Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon


Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau sinngkatannya TUBE merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.
TUBE telah bermula sejak tahun 2014 lagi dan idea mengenainya tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada tahun 2014.
Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. 
Latarbelakang program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu dan menyokong keusahawanan di kalangan belia Bumiputera.
Pembangunan belia sebagai generasi pelapis kepimpinan negara merupakan salah satu strategi pembangunan negara yang diberikan penekanan dan keutamaan.
Bagi membantu syarikat belia yang terkesan akibat Covid-19, serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui aktiviti perniagaan khususnya kepada belia dan penganggur, Program TUBE telah dikenalpasti di bawah inisiatif Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai salah satu program yang membantu bagi menyediakan peluang ini kepada penganggur dan belia yang layak dan berminat menjalankan perniagaan.
Terdapt 3 komponen utama dalam program bantuan ini:
Terdapat tiga (3) komponen :
Latihan : Dilaksanakan secara fizikal selama tujuh (7) hari di pusat latihan yang akan ditentukan oleh SME Corporation Malaysia. Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa. Bantuan Geran Perniagaan : Usahawan belia yang melepasi layak akan dipertimbangkan geran permulaan sehingga maksimum RM15,000.00. Khidmat nasihat dan Pemantauan : Dilaksanakan oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik dengan dipantau oleh SME Corporation Malaysia bagi menyokong perniagaan yang baharu bermula tersebut sehingga maksimum 12 bulan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima. Objektif TUBE Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:
membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia Jenis bantuan Peserta yang layak menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini akan menerima bantuan seperti berikut:
Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan Layak dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui Penyedia Perkhidmatan yang dilantik; dan Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank atau lain-lain Kementerian dan Agensi yang menyediakan program dan bantuan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan Artikel berkaitan: Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia : Semakan & Permohonan
Syarat Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera
Sebelum anda memohon untuk menyertai program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini, sila pastikan anda memenui syarat-syarat yang ditetapkan di bawah:
Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian (3 Januari 2025) ; Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang daripada 36 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (3 Januari 2025) Bagi graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam tempoh pengajian kerana keperluan pembelajaran, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian (3 Januari 2025). Surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut: mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran yang diiktiraf oleh Kementerian dan Agensi yang berkaitan; pelajar bidang Teknousahawan atau graduan Teknousahawan daripada mana-mana institut pengajian tinggi atau pusat latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Kementerian dan Agensi yang berkaitan; dan telah membuka dan memiliki akaun semasa syarikat yang masih aktif daripada mana-mana Institusi perbankan dalam Malaysia. Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 12.00 malam). Pemohon hendaklah. tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah; tidak diisytiharkan muflis tidak berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius / meminjam daripada peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen tidak berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius / meminjam daripada peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen tiada sejarah disenaraihitam atau sedang disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC); tidak pernah atau tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah; dan bebas dari status / proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut: Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia; Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia; Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa. hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan. Pemohon tidak bekerja Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara Pemohon tidak pernah menyertai Program TUBE sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE-X, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA, TUBE@PEMERKASA, TUBE@TVETMARA dan TUBE@Mikro Madani). Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian bagi Program TUBE sebelum ini tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program adalah tidak lagi layak memohon. Hanya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) semester akhir di tahun akhir pengajian dibenarkan untuk memohon namun: sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon TIDAK DIBENARKAN untuk menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 2 program ini; dan pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE 11 dijalankan kelak / semasa dalam tempoh Fasa 2 (Bimbingan & Pemantauan) Cara permohonan
Permohonan dalam talian akan dibuka mulai 16 Disember 2024 hingga 3 Januari 2025 (9 pagi – 5 petang) sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. 
Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera boleh dibuat di https://mybpi.smecorp.gov.my.
Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan secara dalam talian, permohonan dianggap tidak berjaya.
Maklumat lanjut Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di https://tube.smecorp.gov.my/index.php.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas di:
SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 KUALA LUMPUR
Email: [email protected]
Infoline: 03-9213 0077
Waktu Operasi: 9.00pg – 5.00ptg


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tunas-usahawan-belia-bumiputera/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tunas-usahawan-belia-bumiputera

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Dan Cara Pengeluaran Kwsp Akaun 3

Syarat Dan Cara Pengeluaran Kwsp Akaun 3

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 208 hits
Anda dah check baki KWSP Akaun 3 ke belum Jika ada plan nak keluarkan duit KWSP anda ini syarat dan cara pengeluaran KWSP Akaun 3 yang perlu anda tahu Senang je nak keluarkan duit KWSP anda hanya pakai apps di smartphone sahaja Sambil tengo...
Nombor Sijil Lahir Cara Lihat Nombor Sijil Kepentingan Sijil Lahir

Nombor Sijil Lahir Cara Lihat Nombor Sijil Kepentingan Sijil Lahir

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 154 hits
Sijil Lahir merupakan antara dokumen terpenting bagi seorang rakyat Malaysia yang lahir di negara ini dan antara maklumat penting pada sijil ini adalah nombor sijil lahir itu sendiri Sama seperti kad pengenalan sijil lahir juga merupakan do...
Cara Menggabung Beberapa Gambar Kepada Fail Berformat Pdf

Cara Menggabung Beberapa Gambar Kepada Fail Berformat Pdf

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 89 hits
Kepada anda yang ingin menggabungkan sejumlah gambar terus kepada jenis fail PDF Pada PC Windows berikut kami kongsikan caranya Pertama sekali pastikan gambar 8211 gambar tersebut berada didalam satu 8220 folder 8221 Seterusnya pilih kesemu...
Cara Semak Wang Tidak Dituntut Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Cara Semak Wang Tidak Dituntut Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 195 hits
Tahukah anda ramai rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai Wang Tidak Dituntut yang masih belum diproses WTD merujuk kepada wang yang dimiliki oleh individu atau syarikat tetapi belum dituntut dalam tempoh tertentu Wang ...
Mysalam Cara Mudah Membuat Tuntutan Selepas Anda Ibu Bapa Atau Keluarga Keluar Dari Hospital

Mysalam Cara Mudah Membuat Tuntutan Selepas Anda Ibu Bapa Atau Keluarga Keluar Dari Hospital

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 122 hits
Program mySalam adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan perlindungan kesihatan kepada golongan B40 dan M40 Skim ini membantu meringankan beban kewangan apabila berlaku masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital Jika anda ibu b...
5 Cara Capai Matlamat Hidup Dengan Bergaya

5 Cara Capai Matlamat Hidup Dengan Bergaya

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 88 hits
Apa cara capai matlamat hidup untuk tahun baru ni Saya bukan lah pakar motivasi atau influencer yang boleh memberi kata kata semangat untuk anda tetapi saya share cara bagaimana saya kekal consistent dalam kehidupan seharian saya untuk menc...
Ikut Je 5 Cara Ini Bukan Anak Kelantan Pun Boleh Beli Tanah Murah Di Kelantan

Ikut Je 5 Cara Ini Bukan Anak Kelantan Pun Boleh Beli Tanah Murah Di Kelantan

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 129 hits
Menurut Enakmen Tanah Kelantan 1938 hanya anak Kelantan yang dibenarkan untuk memiliki tanah atau rumah di negeri itu Namun tahukah anda siapakah yang dikategorikan sebagai anak Kelantan Definisi anak Kelantan terbahagi kepada lima kategori...
Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch N Go Ewallet

Cara Kongsi Duit Raya Melalui Touch N Go Ewallet

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 99 hits
Kini anda boleh kongsi duit raya melalui Touch n Go eWallet kepada kawan kawan sepupu atau anak buah anda Memang mudah sangat sekarang nak share duit raya lepas ni Anda juga boleh beri duit raya kepada anak buah anda walaupun dia tinggal be...
Cara Clear Cache Android Phone Vivo

Cara Clear Cache Android Phone Vivo

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 95 hits
Saya sangat recommend untuk clear cache Android phone anda sebelum buat sebarang major update terutama nya apabila melibatkan operating system update seperti update dari Android 13 ke Android 14 Tujuan nya adalah bagi melancar kan system op...
Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

7 Cara Mengatasi Rambut Rontok Berlebihan Yang Wajib Dicoba

The Boys Trio Korban Setia Chord

Resepi Kek Marjerin