Tun M Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi Pkp Dan Covid 19


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi bersama pelakon, pengacara TV dan usahawan terkenal Neelofa menerusi akaun Instagram pagi tadi bagaimana rakyat boleh mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ancaman COVID-19.
Dr Mahathir berkata pada zaman sekarang keadaan komunikasi yang baik dapat membantu rakyat khususnya golongan usahawan untuk melakukan beberapa perkara yang dahulunya tidak dapat dilakukan walaupun hanya berada di rumah sepanjang menjalani tempoh PKP ini.
“Pada zaman sekarang ini, komunikasi begitu baik sehingga kita boleh jual beli dan sebagainya hanya secara atas talian. Kita perlu tukar cara kita bekerja dan saya yakin kalau kita berbuat demikian, kita masih boleh menjalankan sekurang-kurangnya sebahagian daripada perniagaan kita,” jelas Dr Mahathir.
Selain itu, Dr Mahathir memaklumkan sikap disiplin yang baik serta bijak mengawal diri, nafsu dan keinginan dapat membantu Malaysia bangkit daripada penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara selain menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
“Kalau kita ikut nafsu, ikut kehendak hati maka kita kan lakukan perkara yang tidak membawa manfaat kepada diri tetapi kalau kita berdisiplin dan kawal kehendak, perasaan maka, kita boleh terima sekatan seperti PKP ini dan kita tahu ini akan tamat akhirnya,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir turut berkongsi dengan Neelofa bagaimana rakyat dapat mengawal dan merancang plan kewangan masing-masing dalam menghadapi situasi seperti sekarang supaya tidak menghadapi sebarang masalah di kemudian hari.
“Dalam keadaan ini, biasanya pendapatan kita berkurangan. Oleh itu, perbelanjaan juga perlu dikurangkan. Ada perkara-perkara yang tidak begitu penting yang boleh ditangguh dan diketepikan. Hanya tumpu kepada perkara yang penting seperti mendapat makanan, perlindungan dan sebagainya.
“Dengan itu, kita buat cara hidup yang baru. Hidup di rumah seolah-olah rumah itu menjadi kedai atau pejabat dengan komunikasi yang baik kita boleh adakan video conference seperti yang kita lakukan sekarang, kita boleh berbincang, bahas dan sebagainya dengan orang lain,” jelas Dr Mahathir.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata semua masalah dapat diatasi jika kita tidak terlalu memikirkannya dan kekal tenang dalam menghadapinya selepas menjawab pertanyaan Neelofa mengenai bagaimana untuk kekal tenang dan positif dalam menghadapi masalah serta cabaran yang mendatang.
“Kalau fikir kebelakang, kita akan ingat bahawa banyak masalah yang dihadapi tetapi akhirnya akan terdapat solution atau cara mengatasinya. Jika kita terus memikirkan berkenaan masalah sehingga tidak lalu makan dan sebagainya ia tidak membawa kepada resolusi. Adalah lebih baik kita anggap ini perkara biasa dan lambat laun ini akan diselesaikan,” jelas Dr Mahathir.
Sementara itu, Neelofa turut bertanya kepada Dr Mahathir bagaimana beliau mengekalkan ingatan memori yang tajam dan bagus sepanjang perjalanan hidup beliau.
“Kesihatan kita lebih terjamin jika kita aktif. Jika kita letih kita tidur lama itu akan mengurangkan exercise kita. Jadi kita perlu aktif, baca, tulis, dengar, cakap dan sebagainya dan menggunakan segala pancaindera supaya kita tidak jadi lemah kerana tidak menggunakannya  ,” jelas Dr Mahathir.
Program ‘Berseorangan Bersama’ yang berlangsung lebih daripada setengah jam itu bersiaran secara lansung di akaun Instagram milik Neelofa bermula pukul 10.30 pagi dan terdahulu, Neelofa telah mengadakan sesi yang sama bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish dan Rossa sebelum ini.
Sumber: BERNAMA
The post Tun M, Neelofa Kongsi Nasihat Hadapi PKP Dan COVID-19 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/26/tun-m-neelofa-kongsi-nasihat-hadapi-pkp-dan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Pastikan Kekal Cergas Mb Kongsi Idea Senaman Di Rumah

Pkp Pastikan Kekal Cergas Mb Kongsi Idea Senaman Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 750 hits
SHAH ALAM 31 MAC Dato Menteri Besar berkongsi idea senaman di rumah untuk kekal cergas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Melalui hantaran di Twitter Dato Seri Amirudin Shari mencadangkan lima jenis senaman iaitu bangkit tubi lomp...
Bersendirian Tanpa Pelawat Doktor Ini Kongsi Perjalanan Sunyi Pesakit Covid 19

Bersendirian Tanpa Pelawat Doktor Ini Kongsi Perjalanan Sunyi Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 246 hits
COVID 19 bukanlah sesuatu yang pernah kita semua hadapi sebelum ini Malah seluruh dunia juga dilihat seakan tidak bersedia untuk menerima kehadiran wabak membunuh ini Proses untuk menangani dan merawat pesakit yang dijangkiti virus ini juga...
Covid 19 Kkm Diminta Kongsi Data Klinikal Pesakit Untuk Analisis

Covid 19 Kkm Diminta Kongsi Data Klinikal Pesakit Untuk Analisis

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 236 hits
SHAH ALAM 1 APRIL Kementerian Kesihatan Malaysia diminta berkongsi data klinikal pesakit Covid 19 dengan petugas negeri bagi membolehkan analisis dan tindakan bersasar dibuat kata bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkat...
Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pdp Ketika Pkp Covid 19

Surat Siaran Garis Panduan Pelaksanaan Pdp Ketika Pkp Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 672 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran berkaitan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak jangkitan COVID 19 KPM telah mengeluarkan kenyataan...
Hariz Irffan Kongsi Pengalaman Sebagai Barisan Hadapan Ketika Pkp

Hariz Irffan Kongsi Pengalaman Sebagai Barisan Hadapan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 580 hits
Pelbagai ragam dan karenah orang awam antara cabaran yang perlu dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas sebagai barisan hadapan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak COVID 19 ketika ini Itu antara pe...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 260 hits
Astro AwaniRosli Dahlan 58 yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID 19 KUALA LUMPUR Menjadi seorang pesakit COVID 19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih lebih lagi sehingga kini belu...
Pedih Sikit Tapi Berbaloi Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Buat Ujian Saringan Covid 19

Pedih Sikit Tapi Berbaloi Ummi Nazeera Kongsi Pengalaman Buat Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 252 hits
Demi menyahut seruan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak COVID 19 di negara kita mengikut sarana kerajaan untuk kuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara Dia juga telah menjalani ujian saringan di sebuah hospital ...
Zizan Razak Mahu Bantu Petugas Barisan Hadapan Hadapi Covid 19

Zizan Razak Mahu Bantu Petugas Barisan Hadapan Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 347 hits
Pandemik COVID 19 telah memberi impak yang besar kepada negara Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac yang lalu terdapat segelintir masyarkat yang terjejas terutama golongan yang susah dan dalam masa yang sama pe...
Covid 19 Pkp Wajarkah Tuan Rumah Beri Pelepasan Bayaran Sewa

Covid 19 Pkp Wajarkah Tuan Rumah Beri Pelepasan Bayaran Sewa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 869 hits
Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020 banyak memberi kesan ekonomi kepada kita Yang bekerja sendiri atau pemilik perniagaan kecil pendapatan mereka terjejas Yang bekerja makan gaji secara gaji harian meman...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada