Tun M Iktiraf Calon Bn


Nizam Zain
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata, Pahang. foto HAZROL ZAINAL 
CAMERON HIGHLANDS – Tun Dr. Mahathir Mohamad dipercayai tidak akan berdukacita sekiranya calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengulangi kenyataannya kerana menjangka perkara itu berdasarkan pengakuan Perdana Menteri sebelum ini menyatakan ketidakselesaannya terhadap cara DAP berpolitik.

“Mahathir ada menyebut ketidakselesaan terhadap peranan DAP dalam senario terbaru politik negara.

“Kalau itu penyataan ikhlas yang pernah disampaikan kepada kita dan setakat mana kita kenal Mahathir, apa yang saya katakan ialah Mahathir tidak berdukacita kalau sekiranya calon BN dipilih.

“Saya percaya dia tidak akan berdukacita kalau Ramli dipilih, itu berdasarkan perbualan, percakapan dan falsafah politik Mahathir yang kami kenal sekian lama.

“Saya berani menyatakan itu ada dalam hati kecil Mahathir,” katanya pada sidang media di Tanah Rata hari ini.

Annuar juga berkata, jangkaan itu hampir tepat apabila Mahathir memberi reaksi positif terhadap Ramli ketika ditanya mengenai nasib Orang Asli di negara ini dalam satu wawancara ketika berada di luar negara baru-baru ini.

“Berdasarkan apa yang saya faham, dia tidak akan berdukacita kalau sekiranya Ramli menang. Secara sedar Mahathir memberikan pengiktirafan kepada Ramli dalam temuramahnya di luar negara baru-baru ini.

“Bila menyebut tentang cara Malaysia melayani kemajuan dan pembangunan masyarakat Orang Asli, antara contoh terkeluar daripada mulut Mahathir ialah pengiktirafan kepada calon BN, Ramli.

“Beliau boleh menyebut Ramli dalam bentuk positif, dalam satu wawancara yang tidak bersifat politik,” katanya.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut berkata, BN tidak teragak-agak meletakkan Ramli sebagai calon BN bukan sahaja kerana lebih berkualiti daripada M.Manogaran bahkan kerana kebimbangan Mahathir terhadap DAP.

“Pilihan raya macam kita bermain bola, kalau kita tak yakin menang, kita tentulah tidak akan lawan.

“Kita berani lawan PH kerana kita yakin kita boleh menang. Kita berani letak calon jauh lebih berkualiti daripada calon PH dan kita berani buat tindakan di luar kotak.

“Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) dan Presiden MIC dan BN berani membuat satu keputusan yang saya percaya memeranjatkan sesetengah orang.

“Itu menunjukkan komitmen penuh kita dalam pilihan raya ini bahawa kita harus menang dan kita mesti menang,” katanya.

Katanya lagi, dengan mempertaruhkan calon Orang Asli itu, BN optimis untuk memperoleh majoriti undi melangkaui keputusan PRU-14 lalu yang hanya menang tipis.

“Kita minta rakyat memberikan mandat yang sangat besar maknanya, pertama kali ada calon dalam kalangan kaum Semai untuk mewakili Orang Asli. Selama ini mereka mengharapkan ihsan daripada pelantikan dalam Dewan Negara.

“Sekarang mereka berpeluang buat pertama kali melantik secara demokratik seorang daripada keturunan Orang Asli menjadi jurucakap dan pembela mereka dalam Pparlimen melalui pemilihan di kotak undi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/tun-m-iktiraf-calon-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Tun M Tak Nampak Calon Gelap Makan Diri

Kenyataan Tun M Tak Nampak Calon Gelap Makan Diri

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 313 hits
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Bilik Gerakan MIC Tanah Rata Cameron Highlands Pahang foto AFFAN FAUZI 13 JANUARI 2019 CAMERON HIGHLANDS MIC menempel...
Prk Cameron Highlands Calon Bn Tidak Tertekan Dengan Kehadiran Tun M

Prk Cameron Highlands Calon Bn Tidak Tertekan Dengan Kehadiran Tun M

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 581 hits
Mengapa saya perlu tertekan Saya orang kecil Orang Asli sahaja Katanya tidak timbul rasa tertekan kerana beliau hanya orang biasa yang akan meneruskan gerak kerja kempennya seperti biasa Itu reaksi calon Barisan Nasional bagi pilihan raya k...
Debat Prk Cameron Highlands Platform Terbaik Calon Berkomunikasi Dengan Pengundi

Debat Prk Cameron Highlands Platform Terbaik Calon Berkomunikasi Dengan Pengundi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 467 hits
Astro Awani FAISAL Kita berharap ini adalah satu daripada platform yang akan diberikan oleh kerajaan kepada calon calon yang bertanding khususnya kepada calon pembangkang Astro AWANI ISABELLE LEONG TANAH RATA Menjelang hari Pilihan Raya Kec...
Betul Ke Mahathir Tak Yakin Dengan Calon Ph Prk Cameron Highlands

Betul Ke Mahathir Tak Yakin Dengan Calon Ph Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 350 hits
Betul Ke Mahathir Tak Yakin Dengan Calon PH PRK Cameron Highlands Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonn...
Saya Tak Mahu Jatuh Dalam Perangkap Ph Calon Bn

Saya Tak Mahu Jatuh Dalam Perangkap Ph Calon Bn

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 367 hits
TANAH RATA Lebih baik berdiam daripada mengambil risiko jatuh ke dalam perangkap Pakatan Harapan kata calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Ramli Md Nor Bekas pegawai polis daripada suku kaum Semai itu berkata pen...
Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 320 hits
Pihak pemantau pilihan raya diminta menegur calon Pakatan Harapan M Manogaran dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pagi ini jika dilihat memakai pakaian mempunyai logo parti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun berkat...
Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Mana Seluar Dia Foto Eksplisit Kim Soohyun Di Rumah Kim Saeron Didedahkan

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar

Potong Cake Birthday

The Evolution Of The Internet From Arpanet To The Digital Age

Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mati Rasa

Jadikan Allah Keutamaan Di Hati

Adakah Aku Seorang Alien

Bakwan Cucur Sayur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home