Tun M Harap Proton Bakal Tembusi Pasaran Pakistan


Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani Dr Mahathir menyerahkan replika kunci kenderaan Proton X70 kepada Imran Khan pada upacara simbolik pecah tanah bagi kilang pemasangan pembuatan Proton di negara itu, 22 Mac, 2019. --fotoBERNAMA  

ISLAMABAD: Proton Holdings Berhad bakal membina kilang pemasangan dan pembuatannya (CKD) yang pertama di rantau Asia Selatan di Karachi, Wilayah Sindh, Pakistan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Pakistan, Imran Khan menyempurnakan upacara simbolik pecah tanah bagi kilang tersebut pada Jumaat.

Pada majlis itu, turut diadakan adalah mesyuarat meja bulat ketua-ketua industri dari Malaysia dan Pakistan yang membincangkan pelbagai isu berkepentingan kedua-dua pihak.

BACA: Tun Mahathir terima anugerah tertinggi Kerajaan Pakistan

Dalam ucapan semasa mesyuarat itu, Dr Mahathir berharap dengan menghadiahkan Imran sebuah Proton X70, ia mampu mempromosi Proton dengan lebih agresif di Pakistan dan Asia Selatan.

“Ia bukanlah rasuah. Saya cuma berharap dengan sebuah kereta ini, seluruh Pakistan tahu bahawa Malaysia mampu menghasilkan kereta.

“Malaysia merupakan satu-satunya negara sedang membangun yang mempu menghasilkan kereta nasional.

“Jadi kami mahu berkongsi kepakaran bidang ini kepada Pakistan sekiranya terdapat pelabur yang sudi melabur dalam projek pembinaan kenderaan menerusi kerjasama Malaysia-Pakistan,” katanya.

BACA: Imran Khan sambut ketibaan Tun Mahathir di Islamabad

Alhaj Automotive, pengedar rasmi Proton di Pakistan akan membuat pelaburan awal sebanyak US$30 juta untuk membina kilang (CKD) pertama bagi kenderaan Proton di negara itu.

Kilang itu dijangka memulakan operasi menjelang Jun akhir tahun depan dan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya.

Dianggarkan 20,000 lagi peluang pekerjaan tidak langsung akan diwujudkan apabila kilang baharu itu beroperasi sepenuhnya.

BACA: 'Tenaga melimpah ruah', Tun Mahathir pandu Proton, pantau Kuala Lumpur

Pada majlis sama, kedua-dua perdana menteri juga menyaksikan pemeteraian perjanjian dan memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan Pakistan.

Syarikat-syarikat yang terlibat ialah Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Pakistan Mobile Communication Limited  Deodar Pvt. Ltd; Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan Telenor Pakistan Limited; dan Edotco Towers Pakistan Pvt. Limited dengan CMPAK Limited (Zong).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/tun-m-harap-proton-bakal-tembusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proton Bakal Bina Kilang Pemasangan Di Pakistan

Proton Bakal Bina Kilang Pemasangan Di Pakistan

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 660 hits
Pengeluar kereta nasional Proton akan bekerjasama dengan syarikat tempatan Pakistan bagi mewujudkan kilang pemasangan pengeluaran di negara itu sekali gus menjadi kilang pertamanya di rantau Asia Selatan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakis...
Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

Fikir Dua Kali Kalau Mahu Serang Pakistan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 444 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan keterujaan beliau menyaksikan persembahan aset ketenteraan Pakistan pada sambutan Hari Pakistan 2019 hari ini Beliau yang dijemput sebagai tetamu kehormat oleh rakan sejawatnya Imran Khan ...
Tun M Terima Anugerah Awam Tertinggi Pakistan Metrotv

Tun M Terima Anugerah Awam Tertinggi Pakistan Metrotv

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 255 hits
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi Nishan e Pakistan atau Order of Pakistan anugerah awam tertinggi negara itu yang disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alivi Anugerah itu diberikan atas sumbangan beliau kepa...
Perdana Menteri Pakistan Sambut Ketibaan Tun Mahathir

Perdana Menteri Pakistan Sambut Ketibaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 335 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di Islamabad pada Khamis untuk lawatan rasmi tiga hari ke Pakistan Pesawat yang membawa pemimpin ulung dari Malaysia itu mendarat di Pangkalan Tentera Udara Pakistan Nur Khan Rawalpindi dekat sini ki...
Kamera Padat Paling Kecil Di Dunia Sony Rx0 Ii Bakal Hadir Untuk Pasaran Tempatan

Kamera Padat Paling Kecil Di Dunia Sony Rx0 Ii Bakal Hadir Untuk Pasaran Tempatan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 347 hits
Sony ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk peranti peranti elektronik mereka termasuklah televisyen peranti pintar dan juga kamera Hari ini Sony Malaysia telah mengumumkan bahawa kamera padat terbaru dan paling kecil mereka Sony RX0...
Malaysia S Proton To Build Assembly Plant In Pakistan

Malaysia S Proton To Build Assembly Plant In Pakistan

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 325 hits
Malaysia s national carmaker Proton will collaborate with a local partner to establish a manufacturing assembly plant in Pakistan its first in the South Asian region Malaysia high commissioner to Pakistan Ikram Mohammad Ibrahim said an agre...
Black Shark 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan April 2019

Black Shark 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan April 2019

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 379 hits
Black Shark 2 telah pun dilancarkan secara rasminya pada malam tadi menyaksikan penawaran telefon pintar dengan spesifikasi tinggi dan memfokuskan kepada permua Terkini menurut laporan Lowyat yang menghadiri acara pelancarannya ia dikatakan...
Asia Bakal Punya 1 000 Miliuner Dalam 5 Tahun Mendatang

Asia Bakal Punya 1 000 Miliuner Dalam 5 Tahun Mendatang

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 315 hits
Berdasarkan Wealth Report 2019 yang dikeluarkan oleh konsultan properti Knight Frank yang berbasis di London mengatakan bahwa Asia memiliki 787 miliuner Angka ini tentunya melebihi jumlah miliuner Eropa yang hanya mencapai 452 miliuner seme...
Hiburan Mahukan Gadis Biasa Bakal Isteri Menjaga Kerjaya Saya Bukan Menjahanamkan Zul Ariffin

Hiburan Mahukan Gadis Biasa Bakal Isteri Menjaga Kerjaya Saya Bukan Menjahanamkan Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 380 hits
Aktor Zul Ariffin tidak dinafikan digilai ramai wanita diluar sana Bukan sahaja mempunyai wajah yang kacak serta berbadan sasa popularitinya juga tiada tandingan dan dilabelkan sebagai pelakon gred A Namun disebalik kejayaan dalam kerjaya Z...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

Politik Rangkul Semua Apa Nasib Tengku Zafrul