macam biasa (ada yang dah jadi doktor pun).
TETAPI, ibu degil Puan L MENOLAK admission ke SCN, dan sign borang ‘AOR’. Maka, Baby H sempat hidup ‘sihat’ 6 jam sahaja. Lepas tuh semua sengsara. Sampai disahkan meninggal.
Fasa 3: Baby Harlow SENGSARA! (Warning : Panjang ye cerita ni)
Usia 15 Jam Baby H MULA sengsara! Dr P dipanggil untuk tengokkan Baby H. GULA RENDAH!! Dr P tegaskan berkali-kali kat Pn L & suami, Baby H perlu dipantau rapi di SCN. Baru mereka setuju. (baca Nota Kaki)
Usia 16 Jam, 4.40pm: Baby H admit SCN. Nampak lembik, pucat, kulit beruam (mottled), badan sejuk. Diberi air gula untuk rawatan gula rendah. Baby H okay sikit.
Dr P bebel kat Pn L “Lotus” tu bawak kuman kat Baby H masuk kat pusat, kemudian perut.
Misi-misi SCN pun bebel. Pn L setuju nak potong “Lotus”(dah 16 jam).
11.45pm: Baby H nafas sangkut-sangkut, pucat. Nurse panggil Dr P urgent. Dr P tengok badan makin sejuk, perut kembung (dari pusat yang baru potong Lotus tu).
JANGKITAN KUMAN DAH MEREBAK = SEPSIS!
Dr P call pakar dia terus.
Gambar: Facebook
1.30 am: baru settle buat: Check darah, bagi 2 jenis antibiotics. *(bunyi simple kan, memang makan masa dalam 2 jam)
5.30 am: Nurse panggil Dr P lagi skali: Nafas still sangkut, makin lembik, ruam (mottle) satu badan makin menjadi.
Dr P risau jangkitan dah naik kat selaput otak. Dia tambah lagi antibiotics yang boleh matikan kuman di otak.
6.00am: Baby H pucat & kuning, badan sejuk & tak bergerak & lembik sangat. Ruam makin bertambah. Perut lagi kembung. Badan kering sangat. (ni semua combo SEPSIS)
Diberi bantuan oxygen. Masuk air melalui jarum kat tangan. Ok sikit, tapi still sengsara.
6.40 am – 6.45 am: Dr P bincang kes Baby H dengan pasukan PIPER, Pakar Bayi. Pastuh dia call Pakar Perunding PIPER, Prof S.
Prof S bagi pendapat, dan suruh tambah 1 lagi ubat.
Gambar: Facebook
7.30 am: Nafas makin laju, makin sangkut. Oxygen tak cukup. Dr P “up” kan bantuan pernafasan. Jenis CPAP.
8.00 am: Nafas ok sikit. Nampak stabil sikit daripada sebelum tu.
8.15 am: Dr P call pasukan PIPER dan update progress Baby H. Tak lama pastu PIPER sampai di NICU.
8.15 am-9.20 am: DrP & pasukan PIPER sama-sama check Baby H. Badan sangat sejuk, tak bergerak, nafas makin teruk, lembik, pucat, perut kembung.
9.20am – 10.40am: Tiub pernafasan dimasukkan dalam tekak Baby H.
Tambah antibiotics sebab perut makin kembung. Masuk darah (transfusion).
Diberi ubat kuatkan paru-paru.
Diberi ubat naikkan tekanan darah.
Diberi injection Vitamin K.
Darah terlampau berasid, diberi ubat NaHCO³. (dah kritikal sgt)
Pasukan PIPER & Prof S buat keputusan nak transfer Baby H ke hospital khas untuk Bayi. (taknak give up)
Persediaan dibuat untuk urusan transfer. (bukan senang tau. Akak nurse naik gila kadang-kadang)
PIPER bagtahu ibu bapa Baby H dia sangat kritikal. Tak tahu boleh slamat ke tak. Tapi mereka akan cuba sedaya upaya.
Gambar: Facebook
11.49 am: PIPER & Baby H bergerak dari hospital A ke hospital B. (macam hospital daerah ke HKL gitulah). Tiub pernafasan still dalam tekak. Bacaan Oksigen Baby H 88%.
Sejurus selepas bergerak, ambulans terpaksa berhenti. BbyH makin tenat. Bacaan oksigen jatuh 20%. Dada tak sekata.
PIPER suspect selaput paru-paru masuk angin (Pneumothorax). Dr buat prosedur emergency nak keluarkan angin tu.
Tiba-tiba, jantung pulak makin slow. Dr bagi ubat Adrenaline melalui darah nak bantu jantung dia. Tak banyak perubahan.
**(bayangkanlah Dr ni berseorangan dalam ambulans, dengan baby yang kritikal ni)
PIPER call Prof S – Prof suruh gerak ke hospital B secepat mungkin. Sambung bagi ubat Adrenaline & bantuan oksigen dalam perjalanan.
12.25 pm: PIPER & Baby H sampai di Jabatan Kecemasan Hospital B. Segala macam pakar dah standby.
Jantung berdegup lemah sangat. (40 beat seminit)
TERUS START CPR!
Terus tolak ke ICU baby atau dikenali sebagai NICU.
Adrenaline lagi.
Sampai di NICU.
JANTUNG DAH TAK BERDEGUP.
Mata dah terbeliak.
Oksigen tak boleh baca. (tanda² dah mati)
Pakar Perunding NICU & PIPER buat keputusan sambung CPR sementara tunggu parents Baby H sampai, tapi tak payah bagi ubat dah. Memang takde harapan.
1.00 pm: Ibu bapa Baby H sampai. Keadaan diterangkan.
1.03 pm: Mereka pegang Baby H.
1.30 pm: Baby H disahkan mati.
APA YANG MENYEBABKAN BABY HARLOW MATI??!
NOTA KAKI:
**Baby H lahir pramatang dengan berat kurang dari 2.5 kg. Sejurus selepas kelahiran, Baby H nampak stabil. Namun dia berisiko, jadi:
Dr P minta nak check tahap gula dalam darah Baby H > Pn L TAK BAGI
Dr P suruh Baby H admit & dipantau di ward khas baby, SCN > Pn L TAK BAGI
Pn L jaga Baby H. Uri & tali pusat masih bersambung. Lotus lah konon. Baby H disapukan cecair dari vagina ibunya SEJAM SEKALI!
Baby H diberi susu ibu dari ‘ibu susu’ yang tidak tahu status kesihatannya, dan Pn L tak bagitahu benda ni kat sape². Dia buat senyap². (berkat tak?)
KENAPA Baby H SENGSARA?
KENAPA Baby H MATI?
Takdir? Degil? atau jahil?
Gambar: Facebook
<<Komen LOTUS BIRTH>> Sy compile di sini Kisah Sengsara Lotus Birth Baby Harlow dan kematiannya yang tragis!! Niat…
Posted by Malarsanthi Santherasegapan on Saturday, June 13, 2020
Sumber: Dr. Malarsanthi Santherasegapan, SCMP
The post Bayi Di Australia Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Lahir Akibat Ibu Degil Amal ‘Lotus Birth’, Taknak Potong Tali Pusat appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/16/bayi-di-australia-meninggal-dunia-2-hari-selepas-lahir-akibat-ibu-degil-amal-lotus-birth-taknak-potong-tali-pusat/