Tun Tangguh Dulu Projek Kereta Ketiga Tunai Janji Manifesto Lebih Utama






Semua orang tahu keghairahan Tun Mahathir Mohamad terhadap kereta adalah tinggi dan boleh dikata tiada tandingan berbanding pemimpin-pemimpin lain.Beliau bukan saja meminati kereta dan kejuruteraannya, malah dalam usinya mencecah 94 tahun sekarang pun beliau masih boleh memandu kereta dengan baik dan laju.Minat itulah yang antara lain mendorong beliau memulakan projek kereta nasional pertama, Proton sebelum ini.Selepas Proton, negara kemudian memperkenalkan projek kereta kedua iaitu Perodua.Sebaik menjadi Perdana Menteri buat kali kedua pada tahun lalu, atas minatnya yang tidak pernah luntur terhadap kereta, beliau lantas mengumumkan untuk memperkenalkan projek kereta nasional ketiga pula.Adalah diumumkan sebelum ini bahawa projek kereta ketiga ini adalah usahasama antara kerajaan dengan swasta di mana sejumlah peruntukan besar yang tidak diumumkan jumlahnya telah pun disediakan untuk penyelidikan dan pembangunannya.Hari ini, sebagai bayangan bahawa projek ini akan dilaksanakan dalam waktu yang tidak terlalu lama daripada sekarang, Tun Mahathir berkata, Malaysia perlu mencontohi China yang mempunyai banyak syarikat pengeluar kereta.Kata beliau, China telah berjaya mengorak kemajuan yang besar disebabkan penglibatannya yang aktif dalam industri automotif.“Kita tidak tahu apa-apa tentang kejuruteraan automotif. Sebab itu kita mahu perkenalkan kereta ketiga – untuk belajar,” jelasnya.Biar betul Tun?Sebenarnya bukan tidak boleh mewujudkan projek ketiga ketiga, tetapi haruslah disedari keadaan negara dan kerajaan PH yang ada sekarang ini.Kita bukan saja berdepan masalah kewangan yang tenat kononnya sehingga janji-janji manifesto pun tidak mampu dilaksanakan, maka di mana logiknya kereta ketiga ini tiba-tiba lebih diutamakan?Tidak bolehkah kerajaan menunaikan sedaya mungkin janji-janji pilihanraya yang membuatkan rakyat mengundi PH dalam PRU14 lalu sebelum mahu memperkenalkan projek kereta ini yang tujuannya hanya untuk belajar?Adakah menunaikan janji sudah tidak penting lagi setelah kuasa diperolehi dan berjaya menjadi kerajaan?Dalam hal ini juga, Tun tidak boleh menjadikan China yang mempunyai banyak syarikat kereta sebagai perbandingan dengan negara kita.Pasaran kereta di China adalah besar dan oleh kerana keuntungan yang mampu dijana itulah yang menyebabkan banyak syarikat kereta wujud di negara tersebut.Lagi pun, kerajaan China tidak berhutang dengan rakyatnya dari segi janji-janji pilihanraya sepertimana kerajaan PH sekarang?Apa guna memperkenalkan kereta ketiga – realitinya Proton dan Perodua pun sebetulnya sudah memadai untuk negara sekecil Malaysia ini – tetapi kehidupan rakyat masih terbelenggu dengan janji yang belum ditunaikan serta kos sara hidup yang semakin meningkat?Pernahkah Tun meninjau dan meneliti kedudukan harga barang keperluan harian yang sekarang ini banyak yang semakin meningkat berbanding era BN dahulu?Kenapa tidak digunakan saja dana atau peruntukan kerajaan untuk kereta ketiga itu bagi menstabilkan harga barang dan menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa?Oleh itu, sebaik-baiknya projek kereta ketiga ini ditangguhkan terlebih dahulu dan kerajaan harus mengutamakan bagaimana untuk menunaikan janji-janjinya kepada rakyat terlebih dahulu.Lagi pula, Tun juga bukan lama sangat lagi menjadi Perdana Menteri dan dibimbangi projek itu nanti hanya akan menyusahkan kepimpinan selepas beliau untuk menguruskannya.Lebih buruk lagi kiranya projek itu nanti mengalami kegagalan dan kerugian yang berpanjangan yang akhirnya hanya memburukkan nama dan legasi beliau sendiri selepas ketiadaannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/tun-tangguh-dulu-projek-kereta-ketiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Kami Masa 5 Tahun Tunai Manifesto Ph Mb Melaka

Beri Kami Masa 5 Tahun Tunai Manifesto Ph Mb Melaka

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 314 hits
AYER KEROH Kerajaan Melaka memerlukan tempoh lima tahun bagi menyelesaikan semua janji yang dibuat menerusi manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke 14 Ketua Menteri Adly Zahari berkata hingga kini lebih 52 peratus bersamaan 44 d...
Debat Pilpres Ketiga Tim Prabowo Sebut Kesehatan Modal Utama Pembangunan

Debat Pilpres Ketiga Tim Prabowo Sebut Kesehatan Modal Utama Pembangunan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 290 hits
Menurut Sumarjati penyakit berat itu terkadang memakan biaya mahal untuk pengobatannya Oleh itu apabila penyakit berat tersebut dapat ditangani dan diminimalkan pembiayaan yang dibebankan kepada BPJS tidak terlalu banyak
Proton Jual Lebih 5 000 Kereta Bulan Lalu Kuasai 12 7 Pasaran

Proton Jual Lebih 5 000 Kereta Bulan Lalu Kuasai 12 7 Pasaran

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 348 hits
Proton mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 42 bagi 2 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada 2018 KUALA LUMPUR Proton Holdings Bhd meneruskan permulaan cemerlang tahun ini apabila mendaftarkan 5 283 unit kereta bulan lalu In...
Mulai Dijual April Tiket Kereta Tambahan Mudik 2019 Akan Lebih Banyak

Mulai Dijual April Tiket Kereta Tambahan Mudik 2019 Akan Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 245 hits
PT Kereta Api Indonesia Daop 6 Yogyakarta akan mengoperasikan 7 kereta api tambahan guna memenuhi kebutuhan Hari Raya Idul Fitri atau Lebaran untuk mudik 2019 Meski kapasitas KA belum bisa dipastikan namun jumlah kursi dipastikan lebih bany...
Zoo Johor Tunai Janji Ici

Zoo Johor Tunai Janji Ici

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 325 hits
Zoo Johor Tunai Janji Ici Sakan ici nak nunggu hari ni Dah janji kalau dia gi sekolah setiap hari minggu lepas dan buat semua kerja rumah dia setiap hari aku akan bawak dia gi zoo hari ni Maka Setiap hari dia bangun awal dan balik terus bua...
Pm Finland Letak Jawatan Gagal Tunai Janji

Pm Finland Letak Jawatan Gagal Tunai Janji

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 314 hits
https i1 wp com pakdin my wp content uploads 2019 03 20190309 pm finlaand letak jawatan jpg fit 600 2C400 ssl 1HELSINKI Perdana Menteri Finland Juha Sipila meletak jawatan hari ini selepas gagal melaksanakan reformasi sosial dan penjagaan k...
Jawatan Pengerusi Pac Ph Abai Janji Manifesto Khaled

Jawatan Pengerusi Pac Ph Abai Janji Manifesto Khaled

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 329 hits
MALAYSIAKINI Naib Presiden Umno Khaled Nordin mempersoalkan janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan untuk mengukuhkan tadbir urus dan integriti dalam pentadbiran negara Ini selepas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad enggan menye...
Majoriti 2 3 Mahathir Nak Tunai Janji Atau Bersatu Tak Cukup Kerusi

Majoriti 2 3 Mahathir Nak Tunai Janji Atau Bersatu Tak Cukup Kerusi

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 368 hits
Masa berkempen di Semenyih 28 Februari lalu Mahathir tegaskan PH perlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji2nya pada rakyat Katanya bila majoriti dua pertiga dah dapat ia memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya