Sampai Bila Tun Mahathir Suka Bergaduh



Ketika bermusuh dengan Najib Razak, Tun Mahathir bukan saja menjadi pengkritiknya, malah mengalu-alukan sesiapa juga yang berani menegur Perdana Menteri.Ketika itu, termasuk TMJ yang pernah melakukan kritikan terhadap Najib, bagi Tun Mahathir ia adalah hak pewaris takhta Johor itu untuk berbuat demikian dan ia sesuatu yang harus dialu-alukan.Tetapi, setelah beliau sendiri duduk di kerusi Perdana Menteri, Tun Mahathir nyata tidak suka dikritik oleh TMJ.Ketika TMJ memberi reaksi spontan terhadap kata-kata peminat bolasepak JDT yang mahu jurulatih pasukan itu, Benjamin Mora ditukar dengan mengatakan “daripada tukar, baik tukar Perdana Menteri”, Tun Mahathir kelihatan begitu sensitif dan tidak senang dengannya.Kata Tun Mahathir, kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak boleh ditukar oleh TMJ, sebaliknya hanya rakyat yang boleh menukarnya.Walaupun sebelum itu Tun Mahathir melalui Deklarasi Rakyat pernah berusaha agar Majlis Raja-Raja memecat Najib, yang nyata sikapnya kini memperlihatkan dia tidak suka dikritik – suatu keadaan yang berbeza ketika sebelum dan selepas beliau menjadi Perdana Menteri.Terbaru dengan TMJ, khususnya berkaitan Statut Rom dan Istana Johor dalam soal campurtangan dalam pentadbiran kerajaan serta beberapa isu sebelum ini, Raja-Raja adalah institusi yang dikira paling suka dicari gaduh oleh Tun Mahathir.Semalam pula, ketika Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan rasa kecewa dengan kedudukan Islam yang dilihatnya terancam di bawah kerajaan PH, Tun Mahathir menempelaknya sebagai pekak.Walaupun Dr. Asri kemudian menjawab balik dengan mempersoalkan siapa yang pekak antara beliau dan Tun Mahathir, yang nyata Perdana Menteri tidak sedia untuk ditegur oleh sesiapa, termasuk oleh golongan agama.Mengapakah cara Tun Mahathir memberi reaksinya begitu kasar dan seolah-olah ingin bergaduh?Tidak bolehkah, sebagai Perdana Menteri, beliau menjawab setiap kritikan dengan bahasa yang baik-baik sebagai lambang kesediaan menerima teguran?Terbaru, dalam ucapannya di depan penjawat awan semalam, Tun Mahathir secara terbuka membidas golongan itu serta mengaitkan mereka dengan amalam rasuah yang berleluasa.“Dulu kita tahu ada orang tertentu dapat perlindungan dari jentera dan pegawai kerajaan kerana rasuah, apabila kita berusaha menghentikannya, maka pegawai kerajaan tertentu ini tiada pendapatan tambahan dan mereka kecewa, (malah) mereka rasa kerajaan kleptokrasi (terdahulu) lebih baik daripada kerajaan demokrasi.“Sebab itu sokongan pada kerajaan ini dan saya sendiri merosot, tetapi kita akan terus bersihkan negara dari rasuah, kerana rasuah akan hancurkan negara dan menyebabkan kos hidup meningkat kerana setiap yang kita belanja kena tambah kos rasuah,” katanya lagi.Tidakkah ini menunjukkan Tun Mahathir seolah-olah ingin bergaduh dan bermusuh dengan penjawat awam pula?Mengapa memalukan penjawat awam sampai begitu sekali?Bagaimana dengan rasuah di kalangan pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan puncak kuasa?Rasuah mana yang lebih serius dan memudaratkan?Mengapa hanya kakitangan awam saja dijadikan sasaran?Apa kaitan rasuah di kalangan kakitangan awan dengan kemerosotan sokongan rakyat terhadap PH?Sebelum ini dan sejak beberapa lama dulu juga, Tun Mahathir turut tidak henti-henti melabelkan orang Melayu sebagai malas.Tetapi ketika meminta sokongan untuk mendapat kuasa, siapakah yang mula-mula dicarinya kalau bukan orang Melayu juga?Dalam keadaan lain, di peringkat awal berkuasa baru-baru ini, Tun Mahathir turut mencipta pergaduhan dengan Singapura dan China dalam soal hubungan dengan kedua-dua negara tersebut.Walaupun baru-baru ini Tun Mahathir sudah bersikap lunak terhadap China, tetapi tindakannya bergaduh secara terbuka dengan pemimpin negara itu dalam lawatan sebelum ini tentu masih diingati lagi.Pendek kata, dengan Raja-Raja, mufti, kakitangan awam, orang Melayu, Singapura dan China – semua mahu dibuat gaduh oleh Tun Mahathir.Sampai bila Tun Mahathir mahu terus bergaduh?Selamatkah kita sebagai rakyat apabila memiliki seorang Perdana Menteri yang kaki gaduh dan apakah beliau boleh dianggap betul dan benar melalui sikapnya yang suka bergaduh dengan semua orang itu? (Shahbudindotcom 01/05/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/sampai-bila-tun-mahathir-suka-bergaduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Tidak Dilantik Pengerusi Bersatu Johor Masihkah Tun Mahathir Berdendam Dengan Muhyiddin

Mb Tidak Dilantik Pengerusi Bersatu Johor Masihkah Tun Mahathir Berdendam Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 700 hits
Ternampak ada sesuatu yang pelik dan ganjil dalam perlantikan Pengerusi Bersatu Negeri Johor sebagaimana yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad hari ini Diminta mengesahkan perlantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Bersatu Johor Tun Maha...
Pertembungan Tun Mahathir Dan Mufti Perlis Semakin Panas

Pertembungan Tun Mahathir Dan Mufti Perlis Semakin Panas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 589 hits
Nampaknya pertembungan diantara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Abidin semakin panas apabila hubungan mereka yang dulu dilihat baik dan rapat kini menjadi sebalinya Ini bermula apabila Mohd Asr...
Tun Mahathir Sudah Patut Berfikir Untuk Berhenti Ketika Ini

Tun Mahathir Sudah Patut Berfikir Untuk Berhenti Ketika Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 445 hits
Tahap penerimaan dan rasa puas hati rakyat terhadap Tun Mahathir Mohamad dan kerajaan terus merosot menjelang tempoh setahun beliau dan PH mentadbir negara ini Dalam kajian terbaru oleh Merdeka Centre peratusan rakyat yang berpuas hati terh...
Krisis Maza Vs Tun Mahathir

Krisis Maza Vs Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 490 hits
SEMASA Bermula dengan satu status di Facebook Ramai merasakan di bawah urus tadbir hari ini Islam makin terancam di Malaysia Apakah pendapat anda MAZA terus dicop pekak oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Sebab dia pekak kalau dia...
Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

Pm Tun Mahathir Mohamad Umumkan Timbalan Sebagai Ketua Polis Negara Baharu

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 645 hits
Esok merupakan hari persaraan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baharu Perdana Menteri berkata Yang di Pertuan Agong Al ...
Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia

Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 369 hits
Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke 47 Pemimpin Terhebat Dunia Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 201...
Medalion Peringatan Emas Tun Dr Mahathir Mohamad Keluaran Puncak Julung Enterprise

Medalion Peringatan Emas Tun Dr Mahathir Mohamad Keluaran Puncak Julung Enterprise

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 552 hits
Rekabentuk Medalion Peringatan Emas Tun Dr Mahathir Mohamad Pada 23 Mac 2019 yang lalu dunia numismatik sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran medalion peringatan emas Tun Dr Mahathir Mohamad mykoleksi dapat tahu apabila terbaca perkongsia...
Rakyat Boleh Tanam Padi Waktu Malam Tun Mahathir

Rakyat Boleh Tanam Padi Waktu Malam Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 600 hits
Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi waktu malam dalam usaha membantu mempermudah dan meringankan kerja rakyat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata inisiatif itu juga sekali gus dapat mem...
Tmj Boleh Tukar Kata Tun Mahathir

Tmj Boleh Tukar Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 440 hits
Tun Dr Mahathir dan Tunku Mahkota Johor Foto The Star Perdana Menteri TUn Dr Mahathir Mohamad berkata hanya rakyat boleh mengubah kedudukannya sebagai perdana menteri dan perkara itu tidak boleh dilakukan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Su...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui