Tun Mahathir Mohamad Kepada Tunku Abdul Rahman




  Batu 6, Titi Gajah,Alor Star, 17hb. Jun 1969  Y.T.M. Tunku, 
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu. 
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei. 
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku.  Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha. Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. 
Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas

Patek Yang Ikhlas, (Dr. Mahather bin Muhammad)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://fieznur.blogspot.com/2013/10/surat-tun-mahathir-mohamad-kepada-tunku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

Tun Dr Mahathir Mohamad Menuntut Perlucutan Jawatan P Waytha Moorty Sebagai Menteri Di Jabatan Pm Dan Senator

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 163 hits
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar Content Type multipart alternative boundary AlternativeBoundaryString AlternativeBoundaryString Content type text plain charset UTF 8 Hello there I just signed the petition Tun Dr Mahathir...
The Residency Of Tunku Abdul Rahman Putra

The Residency Of Tunku Abdul Rahman Putra

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 173 hits
Historical Background The Residency building is located at Lot 43 45 Jalan Dato Onn Kuala Lumpur The building is titled under Arkib Negara Malaysia and the land is belong to Federal Government In 1978 Tunku Abdul Rahman Putra expressed hope...
Ramai Yang Tidak Tahu Tun Mahathir Pernah Percepatkan Masa Suatu Ketika Dahulu

Ramai Yang Tidak Tahu Tun Mahathir Pernah Percepatkan Masa Suatu Ketika Dahulu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 295 hits
Tun Mahathir ketika menerajui kepimpinan kerajaan Malaysia banyak melakukan perubahan yang menongkah arus perdana Salah satu perubahan kontroversi yang beliau pernah lakukan adalah mempercepatkan masa Ya Mempercepatkan masa Pada 31 Disember...
1mdb Tun Perlu Lakukan Sesuatu Kerana Anda Jadikan Najib Pm Nazir Beritahu Mahathir

1mdb Tun Perlu Lakukan Sesuatu Kerana Anda Jadikan Najib Pm Nazir Beritahu Mahathir

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 222 hits
Well Sir you have to do something because you made him the Prime Minister sebagai Perdana Menteri kata Nazir mengimbas kembali pertemuan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Sekitar 2015 bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak...
Kisah Tun Mahathir Yang Tidak Diceritakan

Kisah Tun Mahathir Yang Tidak Diceritakan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 161 hits
KISAH TUN MAHATHIR YANG TIDAK DICERITAKAN Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam Dari segi apa Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika d...
Tengku Abdul Rahman Hanrry Potter I City Best Collections Shah Alam

Tengku Abdul Rahman Hanrry Potter I City Best Collections Shah Alam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 165 hits
Tengku Abdul Rahman Bapa Kemerdekaan Tengku Abdul RahmanAlladin MagicHanrry Potter mr PotterHanrry Potter Book MagicLagend Magic Hanrry PotterPlastic Flowrs Garden light
Serangan Dawn Raid 1981 Tun Mahathir Ke Atas Kota London Expose Siot

Serangan Dawn Raid 1981 Tun Mahathir Ke Atas Kota London Expose Siot

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 399 hits
Respect Him Pada 7 haribulan September tahun 1981 kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British...
Safa Sedia Bertemu Rozaimi Abdul Rahman

Safa Sedia Bertemu Rozaimi Abdul Rahman

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 191 hits
Setiausaha Agung SAFA Datuk Jelani Hamdan SAFA Sedia Bertemu Rozaimi Pemain Berminat Sertai Sabah FC KOTA KINABALU Persatuan Bola Sepak Sabah sedia dan terbuka untuk mengadakan sebarang perjumpaan dengan semua pemain bola sepak sama ada pem...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun