Tun M Punca Ph Jatuh Dakwa Husam


by1Media.my-November 03, 20200


SHAH ALAM – Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan, dakwa bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Husam Musa.

Menurutnya, perkara itu sudah banyak kali dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti sejak tahun lalu, termasuk kepada Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahudin Ayub.

Dakwa beliau, salah satunya sikap Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri apabila melengah-lengahkan pelantikan senator dalam kalangan parti PH.

“Saya masuk (jadi senator) selepas PH jatuh tapi ada 16 kekosongan senator pada zaman PH. Tun (Mahathir) macam sudah simpan orang untuk dilantik kemudian di Dewan Negara macam Zahid Mat Arip dan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) dan lain-lain.

“Ia (Dewan Negara) kini ia dikuasai oleh sebelah sana (kerajaan Perikatan Nasional).

“Bagi saya kejatuhan PH dirancang daripada awal, strateginya berjalan sendiri sampai masa 'tup' jatuh, cuma tarikh tidak tentu, tidak tetap,” katanya pada Sembang Santai Politik: Kejatuhan PH adalah satu rancangan di DHM Channel seperti dilaporkan portal berita Malaysia Gazette hari ini.

Tambah Husam, Ahli Parlimen Langkawi itu sengaja melambat-lambatkan pelantikan senator, sebaliknya segera membuat keputusan dalam banyak isu lain.

“Setiap sesuatu yang berlaku ada petanda oleh ALLAH termasuk kiamat yang ada tanda-tanda kecil dan besar sebelum ia berlaku.

“Sekiranya pembangkang sekarang mahu menggunakan jurutera yang sama (Mahathir) bagi merampas kerajaan, ia hanya membuang masa.

“Kita (PH) sangkut kerana tak ‘move forward’. Banyak cara lagi, bukan kata senang tapi selain Tun M jadi PM (semula) ada beratus lagi jalan yang ada,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan kononnya ada kerjasama antara Mahathir dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan, beliau menganggap ia membuang masa.

“Saya dengar Tun enam bulan jadi PM, Ku Li (Tengku Razaleigh) pun enam bulan, ini buang masa. Saya sudah sampaikan salam kepada orang yang baik dengan Ku Li, baik dia kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Justeru, pucuk pimpinan parti perlu mengambil kira pandangan minoriti dalam PH. Kalau makan kari Pelita (kedai mamak) hari-hari mana nak?” soalnya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/108114/BERITA/Politik/Tun-M-punca-PH-jatuh-dakwa-Husam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/tun-m-punca-ph-jatuh-dakwa-husam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Sengaja Ph Jatuh Dan Tanda Tanda Dilihat Pada Hari Pertama Ph Dakwa Husam

Tun M Sengaja Ph Jatuh Dan Tanda Tanda Dilihat Pada Hari Pertama Ph Dakwa Husam

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 363 hits
SHAH ALAM Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan dakwa bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara Senator Datuk Husam Musa Menurutnya perkara itu sudah banyak kali dimaklumkan kepada pucuk pimpinan par...
Mahathir Punca Pakatan Harapan Jatuh Dakwa Husam

Mahathir Punca Pakatan Harapan Jatuh Dakwa Husam

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 316 hits
SHAH ALAM Kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan dakwa bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara Senator Husam Musa Menurutnya perkara itu sudah banyak kali dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti sej...
Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat Pasaran Saham Jatuh Hanya Untungkan Pm

Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat Pasaran Saham Jatuh Hanya Untungkan Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 335 hits
nbsp KUALA LUMPUR Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan berhubung isu darurat dengan berkata tiada justifikasi untuk itu dan menyifatkan ia hanya mengakibatkan pasaran saham jatuh Dalam sa...
Mahfuz Tuduh Tun Dr Mahathir Mahu Jatuhkan Ph Hanya Pandangan Peribadi Husam Musa

Mahfuz Tuduh Tun Dr Mahathir Mahu Jatuhkan Ph Hanya Pandangan Peribadi Husam Musa

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 490 hits
PETALING JAYA Kenyataan bekas Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa yang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Pakatan Harapan sejak hari pertama menjadi kerajaan termasuk menuduh bekas Perdana Menteri itu sengaja melengah lenga...
Muhyiddin Dan Anwar Punca Kemelut Politik Dakwa Isham

Muhyiddin Dan Anwar Punca Kemelut Politik Dakwa Isham

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 358 hits
BANGI 13 Rabiulawal 1442H Jumaat Ketua Penerangan Barisan Nasional Isham Jalil menolak dakwaan kononnya UMNO menjadi punca kemelut politik di Malaysia sehingga mendapat teguran dan nasihat Yang di Pertuan Agong Sebaliknya beliau mendakwa t
Tun Mahathir Dakwa Tiada Sebab Untuk Beliau Hendak Berdebat Dengan Najib Pada Masa Ini

Tun Mahathir Dakwa Tiada Sebab Untuk Beliau Hendak Berdebat Dengan Najib Pada Masa Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad seolah olah menolak cabaran Datuk Seri Najib Razak yang mahu beliau berdebat dengannya Menerusi Facebook pengasas parti Pejuang itu memuat naik status dengan berkata tiada sebab untuk beliau berdebat den...
Husam Dakwa Kenyataan Isu Kekosongan Senator Disalah Lapor Media

Husam Dakwa Kenyataan Isu Kekosongan Senator Disalah Lapor Media

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 504 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Husam Musa mendakwa kenyataannya mengenai isu kekosongan 16 jawatan senator tidak diisi ketika pemerintahan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang dibangkitkan beliau disalah lapor media Ia menyebabkan ...
Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 494 hits
PETALING JAYA Pejuang membantah langkah mengehadkan hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen menghadiri sidang Dewan Rakyat pada satu satu masa mulai esok dan mendakwa kerajaan mengambil jalan mudah tanpa mengadakan prosiding dalam talian Tun Dr...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara